Thursday, November 27, 2014

Ya Allah, permudahkanlah...



"Rabbi Yassir Wala Tu 'Assir, Rabbi Tammim Bil Khoir"
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, janganlah Engkau persulitkannya...


Ya Allah, ku bermohon padaMU semoga Engkau permudahkan urusan anakku ini. Mudah-mudahan ada jalan keluar untuk permasalahan kami ni. Kami hanya mampu merancang, tapi Engkau yang menentukannya...


InsyaAllah, mudah-mudahan rezeki itu milik Muhammad Aisy Amsyar...

Saturday, November 22, 2014

Genap Setahun Ujian Itu

Di waktu ini setahun yang lalu dan di saat Amsyar berusia 6 hari, kami diuji oleh Allah s.w.t dengan suatu berita yang sangat-sangat menyedihkan. Sungguh tak terdaya diungkapkan dengan kata-kata ketika berita ini diterima. Hanya air mata menajdi peneman setia sepanjang hari. Ya Allah, tabahkanlah hati kami menerima ujian dariMu. Seandainya ujian itu Engkau turunkan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kami, tabahkan dan redhakanlah hati kami untuk menempuhinya demi anak kecil itu. 





Monday, November 17, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Pertama MUHAMMAD AISY AMSYAR

~ baru lahir beberapa jam, mata dah celik luas hehe... ~


Pada tarikh hari ini 17 November setahun yang lalu, tepat jam 07:57 pagi lahirlah putera hati kami yang ditunggu-tunggu. Buah hati pengikat kasih dan cinta kami ini lahir secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Nak baca kronologi kisah kelahiran dia, klik SINI naa...


Diberi nama MUHAMMAD AISY AMSYAR, jantung hati ibu dan ayah ni seorang budak yang keletah dan lincah namun sangat pemalu dengan orang perempuan hehe...Awal-awal minggu nak duduk dengan pengasuh baru, dia malu-malu dengan pengasuh. 





Sedar tak sedar rupa-rupanya anak comel ibu dan ayah ni dah mencecah usia 1 tahun hari ini...Terasa cepatnya masa berlalu dah besar pun Amsyar. Macam baru jea kami berdua menunggu saat-saat kelahiran dia, sekarang dah jadi abang long...





Buat permata hati tersayang, ibu dan ayah doakan semoga Amsyar menjadi anak yang soleh, sentiasa patuh ajaran Islam, diberi kesihatan yang baik, serta diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam menempuhi setiap ujian dan dugaan dariNya untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Selamat Menyambut Hari Lahir buat anakanda tersayang, MUHAMMAD AISY AMSYAR BIN MOHD HUZAIRI.


Perkembangan di saat usia hampir mencapai 1 tahun:
Pandai sebut ABAH, TAH, TAT (CAT), BIRD, cakap pelat yang banyak tapi masih dapat difahami, FAHAM ARAHAN yang diberi, suka cium mulut berkali-kali, pandai OFF KIPAS, sebelum keluar bilik mesti tangan tunjuk ke arah SUIS LAMPU sebab nak tolong tutupkan.



p/s : maaf di hari lahirmu, ibu dan ayah terpaksa redha menghadiahkan suntikan buatmu anak.

Saturday, November 15, 2014

Punca Mobile Data Celcom 1 Malaysia tak boleh digunakan lagi?


Itu antara perbualan kedua antara eyza dengan Agent Celcom. Perbualan pertama rujuk SINI. Sebelum ini Agent Celcom memaklumkan kalau selepas eyza menukar sim kad ke telefon lain dan Internet okey, bermaksud telefon eyza yang bermasalah. Tapi setelah terjadi perkara yang sama pada telefon kedua, eyza dapat agak puncanya. Cuma eyza saja nak tahu jawapan dari pihak Celcom sendiri mengenai masalah ini.


Kalau sebelum ini, jika selepas kita membayar untuk langganan sebulan, walaupun kredit sudah tamat tempoh, internet masih boleh digunakan. Tapi sejak bulan lepas, Celcom telah membuat pelarasan pakej internet di mana internet hanya boleh digunakan bila kredit aktif walaupun anda telah membayar untuk pakej sebulan. Sungguh tidak adil bila Celcom membuat pelanggannya begini. Sudah la tidak dimaklumkan apa-apa maklumat. Jadi eyza buat keputusan untuk terus bertukar pelan data. Rasa kecewa pula dengan servis dari Celcom.

Tuesday, November 11, 2014

MUHASABAH CINTA



Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Menghayati bait-bait lagu dari kumpulan Edcoustic ni membuatkan eyza berasa insaf seketika. Betapa kita hanya seorang manusia kerdil yang tidak sempurna.Terkadang ada khilaf yang dilakukan tanpa disedari. Di saat kita duji baru kita sedar betapa kita hanya insan yang lemah yang sentiasa perlukan pertolongan dari Allah. Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga dalam menempuhi ujian dariMu. Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon dan meminta.

Monday, November 10, 2014

Pelan Internet Terbaik? Ada Cadangan?

Minggu lepas eyza ada post entri berkenaan masalah simkad celcom 1 Malaysia kan? Dan agen tu kata tablet eyza yang bermasalah. Tapi bila tukar ke telefon lain pun jadi macam tu jugak. Dan setelah selidik eyza dah tau apa punca simkad tu bermasalah. Nanti eyza cerita naa..


Cuma hari ini eyza nak minta pendapat dan pandangan kawan-kawan berkenaan pelan internet yang terbaik antara ketiga-tiga plan di bawah. Mana satu ye yang sesuai dengan eyza yang banyak menggunakan medium Facebook, WhatsApp dan Telegram dalam urusan seharian?



1. DG Smart Plan - Prepaid Mobile Internet




2. U Mobile (SIM ONLY) - Free 1 Year Internet




3. Yes 4G - Super Postpaid Plan Bundle


Wednesday, November 5, 2014

Monday, November 3, 2014

10 Muharram

Salam semua...

Rasanya dah lama eyza tak update sebarang entry di sini...Penyakit kemalasan sedang melanda diri ini hehe...


Sempena 10 Muharram 1436H, eyza nak kongsi sedikit info berkenaan peristiwa penting yang berlaku pada tarikh 10 Muharram ini..Jom sama-sama kita hayati sejarah dunia ISLAM.


Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke