Monday, February 4, 2013

Alkisahnya Pejabat Agama ~ Kerenah Birokrasi Ker?

Eyza tak tahu nak mula cerita camna tapi inilah kisah yang benar-benar berlaku kat ayah eyza...



Minggu lepas ayah eyza ke pejabat agama nak ambil borang eyza yang dah siap diproses. Sampai dekat kaunter ayah eyza  tunjuk resit yang dikeluarkan pejabat agama sebelum ni (sebab dia kata kalau nak ambik borang diproses kena bawa resit)


Tapi seorang staf perempuan kat kaunter tu tak mahu tengok resit dan dia keluar ayat camni kat ayah eyza. "Borang tu siap lagi 3 minggu". Ayah eyza kata kat dia, nak nikah lagi 2minggu tapi camana borang lagi 3 minggu baru siap. Lepas tu baru dia minta nak tengok resit dan mula cari dalam laci. Tahu tak rupa-rupanya borang tu dah lama siap. Tapi sebab dia malas nak selongkar laci, dia bagi jawapan macam tu la. 


Ayah eyza ambik dan sebelum balik tu masa dalam kereta, dia cek borang tu. Alahai....camna dia buat kerja nie. Alamat untuk kedua-dua pasangan silap. Dia main letak saja alamat sapa-sapa entah. 






Ayah eyza masuk balik kat kaunter tu dan tunjuk kat dia kesalahan tu. Tunggu tak sampai 5 minit, dah siap borang baru. Sekejap saja nak buat borang tue, tapi sebab kerenah birokrasi (hanya layan orang yang ada status) mereka sengaja lengahkan proses borang tue. 




p/s : indahnya pertemuan, manisnya penantian...





9 comments:

  1. sungguh tak dedikasi petugas tu..... selalu buat sambil lewa..... tak amanah.... dah ler keje kat pejabat agama......

    ReplyDelete
  2. sungguh tak berbudi dan berbahasa betul...haish, manusia...manusia...
    *selamat pengantin baru...:)

    ReplyDelete
  3. salam :)

    kena buat aduan pd pihak atasan nih...x boleh biarkan sbb nanti akan terkena pd org lain...

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza itulah pasal remy...tensen eyza dengar ayah cerita.. dah la masa eyza hantar borang tu dalam pukul 10, hanya 1 kaunter jer buka...yg lain dok pi minum...

    ReplyDelete
  5. @SHAHIDA SHIDA memang sangat tak berbudi bahasa...tak sesuai kerja tempat camtu kalau bahasa agak kurang...

    ReplyDelete
  6. @Ayie Abas wkslm...

    eyza takut pihak atasan pun back up staff sendiri..sebab pihak atasan pun 2x5 jugak.

    ReplyDelete
  7. heyyy geram tul orang ambik ringan hal keje..semoga hari2 akak dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  8. @MaYa MustWany itu lah mas...nasib baik ayah akak tak naik hangin hehe...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke