Tuesday, February 26, 2013

Merah Hitam Menyatukan Dua Hati

~ Lamaranmu ku terima dengan hati yang gembira ~



Kenduri sebelah rumah eyza berlangsung keesokkannya selepas akad nikah iaitu pada 9 Februari 2013. Pagi tu eyza bangun dalam keadaan seronok, teruja, takut dan gementar. Ya lah hari tu hari bersejarah buat diri sendiri. Jadi kalau boleh eyza nak majlis eyza berlangsung dalam suasana santai dan menyelesakan tetamu yang datang. 




Eyza mekap di rumah jadi dalam pukul 9.30 acara mekap bermula. Senang mekap kat rumah nie sebab tak payah kelam kabut nak keluar pagi-pagi ke kedai. Cuma caj dia lebih la sebab bayar upah pengangkutan dia walaupun mak cik yang mekap tu datang dengan motor saja. Jimat minyak dia kan hehe...





Dalam masa eyza tengah mekap tu, ruang tamu rumah eyza dan ruang beranda luar dah mula dipenuhi jiran tetangga dan sanak saudara sebab dalam pukul 10 pagi tu akan ada majlis bacaan Yasin. Kalau ikut perancangan asal, mak ayah eyza plan hanya nak buat majlis bacaan Yasin sahaja tanpa acara Marhaban. Tapi mungkin sudah tertulis rezeki kenduri, ustazah yang mengetuai bacaan Yasin tu minta nak buat Marhaban khas untuk bekas anak didik dia. Ustazah tu dulu cikgu subjek PAFA eyza masa sekolah rendah. Jadi lepas baca Yasin, terus buat marhaban dan lepas tu tak disangka ada pulak adik-adik anak jiran belakang rumah baca selawat ramai-ramai.


~ MUMMY ADRIANA yang sentiasa vogue da vass walaupun ADRIANA dok merengek saja ~

Dan lepas semua acara tu lebih kurang pukul 11.30pagi, orang baca Yasin tu dah mula memenuhi khemah makan. Walaupun dah ditulis di kad jamuan makan dari pukul 12 tgh hingga 5 petang, tapi sebab makanan dah sampai awal jadi semua mula makan awal. Nasib baik jugak makanan sampai awal sebab kawan terbaek eyza di alam maya MUMMY ADRIANA kena balik awai. Kesian kat dia kalau mai dari jauh tak sempat makan.





Rombongan pihak lelaki sampai selepas Zuhur (saja eyza minta camtu sebab takut satgi mai awai tak dan nak solat pulak) dan mula berarak ke pelamin (cadangan awal hanya pelamin ringkas tapi sepupu nak sponsor pulak makanya terhasil jugak pelamin mengikut tema merah hitam). Duk pelamin sat untuk bergambar dan baru lah kami ke meja makan. Makan pun ala kadar sahaja walaupun semua orang kata lauk-lauk dia best sebab eyza sakit kepala sangat masa tue. Mungkin sebab cuaca panas dengan baju tebal pastu pulak eyza langsung tak makan apa-apa sejak pagi jadi eyza makan sikit buat alas perut nak makan ubat hahaha.. Orang lain sibuk makan nasi kenduri tapi eyza kalut cari Panadol.











Dalam pukul 5 petang tu eyza dan suami mula bergerak mengikut jurugambar untuk sesi outdoor. Sampai kat tempat yang memang nak tuju tu, sekali tengok tu dia ramainya pasangan pengantin yang buat sesi outdoor kat situ. Ingatkan kami yang sampai awal dulu hehe rupa-rupanya berbelas pasangan pengantin dah mula bergambar kat situ. Syok tengok macam-macam gaya yang jurugambar mereka minta buat. Jadi eyza dan suami tak la rasa kekok sangat nak bergaya.





Habis outdoor dalam pukul 6 petang terus balik rumah untuk sesi membasuh periuk belanga hehe... Ingatkan dah tak ada tetamu yang datang rupa-rupanya suasana masih rancak. Kesian kat mak ayah dah penat dan letih melayan tetamu sejak pagi hingga lewat petang.






Lepas maghrib eyza hantar suami balik rumah dia. Tapi sebelum tu kami dating pertama kali sebagai suami isteri dekat tepi tasik hehe....ambik mood bermanja sebab satgi nak ditinggalkan....Lepas hantar suami balik rumah, on the way eyza nak balik rumah eyza rasa suasana lain macam. Rasa sayu dan merindu. Macam nak patah balik jea ke rumah dia hehe...Tapi sabarkan hati sebab esoknya kami akan berjumpa lagi dan takkan terpisah dah buat selama-lamanya. Yang buat eyza rasa sayu tu sebab sepanjang perjalanan balik radio pasang lagu mendayu pulak.. Alahai macam faham jea hati eyza saat tu hehe...Okeylah eyza sambung nanti pulak cerita di pihak lelaki.




p/s : masih kekok bila dipanggil PUAN hehe...

8 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke