Tuesday, November 8, 2011

Promote Sat 2 Blogger WANTED :D

Salam u olsss...


Mula2kan akak misshannajr taip kat shoutbox ai ayat macam kat bawah nie.



Kemudian dia antar plak komen kat entri...






Pastu blogger genk komen macam kat bawah nie plak..



Jadi alang2 dah dapat komen positif macam tue, maka ai buat satu entri khas untuk dua orang blogger yang telah menceriakan belog ai.




Inilah orang yang telah bertanggungjawab mewarna warnikan belog ai supaya lebih kebaboom. Klik sini SEMUANYA BARU SEMPENA RAYA untuk baca apa yang CAER dah buat kat ai. Suka dengan hasil kerja seorang bakal chegu yang tengah exam sekarang  nie, berbakat dan berseni.





Dan ini pulak orang yang telah menunaikan permintaan ai nak ada shoutbox cam dia hehe...Tak caya meh baca kat sini. Koz a.k.a budak nakal pun kreatip dan berbakat orangnya.



Jadi jom sama2 kita terjah 2 orang blogger WANTED di dalam belog ai hihi...

Eqbalzack.com Writing Contest !

 Salam u olsss...


Arini ai nak join satu peraduan yang dianjurkan abang EQ. Alkisahnya terjoin peraduan nie setelah hampir pengsan bila dapat tau ditagged adik cumil sorang yang tengah dok exam --> CAER.....hihi sebagai menyahut cabaran dari dia, maka ai cubalah merangka ayat2 macam di bawah ni untuk tatapan semua. Jom baca apa coretan ai untuk peraduan abang EQ yang bertajuk "Lecturer-student relationship, anything wrong?" dalam versi bahasa Malaysia.


       "Dipersilakan penerima anugerah dekan untuk tahun ini, Cik Eyza bagi menyampaikan sepatah dua kata kepada semua hadirin sekalian."

       "Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas anugerah ini. Khas buat mak dan ayah yang banyak mendorong saya dan tak lupa buat Dr. Eqbal yang selalu memberi kata perangsang dan semangat pada saya untuk terus berjaya."


Berdasarkan ucapan di atas, dapat saya simpulkan bahawa hubungan yang terjalin di antara pensyarah dan pelajar tidak menjadi satu kesalahan kerana ia sentiasa berteraskan ilmu pengetahuan. Pelajar menjadi rapat dengan pensyarah supaya keberkatan ilmu terus meresapi ke dalam kepala.


Saya dulu pernah menjadi pelajar dan pernah rapat dengan seorang pensyarah. Ya saya akui, bila kita mula rapat dengan seseorang pensyarah maka akan terkeluarlah pelbagai versi cerita negatif. Dan pensyarah ini nasihatkan saya supaya menganggap itu sebagai pembakar semangat untuk terus belajar. Hasilnya, saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk subjek itu yang menaikkan PNGK saya.


Jadi saya rasa tidak menjadi sebarang masalah dalam hubungan antara pelajar dan pensyarah asalkan mereka sedar akan batas hubungan mereka. 


Jika hubungan pensyarah dan pelajar terlalu hambar, tidak mustahil ia akan turut mempengaruhi prestasi pelajaran seseorang pelajar itu sendiri. Mengambil contoh saya sendiri. Dulu saya pernah mengikuti kelas dengan seorang pensyarah yang berpangkat Prof Madya Dr yang mana pensyarah ini dikenali sebagai seorang yang tegas dan tidak mesra pelajar. Akibatnya, hampir 30% pelajarnya mendapat gred D dan selebihnya telah gagal. Tapi bila saya mengulangi subjek yang sama pada semester berikutnya dengan seorang pensyarah lain yang lebih mesra komunikasi, dari gred D saya telah mendapat gred A.


Hal ini adalah disebabkan bila seseorang pelajar menjadi rapat dan senang untuk berkomunikasi dengan pensyarah, secara tidak langsung ia akan memberi keselesaan kepada pelajar itu sendiri untuk bertanyakan apa-apa yang tidak difahami tanpa sebarang kekangan.





Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke