Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Dugaan 1 Ramadan



Ramadan pertama kami bersama anak diuji. Bersahur dan berpuasa di katil hospital saja. Nasib baik lah ada encik suami setia menemani di sisi di saat eyza bersahur dan berbuka puasa.




Sayu rasa di hati saat pertama kali anak eyza kena admit wad. Malam tu, 27 JUN 2014 (JUMAAT), eyza dan family bawa anak ke bahagian kecemasan sebab tengok perut dia macam kembung kempis nak ada tanda-tanda penat. Sampai kat kaunter saringan tu, Pembantu Perubatan tu cek oksigen Amsyar memang kurang memuaskan. Terus dia bawa Amsyar dan eyza masuk ke RED ZONE. Lepas diperiksa beberapa orang doktor, akhirnya Ketua kepada doktor-doktor tu bagitahu Amsyar kena admit wad jugak malam tue. SEDIH! Menitik air mata tengok keadaan Amsyar masa tue dengan dipasang tiub oksigen lepas tu tangan bercucuk sebab nak masukkan air dalam badan dia.




Malam tu memang dia tak mau berenggang dengan eyza. Letak jea atas katil terus dia menangis. Dia nak tidor berbantalkan tangan eyza. Jadi eyza kena naik sama atas katil dia tue bagi dia tidur. Bila dia rasa ada tangan lain sentuh dia, automatik dia terjaga. Sebab dia fobia kena tinggal sorang-sorang dengan doktor dan nurse dalam bilik cucuk tue.


Esoknya bila doktor mai buat lawatan, eyza duk berharap dapat balik sekurang-kurangnya petang tu sebab AHAD (29 JUN 2014) tue kan kita dah mula berpuasa. Tapi doktor cakap kena tunggu tahap oksigen Amsyar memuaskan baru boleh balik. Bila harapan hanya tinggal harapan, makanya bersahur la eyza di dalam wad hospital tue. 


Alhamdulillah petang AHAD tu masa doktor pakar datang tengok, dia tanya eyza nak balik dak? Terus eyza jawab NAK...hehe... Ok dah boleh balik tapi kena tunggu doktor buat surat discharge dulu. Selesai semua urusan dekat pukul 7 lebih, jadi hubby eyza kata kita berbuka di wad saja la sebab takut nak balik nanti tak sempat pulak. 


Tadaaa kat bawah nie la menu berbuka kami berdua di wad. Semua makanan duk dalam bekas plastik jea. Nasi putih dan ayam goreng (beli kat kantin hospital), sambal udang dan petai (mak eyza buat), udang masak pedas dan daging (mak mertua eyza bagi), murtabak (pengasuh Amsyar bagi) dan kurma 2 biji. 



Alhamdulillah kenyang makan walaupun dalam keadaan tak selesa. Yang penting dapat balik rumah. 


1 RAMADAN kami kali pertama dengan Amsyar diuji dengan dugaan ini. Mudah-mudahan Amsyar terus membesar dengan sihat.



p/s : jujurnya aku bukan seorang wanita yang kuat bila anak jatuh sakit!!

Tuesday, July 8, 2014

Hukum Cabut Gigi Di Bulan Puasa

Semalam eyza pergi Hospital buat pemeriksaan gigi. Sebab dah lebih 2 minggu eyza sakit gigi sekejap baik, sekejap sakit pulak. Setiap hari mesti rasa tak selesa. Jadi pagi kelmarin doktor tu bagi  tau, gigi eyza tu memang kena cabut jugak sebab dia tumbuh songsang. Kalau gigi lain menegak ke atas, tapi gigi tu melintang ke arah gusi. Kalau tak cabut jugak memang  eyza akan sentiasa rasa sakit.


Masa nak cabut tue, eyza tanya nurse "puasa saya camna? Kira batal ker?". Dia jawab hukum makruh tapi lebih dianggap membatalkan puasa. Balik rumah, mak cik eyza bagitahu eyza masih boleh teruskan puasa sebab dia ada dengar ceramah seorang ustaz ni kata, hukum cabut gigi TIDAK MEMBATALKAN puasa.





Eyza google pun dapat jawapan camni...

Sebagai perkongsiaan, tidak batal puasa seseorang yang mencabut gigi pada bulan puasa. Hukum mencabut gigi pada bulan puasa pula adalah makruh. Rawatan pergigian boleh dilakukan pada bulan puasa tapi dengan syarat tak tertelan ubat ataupun cecair yang disembur dalam mulut kita tu.

Sebarang jenis cecair yang disembur dalam mulut, kalau melepasi had kerongkong/anak tekak maka batallah puasa seseorang tersebut.

So kalau boleh elakkan dapat rawatan pada siang hari Ramadhan. Itu yang terbaik...

Sumber Rujukan: IslamGrid


Pagi ni eyza mai kerja, eyza tanya bos apa hukum cabut gigi ketika berpuasa yea? Bos eyza bagitau camni pulak.

"Kalau tak tertelan ubat bius tu, puasa TIDAK BATAL. Tapi kalau tak yakin sama ada tertelan air liur campur darah, seeloknya gantilah puasa tu semula. Cuma puasa untuk hari tu mesti diteruskan jugak sehingga masuknya waktu Maghrib."



p/s : mai qeja tak larat cakap sangat kesan cabut semalam huhu....

Thursday, April 10, 2014

Batu Karang dalam Hempedu

Eyza mula didiagnosis mengalami batu karang dalam hempedu atau gallblader stone (ada doktor cakap tu bahasa orang kampung hehe...) ketika eyza mengandungkan Amsyar 35 minggu. 


Masa kandungan dah masuk 8 bulan, memang eyza selalu rasa sakit-sakit kat atas pinggang sebelah kanan. Mula-mula eyza ingatkan sebab anak duk sebelah kanan badan jea. Tambahan pula perjalanan ke tempat kerja agak jauh. Jadi eyza ingat sebab duduk dalam van lama kot tu yang rasa sakit-sakit macam tu. Dia rasa macam nak duduk tak selesa. Duduk lama-lama sikit mesti kena bangun tak pun goyang-goang badan bagi ada pergerakan sikit.


Sampai la pada satu hari tu eyza ke klinik sakit puan nak cek kandungan. Masa dok tunggu giliran sampai tu eyza bagitahu kat mak yang eyza rasa tak selesa nak duduk. Rasa sakit kat atas pinggang tu. Jadi masa masuk bilik doktor tu, mak eyza pun bagitahu kat doktor apa yang eyza rasa.





Lepas tu bermulalah sesi eyza berurusan dengan Hospital Sultanah Bahiyah. Temujanji pertama tu doktor cuma nasihatkan eyza jangan makan makanan berminyak dan berlemak sangat. Kena lebih utamakan makanan rebus-rebus. Dan dia nak eyza berjumpa kali kedua pulak selepas eyza habis pantang. Yea la kan masa tengah mengandung mana boleh buat apa-apa lagi. Nanti merbahaya kat baby dalam perut. Tu yang kena tunggu eyza selamat bersalin dulu.


Dan selepas perjumpaan kali kedua tu baru eyza dapat tarikh untuk buang batu dalam hempedu tue. Pengalaman buang batu dalam hempedu ada eyza ceritakan dalam entri PENGALAMAN DI DEWAN BEDAH.


Sehari duduk dalam wad dan diberi cuti seminggu untuk berehat di rumah. Alhamdulillah sekarang eyza dah beransur pulih cuma tinggal bekas luka tebukan itu aja.

Friday, April 4, 2014

Pengalaman Di Dewan Bedah

Tanggal 12 Mac 2014 (RABU) buat pertama kalinya eyza masuk ke dewan bedah. Seram sejuk dan seriau waktu tu bila ditolak masuk ke situ. Selama hidup ni, tak pernah lagi eyza masuk ke dewan bedah. Jadi tak tau macam mana keadaan dalam tue.


Eyza dimasukkan ke wad pada 12 Mac tu dekat pukul 7 pagi. Perjalanan merempit berdua dengan suami selepas solat Subuh diiringi rasa sayu. Sayu kerana meninggalkan pertama hati kami seawal pagi sedangkan waktu eyza tukar pampers dan salin baju, dia macam seronok sangat ingat eyza nak bawa dia pergi jalan-jalan. Sebelum pergi tu, memang eyza cium dia banyak kali sambil menahan air mata dari turun. Rasa macam nak pergi berperang jea masa tue...hehe


Sampai di wad K2, eyza daftar diri dan diminta bertukar ke baju hospital. Lepas tu ada doktor datang soal selidik berkaitan sakit eyza. Dan eyza kena duduk di dalam wad tu sehingga giliran eyza tiba. Ikut rekod, eyza dapat nombor 4. Ingatkan nombor 4 tu sat jea rupa-rupanya pukul 12.30 tengah hari baru nama eyza dipanggil. Berdebar-debar rasa hati saat diri ditolak masuk ke dewan bedah sambil diiringi suami, mak abah eyza dan mak cik eyza. Semua mereka menunggu di luar dewan hingga eyza selesai proses di dewan bedah.


Masa masuk dalam dewan bedah tu, eyza rasa panas jea walaupun tempat tu tertutup dan dilitupi air-cond. Mungkin sebab eyza takut kot noo...hehe..Dekat pukul 1 petang, baru eyza di bawa masuk ke dalam tempat pembedahan. Di dalam tu, eyza dikelilingi ramai orang di sekeliling katil. Masing-masing ada tugas sendiri. Masa seorang nurse ni bagi eyza sedut alat macam oksigen (mungkin alat tu ada ubat tidur dan ubat bius), eyza rasa lali semacam. Tapi mereka tak bagi eyza tidur lagi. Dia suruh eyza mengucap dan baca doa tidur. Lepas tu, terus eyza tak tau apa yang berlalu kat eyza. 





Terkejut jaga pukul 3.30 petang, eyza rasa sejuk sangat dan lepas tu rasa macam blur. Mungkin kesan ubat tidur dan ubat bius tu masih ada lagi. Lepas eyza dah okey sikit, baru nurse datang bawa eyza balik ke wad. Eyza keluar tengok dah ada semua menunggu eyza tapi eyza tak larat nak cakap apa lagi waktu ni. Rasa masih mengantuk lagi. Duk kat wad, baru eyza cakap kat suami eyza lapar sangat. Yea lah eyza tak makan sejak dari pukul 10.00 malam Selasa hingga masuk ke dewan bedah. Sebab eyza kena berpuasa supaya proses itu berjalan dengan lancar.


Lepas tu mak abah dan mak cik eyza balik dan suami eyza keluar beli makanan, eyza ambil kesempatan tidur balik sebab bila buka mata rasa tak selesa jea. Rasa kepala macam berpusing-pusing lagi.


Dan dalam pukul 6.30 petang, nurse bagitau eyza dah boleh discharge wad. Alhamdulillah syukur sangat-sangat proses berjalan lancar dan eyza dapat balik jumpa anak kesayangan. Masa eyza sampai kat rumah, anak eyza macam protes marah sebab eyza lambat balik...hehe...Cian dia kecik-kecik tak faham lagi apa yang berlaku kat ibu dia. 


Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke