Tuesday, August 30, 2011

UCAPAN HARI RAYA 2011





Salam u olsss...


Ai amik kesempatan di sini nak ucapkan 

.
.
.
.
.
.
.
.










Monday, August 29, 2011

Takbir raya

Salam u olsss...


InsyaAllah esok kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri 1432H. Bermakna malam ini selepas waktu berbuka, akan kedengaran takbir raya.



kredit HERE



Bila takbir raya mula terpasang di corong2 radio atau di televisyen, pasti hati akan rasa sayu sangat2. Takbir raya berkumandang bermakna Ramadan sudah pergi meninggalkan kita semua. Mudah2an kita semua dipanjangkan usia agar dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan.


Esok dalam bergembira jangan lupa pada mereka yang berada dalam kesusahan. Berayalah secara sederhana. Selamat datang Syawal!!!





p/s : pasti iNCik menjadi lagi sayu dengar takbir raya sebab kena beraya di tempat orang.....

Petunjuk?

kredit HERE


Apakah petanda itu satu petunjuk?


kredit HERE


Ya Allah jika benar itu petunjuk dari Mu buat hambaMu yang selalu meminta, ku mohon Kau permudahkanlah segala urusan itu. Jika benar itu qada dan qadar yang telah ditetapkan buatku, aku terima denagn hati terbuka Ya Allah. Semoga semuanya berjalan lancar. Tabahkan hatiku dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang. Amin!

Sunday, August 28, 2011

Soq Terakhir

Salam u olsss...


Rasa sekejap jer kan masa yang berlalu. Diam tak diam, kita dah menghampiri penghujung Ramadan. Berakhirnya Ramadan bermakna Syawal akan menjelma. Bermaksudnya kita dah nak beraya setelah hampir sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu.


Malam nie merupakan malam terakhir untuk kita makan sahur atau dalam bahasa Kedah disebu 'makan soq'.

Buat yang tak pernah bangun makan sahur, cubalah luangkan sedikit waktu tidur untuk makan sahur bagi hari terakhir.






Semoga diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun2 depan. InsyaAllah.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 1432H buat semua umat ISLAM di seluruh dunia.

MOGAKAN MAHABBAH AGUNG RAMADAN TETAP KAN BERDESIR MEMBAIT AYAT2 CINTA PADA KALIMAH ILLAHI WALAU SYAWAL HADIR MENGGANTI DIRI


Puding Karamel

Salam u olsss...


Arini ai nak share satu resepi kuih untuk berbuka dengan u olsss semua iaitu PUDING KARAMEL.





BAHAN2 :

Bahan A :-

1. Susu cair 1 tin.
2. 3 biji telur
3. 1 camca tepung jagung
4. 3/4 cawan gula
5. Sedikit esen vanila
6. Secubit garam

Bahan B :-
1 cawan gula





CARA2:

1. Blender semua bahan A sehingga sebati.
2. Masak bahan B sehingga keperangan atau nampak cair.
3. Masukkan bahan B ke dalam loyang. Biarkan bahan B tu memenuhi keseluruhan ruang loyang.
4. Masukkan bahan A yang telah diblender tadi di atas bahan B.
5. Kukus selama 30 minit.
6. Siap dan masukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika makan.

Cornflake Madu




BAHAN2:

1. Sekotak corrnflakes (ikut la nak guna jenama apa pun)
2. Sebotol madu 
3. Ceri merah (dihiris kecik2)
4. Kismis hitam (dihiris kecik2)
5. Sedikit mentega







CARA2:

Panaskan kuali. Masukkan sedikit mentega sebagai pengganti minyak masak.Bila mentega dah cair, masukkan kepingan cornflakes bersama madu (tuang madu ikut ke'MANIS'an yang dikehendaki). Kacau bagi sebati kedua2 bahan tue. Rasa agak2 elok dah madu melekat pada cornflake, masukkan ceri merah dan kismis hitam sebagai hiasan supaya cornflake anda kelihatan berwarna warni. Kacau bagi sebati kemudian angkat dan boleh masukkan dalam 'cup' anda. Untuk lebih kerangupan, setelah dimasukkan dalam cup, bakar sedikit pada suhu 120 C selama 5 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk setelah dibakar supaya biskut lebih tahan lama.

Thursday, August 25, 2011

Balik Kampung oh Balik Kampung

Salam u olsss...


Tinggal beberapa hari saja lagi kita nak menyambut hari raya 1432H. 


Yang pastinya bermula hari nie sudah ramai yang balik kampung untuk beraya. Sudah tentu jalan raya akan dipenuhi dengan kenderaan2 sementelah bagi negeri2 yang hari terakhirnya sekolah hari ini akan mengambil peluang balik kampung segera.



U olsss semua dah sedia nak balik kampung kerr? Berhati2 tau bagi yang bawak kereta sendiri. Jangan lupa baca doa sebelum bertolak balik tue. 




Macam seronok jer kan dengar orang nak balik kampung beraya. Ai tak ada kampung. Rumah pun rumah taman. Jadi beraya di taman sahaja. Tak pernah rasa lagi suasana kemeriahan malam raya di kampung.






Buat u olsss yang sudah atau akan mula bercuti panjang untuk raya nanti, ai ucapkan SELAMAT BALIK KAMPUNG dan SELAMAT BERHARI RAYA.



kredit pic HERE



Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung
Ho ho ho
Balik Kampong
Ho ho ho
Balik Kampong
Hati girang

Ho ho ho
Balik Kampong
Ho ho ho
Balik Kampong
Ho ho ho
Balik Kampong
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti





p/s : insyaAllah ai akan mula bercuti hanya pada pagi raya..uwaaaa tak der mood nak keja dah!!!





Senandung Hari Raya

Lagu ditujukan buat iNCik yang tak dapat balik beraya. Kecian iNCik dah bertahun2 tak dapat nak balik raya. Terpaksalah beraya sorang2 di tengah lautan. Sabar ye iNCik, ada rezki mungkin tahun depan giliran iNCik pulak. Jangan iNCik buat aksi TITANIC di pagi raya dah lerrr hehe...





Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku

Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga





p/s : banyak duit tak menjamin keseronokan bila tak dapat balik beraya kan???  





Wednesday, August 24, 2011

Lebih Sejuta Jawatan Kosong Untuk Diisi Rakyat Malaysia

Salam u olsss...


Semalam masa tengah tengok siaran berita ai terperasan satu ayat yang keluar kat bahagian bawah mengenai lebih sejuta jawatan kosong untuk diisi tenaga kerja Malaysia.






Wahhh rupanya ada banyak lagi kerja kosong yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia secara berperingkat bermula Khamis ini yang akan diiklankan di beberapa akhbar tempatan.


Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).


Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).


Alwi berkata kekosongan jawatan bagi lebih sejuta keperluan tenaga kerja itu membabitkan lima sektor utama yang dikenal pasti banyak menggunakan khidmat tenaga pekerja asing iaitu perkilangan, pembuatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.
(Sumber dari BERNAMA)


Jadi kepada rakyat Malaysia yangmasih menganggur dan tercari2 pekerjaan, jangan lupa beli surat khabar esok untuk tengok senarai pekerjaan yang ditawarkan.




p/s : nak beli paper jugak la esok tengok kot boleh isi kerja apa yang ada




Tuesday, August 23, 2011

29 OGOS 2011 -- Tarikh lihat anak bulan Syawal

Salam u olsss...


Lagi 6 hari saja tarikh  hari raya Aidilfitri akan diumumkan selepas Pejabat  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal iaitu pada 29 Ogos (ISNIN) ini


picture kredit HERE


Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen. 


Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, sebanyak 30 kawasan telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah. 


Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.


Manakala di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA




SKMM Perlu Disiplinkan Blogger Tempatan Yang Sebar Fitnah

Salam u olsss...

Ai nak berkongsi satu berita yang ai baca kat paper tadi. Tak pasti lah u olsss dah baca ker belum. Berita nie sebagai peringatan kepada semua blogger supaya berblog dengan aman tanpa menjatuhkan mana2 pihak.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta "mendisiplinkan" blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, Selasa.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.

Ahmad berkata, blogger tempatan perlu mengikut jejak langkah akhbar Kompas daripada Indonesia yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung laporan palsunya tentang Perdana Menteri dan keluarganya.

Beliau juga meminta pihak-pihak yang difitnah itu supaya mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan terbabit itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Katanya, beliau mahukan semua pihak mencontohi tindakan Felda yang mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak pembangkang yang mendakwa agensi kerajaan itu sebagai bankrap.

Beliau mendakwa pihak pembangkang sesuka hati melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah pada majlis ceramah politik mereka.

-- BERNAMA

Renungan Kata-kata





Monday, August 22, 2011

KAD RAYA oh KAD RAYA...BILA NAK POS???


Inilah kad raya yang ai beli baru2 nie. Tak banyak pun cuma 5 keping jer...






Masa awal2 Ramadan eksaited sungguh nak pos kad raya tapi tak jugak beli. Tunggu dekat hujung2 Ramadan baru nak beli.


Dah beli malas pulak nak pos. Cuma sekeping baru selamat diposkan semalam. Hurmmm yang lagi 4 keping tue agaknya tunggu raya tahun depan jer la kot.




p/s : Sempat lagi ker kalau nak pos dalam minggu nie? Entah2 lepas raya baru sampai...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke