Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Bersarangnya Blog

Assalamualaikum...

Lamanya tak mencoret di blog ini...Rindu? Sangat-sangat rindu nak cerita macam-macam tapi sebab kekangan masa dan banyak hal yang terjadi, asyik tertunda jea laa nak mengadap blog...


Fuhh rupa-rupanya dah setahun lebih Eyza tinggalkan blog ini tanpa sebarang cerita terkini...huahuahua ada banyak cerita suka duka sedih dan gembira tahun lepas...Tak tau laa nak mula cerita camna...  :(


Kena rajin rajinkan diri selepas ini mai jenguk blog ni...kalau dak satgi Sang Spider mai ambil alih lak hihi...


Tuesday, January 22, 2013

URL blog dah bertukar!

Semalam eyza tak dan nak hapdet blog sebab dok kalut buat sesi penukaran URL blog. Dan secara rasminya semalam 21 JANUARI 2013, blog eyza telah bertukar URL name dan jugak yang penting sekali eyza dah bertukar domain. Dah tak ada dot blogspot tapi dah bertukar ke dot MY.





http://www.slumberzgurll.blogspot.com











http://www.fizairi.my





Sebenarnya eyza dah lama nak bertukar URL blog nie sebab taiko MAT TIGER dah banyak tegur. Dia kata  nama blog eyza yang lama tu susah nak eja dan ingat. Jadi eyza harap lepas dah tukar nama baru ni, bro EYRIQAZZ akan lebih mudah mengingati blog eyza ini hehe...



Teguran Pertama (13 April 2011) dari bro EYRIQAZZ :






Teguran kedua (30 Oktober 2012) dari bro EYRIQAZZ :







Tapi eyza masih belum buat penukaran header dan keseluruhan dalam blog walaupun dah bertukar URL huhu... tak sempat nak buat la sebab semalam masa dok tukar URL tu sakit kepala sangat-sangat. 

Tuesday, December 11, 2012

Yeah Blog Sudah Kembali...

Syukur akhirnya blog eyza telah kembali seperti asal. Sebelum ni blog eyza langsung tak leh nak bukak baik menggunakan browser apa pun. Sedih bangat dengan keadaan nie. Tak tahu pasal apa boleh jadi macam nie. CAER kata blog eyza kena hack tapi eyza pun tak pasti sebab eyza tak pandai sangat bab-bab coding nie dan hack nie walaupun dulu pernah belajar sikit pasal benda alah cekelat hacks nie hehe...


Tapi eyza rasa benda nie terjadi sebab eyza guna shoutbox dari FIBOX tue sebab masa jadi benda ni bila eyza taip url blog terus dibawa eyza ke laman web fibox huhu...






Sekarang ruangan sembang nie dah boleh digunakan selepas eyza bertukar shoutbox menggunakan CBOX.




Bila blog jadi macam tue, automatik malas nak hapdet blog heuheuheu... Tapi la nie bila blog dah kembali ke asal baru ada semangat nak menghapdet cerita hihi tambah bersemangat lagi bila NUFFNANG hantar cek pertama untuk eyza yang kebetulan sampai di bulan kelahiran eyza hihi...






p/s : ku bersyukur padamu Ya Allah atas kurniaan dariMu!

Monday, November 5, 2012

First Impression Penting Dalam Berblog?

Baru-baru nie taiko blog iaitu bro Eyriqazz ada buka topik pasal First Impression dan dia minta kepada 7 blog terawal untuk kasi url blog untuk dia komen sebagai first impression dari dia.




Maka tanpa berlengah lagi terus eyza kasi url blog kat ruangan komen di fanpage Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka...hihi eksaited sungguh walaupun sebelum nie dah dikomen oleh bro eyriqazz di SINI.






Ini antara komen dari beliau yang terkini hehe....



InsyaAllah berdasarkan komen - komen dari taiko nie rasa macam nak buat giveaway. Kalau menjadi akan diumumkan nanti huhu harap-harap ada yang sudi menolong menambah baik apa-apa yang terkurang di blog eyza nie.




p/s : apa first impression anda pada blog Eyza yer?

Saturday, May 19, 2012

Hasil Statistik Entri




Ini hasil statistik entri ai sepanjang berblog. Walaupun pageview tak beribu riban tapi ia sesuatu yang mengujakan ai bila hasil tulisan kita dibaca ramai orang.


Dan kalau ditengok statistik tue, 4 daripada entri kat atas tue banyak diterjah bila ai letakkan entri di APESAL.COM. Memang laman web tue banyak membantu ai mendapat pengunjung untuk membaca entri ai yang berbentuk ilmiah dan ilmu pengetahuan.


Sekali lagi jutaan terima kasih buat semua yang sudi datang berkunjung ke blog ai dan meluangkan masa membaca hasil tulisan ai.


Memetik kata-kata dari sifoo eyza --> BRO EYRIQAZZ : kegembiraan berblogging bukannya diukur dari wang ringgit tapi "Tepuk Dada, Tanya Selera".






p/s : errr semakin hari semakin rindu...

Tuesday, December 20, 2011

Nama Panggilan Bertukaq

Salam u olsss...


Sekadar pemakluman jer.

Nama panggilan pemilik blog akan bertukar dari far_east ke misz_eyza.




Penukaran nama panggilan ini adalah disebabkan kekeliruan pada nama itu hehe...Tak caya tengok lah kat bawah nie hihi....Tapi kalau sapa yang dah biasa panggil far_east tue masih boleh guna pakai nama tue...cuma kali nie bertukar nama ke arah keperempuanan sikit. Walaupun dah letak gambar ai tapi masih ada yang konpius hehe....









Sunday, December 18, 2011

Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak

Salam u olsss...


Setelah di tag oleh cik mas shayang, maka dengan ini ai seorang blogger dari aloq setaq, kedah mengjoinkan diri untuk join blogwalking 2012 by jiwarosak.

Tag : CAER  |  FIONA  |  DEE RB  |  EZRIN  | RIBEN MERAH


Pada yang tak ter'tag' tapi nak join, klik banner BLOGWALKING tue ye...

Wednesday, November 23, 2011

Alhamdulillah sudah selamat kembali

Salam u olsss...


Akhirnya setelah hampir 10 hari meng'offline'kan diri dari donia belog, hari ini ai dah memunculkan diri untuk jenguk2 blog dan blogwalking blog yang dah lama tertinggal sebarang hapdet. 





Sangat2 rindu untuk berbelog sepanjang 10 hari tue. Tapi atas sebab tuntutan kerja yang sangat2 padat terpaksalah menahan keinginan itu. Actually sepanjang di sana, ada WIFI tapi entah apa sebabnya teramatlah susah nak loading untuk login ke blogspot. Makanya, tak dapatlah nak hapdet entri terkini sepanjang 10 hari bercoti.




Sebab tue hari ni masuk jer kerja, benda pertama yang dibuat adalah buka beloh hehe... Dalam kepala nie banyak benda nak citer tapi sebab kusyuk membalas komen dan berblogwalking, sampai terlupa nak taip entri. Dasat sungguh penangan belog kan?


Okehhh nantilah ai hapdet entri2 terkini sebab nak jenguk kamu semua dulu yang dah lama ditinggalkan.





p/s : dekat tapi tak sempat bertemu...ermmm blom rejeki lagi  =)

Tuesday, November 15, 2011

Bertemu Lagi Nanti =)

Salam u olsss...





Tinggal lebih kurang 1 jam jer lagi  sehingga ke pukul 1 tengahari untuk menjenguk belog kesayangan sambil berblogwalking menjenguk kawan2 di alam maya. Selamat tinggal adik2...especially to my little sis and bro --> CAER, SYAA dan CIK MAS.


Buat CAER : selamat berstudy untuk 2 paper yang tough tue yekkk...My prays alwayz for u dear!
Buat SYAA : selamat kembali menjadi warga kampus yer syomel. Nanti kita menge'date'kan diri together2 ekk...
Buat CIK MAS : selamat menjaga 'anak' yer shayang hehe.... InsyaAllah nanti kita jumpa yer...



motip letak pic nie sebab nak pi ke situ daaa hihi....


Belog nie bakal tidak berhapdet mungkin untuk selama 8 hari sehingga tuan belog muncul kembali hihi...Tolong jaga belog kesayangan akak nie yer my little sis and bro. Doakan perjalanan akak berkeretapi tepat pukul 7.15 malam ini dari Alor Setar akan selamat tiba di KL Sentral. Dan urusan akak dipermudahkan sepanjang perjalanan pergi sehinggalah balik. Will miss u budak-budak tecik sekalian  =(


Kehilangan ai selama 8 hari demi menjalankan satu tugas rahsia dan sulit negara. Uwarghhh rindu nak hapdet belog nanti  =(






p/s : insyaAllah minggu depan kembali balas kunjungan u olsss semua yer. Thanks sudi singgah ke DONIA BELOG SELAMBER AKU.

Monday, October 17, 2011

Tebus Masa Yang Lepas

Salam u olsss...


Tajuk entri tak boleh blah hihi...tak der kaitan dengan sesiapa pun dan jika ada persamaan mungkin adalah secara kebetulan.

Sebenarnya blog nie dah lama tak berhapdet sejak ai bercuti dari hari Khamis sampai lah ke Ahad. Entri2 yang dipublish tue semua adalah auto publish dari simpanan ai sendiri. Sebab tue semua komen yang dihantar ke entri2 ai lambat direply sebab masa tue sibuk bercuti. Maaf yer pada u olsss semua. Dan terima kasih sudi membaca entri ai nie.



Dan sebagai menebus segala yang terlambat tue, jadi hari ini ai ambik kesempatan satu hari nie nak blogwalking ke blog2 yang sudi singgah menjenguk belog ai. Walaupun ada benda lain nak hapdet tapi terpaksa hold dulu atas sebab teknikal. InsyaAllah akan terhapdet jugak pelan2..

Apa2pun nak jenguk dulu kengkawan yang sudah lama ditinggalkan. Nak blogwalking baca entri2 sepanjang ai bercuti dari u olsss semua. Jumpa di blog u olsss yea...




p/s : tumpang gembira setelah dapat tahu CAER dah reopened blog semula  =))

Monday, October 10, 2011

Awat Yang Segan Sangat???

Salam u olsss...


U olsss pernah rasa MALAS tak? Haha sejak dua menjak nie rasa malas sungguh la nak menaip entri walaupun dalam kepala macam2 nak tulis. Sekarang nie hanya suka blogwalking jerrr tapi rasa malasnya nak berbelog sendiri.


Haishhh awat tah yang segan sangat la nie???





p/s : pendek jer entri nie isk isk isk apa nak jadi tah!!!

Sunday, October 2, 2011

Malas Berblog

Salam u olsss...

Hari nie dah 2 Oktober 2011. Cepat sangat kita dah masuk bulan Oktober. Bermakna cukup setahun ai mula serius dan aktif berblog. Dah lama daftar untuk ada blog tapi masa tue hanya post entri pun ikut free aja.


Dan bila dah mula aktif berblog, trosss jadi addict dengan blog. Sehari tak jenguk blog memang rasa kesunyian la. Sampai satu tahap tue ketagih blog, sanggup ON belog guna henpon yang kecik. Walau tak puas tengok janji boleh tatap blog.


 Tapi la nie tersangat malasnya nak taip entri. Pasaipa yekk???






p/s : rindu rinduan jadi kenangan.....


Wednesday, September 28, 2011

Trafik tinggi walaupun tiada entri

Salam u olsss...


Kelmarin ai ada baca dalam belog Darkbatman pasal trafik dia minggu lepas yang mencecah 2k walaupun tak ada entri terbaru.


Jadi ai pun gatal tangan jugak nak semak trafik ai untuk bulan lepas. Walaupun tak sebanyak dia, tapi tetap ada jugak pengunjung belog nie.





Paparan paling banyak pada tarikh 18 September 2011. Ai bukak la balik senarai entri ai nak tengok tajuk apa yang ai buat pada 18 September 2011 tue. Rupa2nya  bermula 12 hingga 18 September, tiada sebarang entri terbaru yang ai buat.


Mungkin kehadiran ramai pengunjung pada hari tue berdasarkan entri2 ai yang lama. Sebab hampir satu minggu jugak tak update.


Kepada yang sudi mengunjungi belog ai nie, hanya ucapan terima kasih diucapkan kepada u olsss semua.

Monday, September 19, 2011

Uji Kelajuan Blog

 Salam u olsss...


Masa ai tengah blogwalking tadi maka terjumpalah satu blog yang memberi tips untuk melajukan loading blog untuk wordpress.


 Tapi disebabkan blog ai berpaksikan blogspot maka ai cuma uji saja kelajuan blog ai nie. Di bawah nie adalah hasil ujikaji kelajuan belog ai.



  
Ikut perkiraan belog ai dapat dicapai sepenuhnya pada kelajuan 11.42 sesaat.



Banyak dapat A tue hehe...macam buku rekod sekolah pulak ada macam2 warna. Yang nie secara keseluruhannya ai dapat Grade B (84%)

Kat sini pulak banyak gagal hehe tengok laaa hampir separuh ai dapat F. Tapi secara keseluruhannya ai dapat Grade E (59%)


Kalau u olsss nak cuba uji jugak kelajuan belog, silalah ke page GTmetrix.com.

Tuesday, August 23, 2011

SKMM Perlu Disiplinkan Blogger Tempatan Yang Sebar Fitnah

Salam u olsss...

Ai nak berkongsi satu berita yang ai baca kat paper tadi. Tak pasti lah u olsss dah baca ker belum. Berita nie sebagai peringatan kepada semua blogger supaya berblog dengan aman tanpa menjatuhkan mana2 pihak.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta "mendisiplinkan" blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, Selasa.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.

Ahmad berkata, blogger tempatan perlu mengikut jejak langkah akhbar Kompas daripada Indonesia yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung laporan palsunya tentang Perdana Menteri dan keluarganya.

Beliau juga meminta pihak-pihak yang difitnah itu supaya mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan terbabit itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Katanya, beliau mahukan semua pihak mencontohi tindakan Felda yang mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak pembangkang yang mendakwa agensi kerajaan itu sebagai bankrap.

Beliau mendakwa pihak pembangkang sesuka hati melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah pada majlis ceramah politik mereka.

-- BERNAMA

Tuesday, July 26, 2011

Ader jugak Cik Anon Yang Baik Hati

Salam u olsss...



Selama nie ai ada dengaq banyak citer yang tak best pasal blogger dengan ANONYMOUS a.k.a cik anon (nama glamer yang selalu digunakan...)


Selalunya citer2 yang keluar tue pasal keburukan cik anon lah. Cik anon kutuk entri depa lah, cik anon baling batu sembunyi tanganlah dan macam2 perihal buruk cik anon.


Tapi kali nie ai nak share sesuatu pasal cik anon nie.Masa tue ai ada post satu entri berkenaan OOOO PATUTLAH KAPAL TERBANG AIR ASIA BOLEH TERGELINCIR dan tak sangka ada sorang cik anon nie reply macam kat bawah nie.







Yang bagusnya komen cik anon tue dari sudut positif. Maksudnya komen dia tue banyak memberi info kepada persoalan yang ai utarakan. Cuma hairan sket la dari mana cik anon tue tahu ai sedang mencari jawapan yer sedangkan blog ini bukan blog popular pun. Ermmm...




p/s : ini bukan entri menyebelahi mana2 pihak yer..setakat pemakluman ajer apa yang berlaku kat diri sendiri hehe...



Tuesday, July 19, 2011

Follower ke 123

Salam u olsss...


Entri nie dibuat sebagai menghargai follower SHIDA yang sudi mem'follow' belog ai nie.






Kenapa ai letak gambar kucing sebagai image dalam entri nie???


Sebab tuan belog SHIDA nie seorang yang addicted dengan kucing. Kalau tak caya klik la gambar kucing tue untuk u olsss terjah belog SHIDA.


Disebabkan kesayangan dia pada 2 ekor kucing dia yang bernama ABEN dan BABY, maka dia mengabadikan gabungan kedua2 nama itu sebagai url belog dia.


Jadi pada sapa2 yang berkongsi hobi dengan SHIDA, bolehlah u olsss beramah mesra dan bertukar2 fikiran pasal kucing di belog SHIDA tue yer.





p/s : suka kucing tapi geli nak pegang lah.

Sunday, July 17, 2011

Akhirnya boleh berbelog dengan selesa!!!

Salam u olsss...

Selama beberapa hari nie asyik berbelog kot henpon jerrr rasa tak puas. Sebab tak boleh nak berblogwalking tinjau belog kawan2. Dah tue, asal buka belog kot henpon jer mesti bateri akan abis (mungkin belog terlalu berat sampai tak tertampung).


Jadi hari ini rasa selesanya dapat tengok belog melalui PC, sempat la jenguk mana2 entri kengkawan yang tak sempat nak baca.


Kalau ikutkan ai jarang berbelog kot henpon tapi sebab masa tue tengah dilanda keboringan dan terlalu addicted nak berbelog bak kata mat joe, maka ai online jugak laaa.




Nasib baiklah masa stay kat Seaview Hotel Langkawi tue ada wireless, jadi tak der lah diri ini dilanda kebosanan tahap melampau.





p/s : macam2 nak taip nie tapi amik mood dulu laaa hehehe...

Thursday, July 14, 2011

Gian nak Bersiaran...

salam u olsss...

Masih bersiaran dari henpon yea sementara menunggu azan maghrib..still gian nak online sebab keboringan gler kat sini.

Tadi baru aja balik dari Haji Ismail Group. Sangat2 tak eksaited nak beli apa2 pun sebab tak dak hati nak mai sini.

Tengok ahli kumpulan semua pakat usung barang penuh di tangan tapi ai sket pun tak teruja.

Tak sabar menanti esok nak balik..kerinduan sesungguh hati..


P/s : sibuk ker inCIk? Sudah 2 ari tak dengaq jantan voice u...

Wednesday, July 13, 2011

Nak jugak ONLINE!!!

Baru sampai di Pulau Langkawi (try online guna henpon). Disebabkan keboringan tahap melanda, nak jugak online...

Lama dah tak naik feri, agak2 mabuk sket..huhu baru jea sampai tros ingat rumah..uwaaa nak balik..tak best dok sini.


P/s: cepat2lah Jumaat menjelmakan diri :(

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke