Tuesday, September 4, 2012

Ohh Tidak...Sudah tidak Geli?



Rasa baru baca kat blog MyVitrd yang status geli-geli dia dah berubah kepada non-geli-geli. Dan tadi masa tengah update profile kat Nuffnang tengok baru perasan status eyza pun dah berubah. Apakah? Kenapakah? Alahai kenapa boleh jadi camnie. Sebab rasanya eyza tak ada tempek iklan selain Nuffnang pun kat blog ni huhu...





p/s : sedang berusaha menghantar tiket ke Nuffnang di saat line internet tersangat selow motion huhu...

Makan-makan @ Open House 2012

Jumaat lepas bersempena HARI MERDEKA family eyza ada buat majlis makan-makan sikit. Boleh dikatakan ala-ala open house la cuma buat kecil-kecilan sahaja. Tetamu yang dijemput pun cuma saudara mara dan jiran terdekat serta orang surau.


Seawal 7 pagi eyza dan mak ayah dah bergerak ke pasar borong  dan pasar tani. Sampai rumah 7.30pagi tengok orang dah mula sampai nak buat kerja. Seronok tengok keadaan masa tue sebab eyza suka tengok keadaan kalut-kalut macam tue. Semua orang ada tugas masing-masing. 


Dan lebih kurang pukul 11 pagi semua dah siap dan pukul 11.30pagi orang surau mula sampai nak baca tahlil dan doa selamat (mak cakap doa selamat nie jugak sempena selamatnya kami balik dari UMRAH hari itu).




Antara menu-menu yang disediakan ialah :

~ KETUPAT PALAS DENGAN GULAI DAGING DAN SERUNDING AYAM DAN IKAN ~

~ MEE GORENG MAMAK STYLE ~

~ BIHUN GORENG DAN BIHUN SIAM ~

~ PUDING MARBEL ~


~LAKSAM~

Menu utama ialah nasi putih bersama-sama :


~ AYAM MASAK MERAH ~

~ GULAI IKAN TALANG ~



~ IKAN KEMBUNG PERCIK ~


~ KULIT TEMBIKAI MASAK ASAM ~

Tambahan menu yang tak terdapat dalam gambar ialah cempedak goreng, keropok, kek coklat moist, buah tembikai dan air teh ais limau.


Pukul 5 dah tutup majlis dan siap basuh periuk dan buang khemah sebab ingatkan orang dah tak ada tapi lepas tue ada lagi orang mai sampai ke tengah malam. Penat rasanya tapi puas sebab semua orang dapat makan dan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi . Kami sebagai tuan rumah macam biasalah makan mana yang sempat jer.


InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita buat lagi sebab ini dah tahun ketiga berturut-turut kami buat rumah terbuka.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke