Friday, March 28, 2014

Majlis Aqiqah MUHAMMAD AISY AMSYAR DAN NUR FITRAH RAUDHAH




Majlis Aqiqah putera hati kami telah diadakan pada 27 Disember 2013 (JUMAAT) di ketika usianya 41 hari. Tak dan lepas pantang maksudnya si ibu tak boleh bergaya lebih lagi laa hihi...


Sebelum tu pada 06 Disember 2013 kami buat acara cukur jambul. 


Rambut asal 


Sedap tidur sebelum rambut dicukur



Ayah perabihkan cukur rambut anak dia

   

Yeayy saya dah botak


Majlis Aqiqah ini eyza buat sekali dengan anak adik eyza.. Lagipun beza umur mereka hanya 10 hari tu yang kongsi sekali.

Pagi sebelum majlis  bermula...Aisy seronok tidur berselimut

  


Anak Eyza dan anak adik eyza

Majlis hari tu memang meriah sebab kami tumbangkan 3 ekor kambing. Memang puas semua tetamu dapat makan kambing banyak hehe...


Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan berzanji oleh kumpulan wanita. 


kumpulan wanita penuh hingga ke luar rumah

cenderahati untuk kumpulan wanita


Masa kumpulan wanita ni berzanji, eyza dan adik bawa keluar anak masing-masing untuk dipegang oleh setiap ahli kumpulan. Amsyar masa eyza bawa pusing keliling tu memang tidur saja hehe... 





Lepas Solat Jumaat, jamuan untuk tetamu lelaki dan saudara mara serta kawan-kawan pulak. Masa ni eyza tengok, tetamu kena beratur panjang nak ambil makanan...rasa macam dekat kedai makan pulak hihi...


Apapun eyza sekeluarga bersyukur majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah selesai sudah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu untuk anak-anak. 



p/s : Ini cerita lama sudah berkurun yang tahun lepas punya tapi baru sekarang sempat eyza abadikan dalam blog.

Wednesday, March 26, 2014

Happy Birthday Inchek Suami

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!



Hari ini bertambah setahun usia incik suami bermaksud tahun ni menandakan kami berdua sudah melangkah ke angka 3...Dan angka 3 juga memberi makna hidup kami dah lengkap bertiga dengan kehadiran si comel kesayangan...Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah diberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik dalam meniti hidup sehari-hari...





Buat suamiku tersayang,

TERIMA KASIH sudi menerima diriku ini
TERIMA KASIH atas nikah mu atas diriku ini
TERIMA KASIH atas nafkahmu buat diriku ini
TERIMA KASIH atas doa buat diriku ini

TERIMA KASIH atas bimbingan atas diriku ini
TERIMA KASIH atas kasih sayang atas diriku ini
TERIMA KASIH atas masa diluang untuk diriku ini
TERIMA KASIH atas semua buat diriku ini

Semoga kita sentiasa kekal happy
Sepanjang perhubungan kita ini
Amin

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke