Wednesday, May 7, 2014

Tuesday, May 6, 2014

Daftar Online Untuk Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Kedah

~ klik SINI untuk LOGIN MASUK ~


Bermula semalam, 5 Mei sehingga 19 Mei para pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran kemasukan ke Matrik boleh mula membuat pendaftaran online.Yang gambar kat atas tu adalah imej LOGIN untuk pelajar-pelajar yang dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah.


Sebenarnya tujuan eyza buat entri ni pun sebab eyza salah seorang AJK URUSETIA untuk Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) 2014/2015. Jadi kalau sapa-sapa pelajar nak tanya boleh la soal eyza di sini atau call opis eyza di talian 04-9286100. InsyaAllah eyza akan cuba bantu selesaikan masalah adik-adik semua...hihi...




UPDATE:

Sila pastikan perkara berikut sebelum menggunakan e-Pendaftaran:
  • Pastikan pembayaran yuran telah dibuat dan slip bank BSN telah diperolehi. 
    Nombor slip bank BSN perlu dikunci masuk.
  • Telah membuka Akaun Bank Rakyat. 
    Nombor Akaun Bank Rakyat juga perlu dikunci masuk.
  • Gambar pelajar dalam format JPG atau PNG (rujuk contoh dalam e-Pendaftaran). Sila "upload" semasa e-pendaftaran bagi memudahkan proses menyediakan KAD MATRIK.
  • Cetak 3 salinan slip e-pendaftaran untuk kegunaan pada Hari Pendaftaran (25 Mei 2014) nanti.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke