Showing posts with label SWEET MEMORY. Show all posts
Showing posts with label SWEET MEMORY. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Rindunya nak buat UMRAH lagi

Salam u olsss...


Hari nie semua jemaah haji dah mula bertolak untuk mengerjakan haji dengan penerbangan pertama pada pukul 1.30 pagi tadi.


Bila sebut pasal haji nie trosss automatik ai rindu suasana di kota Mekah dan Madinah. Teringin pergi buat umrah lagi walaupun dah biasa pergi. Tambah2 teringin bila mak ai cakap dia nak pergi umrah tahun depan. Alahai seronoknya.


Ai dah daftar kat Tabung Haji untuk haji dan dijangka mendapat giliran pada tahun 2038. Huiii lama lagi tue lagi 27 tahun...Tak perlah kumpul duit pelan2 dulu. 



rindunya nak solat di Masjid Nabawi dan ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat Baginda



rindunya nak tengok Kaabah secara live dan bersembahyang di depannya


rindunya nak keluar bershopping dengan pakai telekung


rindunya nak berjalan2 di sekitar Masjidil Haram


rindunya nak minum air zam zam tanpa had


rindunya nak buat ziarah di kota Madinah




p/s : hari nie baru isi borang potongan gaji untuk Tabung Haji. Harap masih tak terlewat.

Tuesday, March 29, 2011

Sweet Memory 2010 | Ku cari damai di Baitullah

Tahun lepas kan ai ada citer pasal nie..Rujuk entri berkaitan yerr..selamat jalan 2010....pasti akan merindumu sob..sob..

Jadi hari nie ai ingat nak laa citer pasal tue....Sebab akhir2 nie ai asyik dapat berita pasal orang nak pergi umrah...Sedara nak pegi, sepupu pun nak pegi dan ada juga antara blogger yang nak pergi buat umrah.Alahai jelesnya tengok dia orang nie berpeluang ke rumah Allah. Even dah dua kali pergi pun ai masih rasa tak puas dan tetap jeles dengan mereka2 ini.

Dua kali ai pergi bersama2 family menggunakan khidmat agensi yang sama sebab memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari saat berangkat pergi hinggalah saat keberangkatan pulang ke tanah air terchenta....
Kali pertama dulu hanya ambil pakej Umrah sahaja. Sebab pertama kali nak pergi kan jadi nak lah lebihkan ibadat yang memang cukup2 makan jerr kalau kat Malaysia nie. Kali kedua baru ambil pakej Umrah beserta melancong. Destinasi yang dipilih kami ialah Hong Kong.


Okey tak mau cakap banyak2 sebab di sini tengah kesejukan sebab hujan (apa kaitan kan hujan dengan entri hehe...) jadi u olsss layan lah dulu dua tiga keping gambar we olsss yerrr...Nanti ai story mory lebih2 lagi yerrr...



 (suasana depan Kaabah)


 (baru turun dari kapal terbang di Jeddah)


 (pemandangan di Lapangan Terbang Hong Kong)


 (kalau tak salah lepas habis solat nie, sempat lagi bergambar kenangan)


 (kenangan di malam sebelum balik depan perkarangan Masjid Nabawi, Madinah)


(pemandangan Hong Kong dari atas bukit mana tah...)



p/s : sori gambar dah tak ikut susunan...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke