Monday, August 13, 2012

Iklan Raya @ Bernas | Hargailah Ayah dan Ibu

Sejak nak dekat-dekat raya nie seronok tengok iklan raya yang dipaparkan. Banyak mesej yang boleh dipelajari dari maksud iklan-iklan itu.


Dan semalam membe eyza dok bagitahu ada satu iklan raya yang memang menyentuh hati. Dan sayangnya eyza tak pernah tengok lagi pun. Maka dengan gigihnya, eyza pi cari kak ODIE sebab nak tumpang tengok di PC dia. Maklumlah dia pakai berokband yang laju jadi boleh tengok iklan tue tanpa ada hentian di pertengahan jalan.


~ syabas kepada pengarah iklan dan pencetus idea jalan cerita iklan ni ~


Bayangkanlah kerinduan Ahmad pada ibunya sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk balik kampung dengan Fizi walau beribu halangan di luar menanti. Walaupun kepulangan dia ke kampung hanya disambut oleh batu nisan ibunya, tapi tergambar keceriaan di wajah kanak-kanak itu untuk beraya bersama ibunya.


Dalam banyak-banyak pengajaran yang ada dalam iklam nie, eyza tersentuh nak biacara satu benda saja. Hargailah ayah dan ibu kita sementara mereka masih ada lagi di dunia ini. Pulanglah menjenguk ayah dan ibu walaupun hanya sekejap cuma dan jangan tunggu bila raya saja baru nak balik kampung. 


Peluang hanya datang sekali seumur hidup jadi hargailah ayah dan ibu selagi hayat dikandung badan.






p/s : bersyukur sangat-sangat eyza tinggal dengan mak dan abah jadi setiap hari boleh tengok dan jumpa mereka.

Kuih Raya Dah Sampai

Semalam eyza dah dapat kuih raya yang ditempah dari seorang pensyarah di sini. Tak banyak pun eyza order cuma 4 jenis saja. Cukuplah sebab adik beradik yang lain ada tempah jugak. Nanti kalau tempah banyak-banyak tak muat pulak nak letak atas meja huhu...





Ini antara kuih raya yang eyza tempah.


~ CHEESE TART ~

~ MACADAMIA KISSES ~

~ KUIH BANGKIT SANTAN ~


Kebiasaannya bila dapat kuih raya awal nie memang setiap kali berbuka puasa dan bersahur akan ambik makan hehe konon nak merasa tapi habis jugak kot nanti separuh. Tapi mak kata makan jer sekarang nie sebab nanti dah raya tak makan pun sebab pi semua rumah ada kuih raya huhu...


Dan hari ini dapat satu lagi yang last iaitu kuih batang buruk berinti kacang hijau. Yang ni tak sempat nak ambik pic sebab baru sampai pagi tadi.


Pada yang dekat-dekat tue jemputlah datang beraya ke rumah yer. InsyaAllah selalunya setiap 1 Syawal mak eyza akan masak nasi beriani, rendang ayam dan gulai daging.





p/s : tahun nie beraya bersama 7 orang anak sedara....perghhh duit raya makin banyak dikeluarkan hihi.. (~)_(~)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke