Monday, December 12, 2011

Saya Belum Bertunang Lagi Lah!

Salam u olsss...



Semua terjadi gara2 ai post status macam kat atas tue...Walhal 5 hari lagi tue sempena kedatangan besday ai. Dah berkali2 ai nafikan tapi masih ramai yang tak caya.



Pagi semalam siap letak status macam nie lagi tujukan khas pada mereka2 yang rajin mereka-reka cerita tak betul. 



Tapi depa nie semua masih buat2 tak paham lagi. Siap pagi semalam ada sorang tue dok mai bagi nasihat lagi untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Adehhh sadis betul la..Tolong tolong dan tolong lah pada yang buat cerita tue.





Letih dah nak menafikan benda2 tak betul nie. Dah dua entri dikeluarkan auwww saya bukan retis oke! dan sudah-sudah la tu tapi tetap jugak tak nak terima kenyataan. Gara2 gosip tue jugak seorang frenz 4ever ai dah merajuk....





Sunday, December 11, 2011

Tak Glamer Pun

Salam u olsss...


Ketenangan di hari Ahad nie nak coretkan benda yang dah lama ai dengar tapi baru hari ni nak stori dengan u olsss semua.


Alkisahnya mengenai seorang pelakon drama yang sangat2 perasan glamer dan terkenal oke.



(cari gambar tak der jadi letak ini jer sebagai imej)


Kejadian pertama kebetulan dia senegeri dengan ai dan tinggal setaman dengan my sis punya MIL. Bila dia keluar makan dekat kedai tepi jalan kat taman tue, dengan gaya perasan dia akan panjang2kan leher dia nak tengok sapa2 yang perasan dia artis (sori la dah lupa drama apa dia pernah berlakon)


Kejadian kedua masa adik ipaq ai buat sekatan jalan raya dan tahan kereta dia (pakai WIRA jer pun). Minta IC dia nak tengok, u olsss tahu dia soal apa kat adik ipaq ai. 'Awak tak kenai saya ka?'. Adik ipaq ai cakap, 'tak kenal pun'. Trosss dia cam nak marah jer..Perasan lebih sungguh dok anggap dia glamer.


Maka tadi sebelum ai taip entri nie, ai search dalam google web dan goole image nak cari info pasal dia ataupun gambar dia tapi sangat2 sadis sebab google tak menemukan apa2 carian berkenaan dia. Kata glamer tapi awat habuk pun tak dak. Perangai dia yang kerek semacam buatkan tak sukanya dengan pelakon macam tue.



Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke