Thursday, October 20, 2011

Kejadian Kanak2 Kena Culik Berulang Kembali

 Salam u olsss...


Pagi tadi masa tengah bersiap2 nak pergi kerja, ai terdengar kisah seorang budak yang hampir diculik oleh sebuah van putih. Kejadian hampir sama dengan kes sebelum nie berulang kembali.


AMPANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.

“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.



Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.

“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.


“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.
 (sumber dari : HARIAN METRO)

Agak menakutkan mengetahui modus operandi hampir sama digunakan untuk menculik kanak2 ini. Nasib baik budak nie membuat tindakan yang bijak.

Wednesday, October 19, 2011

HALFEST 2011 - Expo Halal Terbesar Malaysia

Salam u olsss...


Motif nak buat entri HALFEST 2011 nie bukan sebab nak cerita apa itu HALFEST 2011 tapi sebab nak tunjuk gambar2 di bawah yang membuktikan ai pun pergi jugak ke Expo Halal Terbesar Malaysia tue yang berlangsung di PWTC, KL pada 12 - 16 Oktober 2011.


Memandangkan expo nie dah berlalu jadi apa kata u olsss layanz gambar2 yang sempat ai snap guna henpon jerrr...



pemandangan dari celah tingkap bas di atas jambatan PWTC



 papan tanda Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

 

 
 Dewan Tun Razak



 
 Menara Dato Onn - pintu masuk untuk ke HALFEST 2011



 
sebelum masuk dalam tue kena isi borang pendaftaran dulu
banyak kaunter pendaftaran dibuka untuk memudahkan orang ramai mendaftar

 penuh orang ramai berlegar2 di kawasan pendaftaran



cantik tengok lampu2 yang bergantungan 



 tadaa..inilah teg yang kena pakai kalau nak masuk dalam expo tue



 
 snap pintu masuk dari kejauhan ajer



terjumpa pulak Shahila anak ND Lala nie..tinggi orangnya

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke