Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Puding Karamel

Salam u olsss...


Arini ai nak share satu resepi kuih untuk berbuka dengan u olsss semua iaitu PUDING KARAMEL.





BAHAN2 :

Bahan A :-

1. Susu cair 1 tin.
2. 3 biji telur
3. 1 camca tepung jagung
4. 3/4 cawan gula
5. Sedikit esen vanila
6. Secubit garam

Bahan B :-
1 cawan gula





CARA2:

1. Blender semua bahan A sehingga sebati.
2. Masak bahan B sehingga keperangan atau nampak cair.
3. Masukkan bahan B ke dalam loyang. Biarkan bahan B tu memenuhi keseluruhan ruang loyang.
4. Masukkan bahan A yang telah diblender tadi di atas bahan B.
5. Kukus selama 30 minit.
6. Siap dan masukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika makan.

Cornflake Madu




BAHAN2:

1. Sekotak corrnflakes (ikut la nak guna jenama apa pun)
2. Sebotol madu 
3. Ceri merah (dihiris kecik2)
4. Kismis hitam (dihiris kecik2)
5. Sedikit mentega







CARA2:

Panaskan kuali. Masukkan sedikit mentega sebagai pengganti minyak masak.Bila mentega dah cair, masukkan kepingan cornflakes bersama madu (tuang madu ikut ke'MANIS'an yang dikehendaki). Kacau bagi sebati kedua2 bahan tue. Rasa agak2 elok dah madu melekat pada cornflake, masukkan ceri merah dan kismis hitam sebagai hiasan supaya cornflake anda kelihatan berwarna warni. Kacau bagi sebati kemudian angkat dan boleh masukkan dalam 'cup' anda. Untuk lebih kerangupan, setelah dimasukkan dalam cup, bakar sedikit pada suhu 120 C selama 5 minit. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk setelah dibakar supaya biskut lebih tahan lama.

Tuesday, August 16, 2011

Resepi Tart Nenas Selamber

Alkisahnya minggu lepas ai try buat kuih tart nenas hasil cedukan beberapa resepi dari cik google. Kan masa tue semangat nak raya, jadi try lah buat kuih tart nenas nie buat pertama kalinya.


Dan kat bawah nie lah gambar hasilan kuih tart nenas tue. Siyesss rasanya sedap setelah tambah darab tolak dan bahagi beberapa resepi yang ia dapat (tak caya mai umah ai untuk rasa tapi tatau ada kat idak lagi dalam tin tue sebab buat skett ajerrr hihi...).




Meh ai kongsikan resepi yang ai dah buat baru2 nie.


Bahan2 :

1 cawan buttercup 
1 biji telur
3 1/2 cawan tepung gandum
Sedikit tepung kastard
Sedikit tepung jagung (untuk melembutkan adunan)
1 cawan gula halus
Jem nenas


Cara2 : 

1. Kacau butter dengan gula sampai betul2 halus.
2. Masukkan telur dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit beserta tepung jagung dan tepung kastard.
4. Kacau sampai adunan boleh dibentuk.
5. Masuk adunan dalam acuan, tekan ikut hasil yang nak (kalau nak tart nenas nampak besar, tekan bagi panjang skett).
6. Letakkan sedikit jem nenas (kalau suka manis, boleh letak lebih skettt).
7. Dah siap semua, jangan lupa sapukan kuning telur di atasnya supaya kuih tart nenas nampak berseri.
8. Bakar pada suhu 160c selama 20 minit.






Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke