Thursday, May 29, 2014

Amsyar Jatuh Katil



Jumaat lepas si comel mata boolat jatuh katil...cuak sungguh eyza masa tu...Kebetulan masa Amsyar jatuh tu TV tengah pasang azan Maghrib. Nasib baik Amsyar tak ada apa-apa.. Dia nangis sikit jea lepas tu dia lompat main macam biasa. Ibu dia jea yang menangis beria-ia...hihi...



Jadi eyza pun terus google cari pasal ANAK JATUH KATIL dan terjumpa lah beberapa maklumat berkaitan ini. Makanya eyza tepekkan di sini sebagai panduan eyza dan untuk semua  ibu-ibu yang risaukan kesihatan anak bila jatuh katil. Jom baca apa yang kita perlu buat jika berada dalam situasi macam ni.



1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan susu ibu atau susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.

2.Tengok jatuh mana dulu. Di depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)

3. Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.

4. Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan
  
5. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais! bukan air suam.Tak payah bawa ke hospital. Kalau retak pada tengkorak saja, doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yg retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.

6.Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh.

7. Sekiranya bayi muntah terpacul, terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga,pengsan,sawan, lebam belakang telinga, anak tak aktif, perubahan fizikal seperti muka herot, atau jalan tidak stabil perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak.

8. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.

9. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.

10. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.

11. Kesan2 di atas di pantau dalam masa 24 jam.

4 comments:

  1. salam singgah. anak saya pn penah jatuh katil. bukan sekali dua. lepas tu, terus kami tak tido katil dah. guna tilam ja. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm umi...

      hehe...anak eyza baru pertama kali tu yg risau lebih...tp masih kita tidur atas katil cuma letak bantal di sekeliling dia jadi penghadang...

      Delete
  2. info ni yunk :) hakimi terhantuk2 kat lantai adalah.. tapi jatuh jatuh tak pernah sbb mmg tido bentang toto kat ruangtamu.. hakimi tido lasak..hehehe

    ReplyDelete
  3. hehe setakat ni anak eyza tak tidur lasak sangat...dan kami masih tidur atas katil...hihi

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke