Showing posts with label RUMAH TERBUKA. Show all posts
Showing posts with label RUMAH TERBUKA. Show all posts

Friday, August 22, 2014

BBQ RAYA 2014


Masih lagi cerita raya hihi...Alhamdulillah tahun ni walaupun tak sempat buat rumah terbuka macam tahun-tahun sebelumnya, tapi family Eyza dan beberapa sedara mara sempat berkumpul ramai-ramai makan-makan simple jea. 


hubby Eyza dan tuan rumah tengah bakar ayam


Tahun ni kami buat BBQ RAYA di rumah adik eyza. Memandangkan kawasan rumah adik eyza tak banyak lagi orang tinggal, jadi rumah dia laa port yang sesuai untuk geng sekepala kami riuh rendah...hihi...


antara menu kami malam tu; sotong, ayam, sosej, bebola dan daging burger



tadaa...dah siap bakar sosej, daging burger dan bebola..


Antara menu yang jadi hidangan malam tu ialah nasi putih, mee, tomyam campur, sup ayam, ayam bakar, sosej, bebola, daging burger, sotong, kuih lompang, kuih raya dan apa lagi lupak pulak eyza hehe....




Kami mula bakar lepas Maghrib dan bila sedara mara dah sampai, hampir semua makanan dah siap tersedia. Lepas kenyang-kenyang makan, maka sesi berselfie pun bermula. Part yang paling riuh rendah bila semua pakat nak menyelit bergambar hehe...



Amsyar dengan itik feveret dia hehe...


Tapi rasa tak puas lagi makan-makan malam tue. InsyaAllah ada rezeki lagi, kita buat nanti naa...  

geng #MakKamiTakMakanLagi duk berselfie dengan monopod orang Langkawi hehe...

Friday, August 31, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55

Salam merdeka ke 55 tahun buat semua rakyat MALAYSIA.


~ tak pasti ini ker logo sebenar tahun ni hihi ~



Teringat masa pergi BTN 3 tahun yang lepas, fasilitator tue buat tayangan filem merdeka iaitu 1957 : HATI MALAYA. Eyza tak pernah lagi tengok filem nie sebab biasalah filem-filem sejarah nie kurang minat sikit. Tapi bila semakin lama tayangan, rasa semangat merdeka tue meresap ke dalam diri secara automatik. Rasa sedih dan sayu jer bila tengok betapa susahnya pejuang-pejuang dulu buat macam-macam cara nak capai kemerdekaan untuk MALAYSIA. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah nie seharusnya bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. 55 tahun merdeka bukan senang nak dikekalkan jika tanpa semangat perpaduan dan jatidiri dari setiap rakyat Malaysia.





Hari Merdeka semua orang bercuti tapi tahun nie eyza sekeluarga buat majlis rumah terbuka. Tapi tak adalah buat besar mana pun cuma jemput saudara-mara dan jiran terdekat aja. Makanya pagi-pagi lagi dah bergerak ke pasar cari barang dan mula bertungkus lumus memasak sebab pukul 11.30pagi dijangka orang akan datang baca tahlil dan doa selamat.






p/s : esok pergi jalan-jalan ke rumah salah seorang orang kuat sebuah parti hihi..pastu zoom ronda kawasan sekitar... (^_^)

Tuesday, September 20, 2011

Persiapan untuk Majlis Rumah Terbuka 2011

Salam u olsss...


Nak share sket gambar2 semasa persiapan majlis rumah terbuka we olsss....Alhamdulillah hasil pertolongan semua, maka najlis dapat dilaksanakan dengan lancar. Yang best tu semua makanan dimasak sendiri dan habis licin semuanya.


Antara menu untuk rumah terbuka ini ialah nasi beriani, rendang ayam, dalca, laksam, mee kuah, ketupat, pulut sekaya, blueberry cheese cake, puding karamel, cucur udang dan kuah kacang serta kuih muih raya.


Majlis bermula selepas Asar sehingga ke pukul 7 malam. Ada jugak terdengar seorang jiran berkata, 'kalau apa2 kenduri buat di rumah ai, confirm menu banyak' hehe....Buat macamana we olsss nie gemar menyediakan juadah yang banyak untuk menjamu orang.




anak2 buah yang rajin menolong mempersiapkan tempat makan.



dua orang tukang masak profesional. import khas hehe....




rendang ayam ibunda yang sangat2 menyelerakan.




dalca buatan chegu yang pandai memasak.





kuah kacang khas dari tukang masak import.







Sesi Bergambar Sempena Majlis Rumah Terbuka 2011

Salam u olsss...


Kat bawah nie adalah beberapa keping gambar sempena majlis rumah terbuka we olsss pada 16 September 2011 (Jumaat) yang lepas. Gambar2 nie diambil selepas majlis selesai.






 anak sapa nie..sopan dan ayunya hikhikhik....


 tak cukup korum sorang lagi...abg ipaq ai tgh ada launching Myvi baru..tapi tetap meriah dan semuanya happy.


 inilah keluarga kecil kami...4 orang adik beradik perempuan semua bersama 2 hero pojaan hatiku.


 bergambar bersama2 mak cik yang banyak membantu melancarkan majlis.


 tadaaa..abis licin semua makanan. berbaloi2 berhempas pulas memasak semua.


 adik, adik ipaq dan 3 orang anak buah menjamu selera setelah kepenatan melayan tetamu.


kanak2 ribena bergambar hehe....





Selamat Hari Lahir Emak

Tanggal 20 September 2011 (SELASA) hari nie merupakan hari lahir my beloved mum.



We olsss semua dah raikan awal2 lagi iaitu pada 16 September 2011 (JUMAAT). Buat open house campur dengan hari lahir mak. Tahun nie kena raikan awal sebab tarikh yang sebenarnya tue, anak buah yang sorang tue tak dak. Jadi nak pastikan kesemua anak, menantu dan cucu berkumpul sekali maka we olsss tetapkan buat majlis tue 4 hari awal.


Tahun lepas buat jugak macam tue. 2 dalam 1. Open house + birthday mak. Masa tue semua ahli keluarga ada makanya tarikh dibuat pada betul2 tarikh hari jadi mak. 

Apa2 pun ai nak amik kesempatan nak ucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR' buat my mum. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki serta berbahagia selalu di samping keluarga yang tersayang.
































Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke