Monday, May 14, 2012

Bukan Nak Menunjuk Tapi Geram!

Minggu lepas kan ai dan semua geng opis berkursus di Pulau Langkawi. Kursus selama 3 hari 2 malam dan kami menginap di Hotel Langkasuka yang berada di tengah-tengah pekan Langkawi.


Kursus tue memang agak santai dan enjoy. Tak ada sesi perbincangan dalam kelas pun sebab kursus nie lebih kepada ala-ala explorace. Part paling best bila buat Island Hoping di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.Tapi cerita nie akan ai buat dalam entri lain.


Cuma entri nie memang entri yang tidak puas hati terhadap salah seorang rakan seofis ai yang bernama 'N'. Dalam grup kursus nie, hanya ai dan sorang kakak nie bernama 'Z' yang masih single. Maka atas alasan itu, si N keluarkan statement camnie kepada member-member yang lain.

'ehh korang kalau nak pergi mana2 jangan lupa ajak eyza dan Z. kesian dia orang tak pernah berjalan-jalan'.


Rasa sentap dengar ayat dia tue. Kalau ai dengar sendiri masa tue, memang akan balas macam nie.

'Plisss lah kak. Saya rasa satu dunia dah kenal muka saya yang suka melancaong nie'.


Perghhh geram tau. Mentang-mentang kami dua ni masih single, dia ingat kami hanya duduk rumah jer lah. Dan rasanya ai lebih banyak berjalan2 dari dia. Semua tempat di Malaysia ai dah pernah pergi dan di luar negara pun ada 5 buah negara dah saya pergi. Kalau nak kata pernah ke luar negara tapi hanya setakat sempadan Siam tue, tak payahlah nak banggakan sangat.


kau hado ker bergambar di Pantai Patong, Thailand?

tak pun kau pernah jejak tak Jumbo Kingdom di Hong Kong?



atau penah ker lawat kilang emas milik aktor Jackie Chan di Hong Kong?
atau pernah ker kau merasa tinggal dalam kapal mewah Star Cruise?





p/s : kalau cakap tue biarlah berpijak di bumi nyata yer sebab perangai macam nie lah buat orang lagi menyampah dengan kau....janganlah terlalu sombong sangat sebab kau mencari rezki di tempat orang.

6 comments:

  1. @misz uzmy sekali sekala cari ketenangan hihi..

    ReplyDelete
  2. kalau boleh biar dia baca entry nie sekali....... he3...
    belagak sangat.....

    ReplyDelete
  3. @remyhazza mmg nak dia baca sangat supaya lain kali jaga tutur kata.

    ReplyDelete
  4. Hehe panas nampak... Aku sauka nengok gambar2. Sabar yea hati orang kita tak tau

    ReplyDelete
  5. @EmpayarUtama dah sejuk pun lepas minum ais kacang hehe...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke