Showing posts with label BANJIR KEDAH. Show all posts
Showing posts with label BANJIR KEDAH. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Gara2 Pengumuman PM | Banjir oh Banjir |rm2500?

Salam u olsss...


Tak sangka lepas ai post entri berkenaan pengumuman dari Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak, lebih dari satu orang datang ke blog ai pada masa yang sama. Yerlah sebelum nie paling banyak yang datang serentak adalah dalam 3 ke 4 orang tapi  tadi ada dalam lingkungan yang berubah kejap 7 kejap naik 8. hehe walaupun tak sampai beribu2 yang datang serentak tapi satu perkembangan baik lah untuk blog biasa2 ai nie. Dan dalam masa 3 jam (dari 11:00am hingga 2:00pm) ada 45 orang yang baca entri tue.






Dalam kesyukuran menyambut berita baik dari PM, kawasan berdekatan dengan opis ai diminta berada dalam keadaan langkah berjaga2. Sebab semalam hujan lebat dari pukul 5 petang sehingga 9 malam. Masa lalu dekat kawasan sungai tue, ai tengok paras air sungai dah selari dengan jalan raya. Harap2 tak der la berlaku banjir besar macam 2 tahun lepas.   


 



Ermmm masih ingat entri ai 2 hari lepas --> NAK BERJAYA? PINJAM RM2500. Ai ingatkan member ai tue dah lupakan isu tu sebab ai pun buat tak tahu jer kat dia. Rupa2nya tengahari tadi dia masuk chat kat FB. Adehhh boleh ker dia bertanya macam tue? pening pening...






 
p/s : pening2 sekali letak 3 tajuk dalam satu entri hihi.... (^_^)

Monday, September 12, 2011

Bandar ARAU dah dinaiki air

Salam u olsss...

Sekadar makluman jer.

Sejak semalam hujan turun tak berhenti menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Arau, Perlis sudah mula ditenggelami air.




Dekat opis ai pun dah ramai yang mula bercerita takut jadi banjir lagi. Tadi hujan ada lah turun sikit cuma tak lebat mana jer la. On the way datang kerja tengok air sungai dah penuh cuma tak melimpah ke atas jalan jer la.




Dah laa esok kalau jadi kena pulak hadiri kursus. Susah hati nak pi kursus dalam keadaan cuaca tak menentu. Harapnya tak adalah jadinya banjir macam tahun lepas.




 
 

Wednesday, March 30, 2011

Hujan oh Hujan | Air sungai dah melimpah naik

Kelmarin dah hari ni hujan dok turun sepanjang hari dah...

Sepanjang jalan nak masuk opis ai air dah memenuhi perkarangan rumah dah. Orang2 kat opis nie semua pakat risau dah takut banjir lagi. Pengalaman tahun lepas hujung bulan Ogos membuatkan masing2 dalam keadaan berjaga2 la nie.

Kalau hujan turun tanpa henti lagi memang dah sahih lagi nyata Pekan Changlun akan ditenggelami air lah. 

Masa ai kol Balai Polis Jitra nak tanya perkembangan banjir, polis tue cakap keadaan masih tak berubah. Maksudnya tiada lagilah tempat2 di sekitarnya dilanda banjir. Kalau lah tetiba dapat laporan jalan tak boleh lalu dah, adehhh camner lah nak balik nie..Naik trak tentera lah kot noo..Hihi

 (pemandangan dari udara masa banjir melanda)


(time kat Jitra tahun lepas - kredit pic to google)


Waktu kejadian banjir tahun lepas tue ai tak berpeluang nak tengok sebab masa tue ai tak der di Kedah. Ada bengkel di Negeri Sembilan. Setiap kali masuk kelas jerrr mesti semua orang akan tanya keadaan banjir di Kedah. Dah serupa reporter la we olsss masa tue hehe...

Harap2 tahun nie tak der lah kejadian serupa berlaku. Even tak der pengalaman redah banjir tapi minta dijauhkan lah...Dengar membe2 cerita rasa tak seronok jerr. Yerlah mana ader orang seronokkan bila kena banjir.



p/s : ada info bagitahu mungkin Empangan di Perlis dan Thailand akan dilepaskan menjelang pukul 2 petangnie..Betul ker tidak kita tunggu jer lahh ekkk...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke