Wednesday, August 15, 2012

Rezeki di Hari ke 24 Ramadhan




Rezeki masyuk di hari ke 24 Ramadhan. Kat atas tue semua hasil sumbangan insan-insan yang mencari pahala bersedekah di bulan Ramdhan.


Pagi-pagi sampai opis tengok atas meja ada satu bungkusan plastik kiriman bekas pensyarah kat opis Eyza yang kini telah bertukar ke Pahang.




Kemudian dalam pukul 2 petang dapat benda nie pulak.




Dok sat lepas tue kak ODIE mai hantar sesuatu kiriman dari orang untuk semua staff.




Dan terakhir sebelum balik, rakan sekerja Eyza bagi setengah ekor ayam golek untuk semua orang jugak.




Alhamdulillah memang rezeki di hari tue. Dan kebetulan pulak petang tue adik Eyza ajak berbuka di luar. Dia dan ayah Eyza nak belanja hehe makan besar ler jawabnya hari tue.


Apapun terima kasih pada semua yang sudi memberi rezeki itu. Moga kamu-kamu semua diberi pertambahan rezki lagi oleh Allah s.w.t.





p/s : opis makin lengang...agaknya kalau lelong opis boleh tak muahahahaha... (~_~)

Tuesday, August 14, 2012

Kuih Tradisional dan Sifatnya | Sekadar Gurauan

Eyza buat entri nie sekadar gurauan sahaja yer sementara menunggu azan Maghrib (baru awal pagi daa hihi...). Tiada niat nak menyakiti hati mana-mana kuih yang ada ni pun hihi...Tahun lepas eyza dah buat entri ini cuma tahun nie ada pertambahan kuih-kuih tue yang eyza buat semula sekali lagi.


Jom kita intai sifat-sifat yang ada pada kuih-muih orang Melayu nie. Sesedap nama dan sesedap rasanya.



KUIH DALAM ZOO - KUIH BADAK BERENDAM
 (admire dengan badak sampai letak nama tue sejak lahir hehe...)

 KUIH BAJET CUTE - CEK MEK MOLEK
 (perasan cute sebab tak ada mata nak tengok diri kat cermin hehe..)

 KUIH PALING ALIM - KUIH KETAYAP
(suka pakai 'ketayap' kot nie hehe...)

 KUIH PALING SENGSARA - KUIH BAKAR
 (kesian asyik kena 'bakar' jer)

 KUIH SUKA PUKUL - KUIH LOMPANG
 (selalu sangat gaduh sampai 'lompang' kat tengah tue)

KUIH AWET MUDA - KUIH SERI MUKA
 (tak payah pakai krim muka sebab sentiasa berseri-seri jer muka)

KUIH PALING KEJI - KUIH TAIK ITIK
 (eee busuknya huhu...)

KUIH PALING TERANG - KUIH TEPUNG PELITA
 (tak payah pakai spotlight nak suluh tengok hehe..)

KUIH PALING GANGSTER - KUIH LOMPAT TIKAM
 (kerja dia asyik nak tikam orang jer)



KUIH PALING TENTERAM - KUIH MAKMUR
(sentiasa hidup aman damai dalam keluarga dia)




p/s : jangan ambik hati yer wahai kuih-muih...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke