Monday, September 10, 2012

Lobi Terbakar? Sabar Itu Satu Dugaan...

Khamis lepas eyza dapat call dari 'kawan terbaek' yang berada di nun di tengah laut mengkhabarkan satu berita sedih buat dia dan semua rakan sekerja.


~ lobi STAR CRUISE nie hanya sekadar hiasan jer hihi ~


Katanya dia dan kawan-kawan baru jer lepas memadamkan kebakaran yang berlaku di lobi kapal tempat mereka tengah kerja. Nasib baik kejadian tu disedari awal kalau tidak tak tahulah apa akan jadi kepada semua anak kapal. Suara dia masa tengah cakap tue pun kedengaran penat. Letih kot buat kerja dalam keadaan kelam kabut.


Dan alkisahnya, 2 hari sebelum tue eyza ada cakap hal kapal terbakar. Lebih kurang macam nie lah perbualan kami. Dia kata kat atas kapal tue tak ada pun orang nak buat open house. Pastu eyza cakap lah, satgi dok bakar lemang ketupat atas kapal tue kot terbakar pulak kapal. Dan tak sangka 2 hari lepas cakap tue memang betul ada berlaku kebakaran atas kapal dia huhu... Lepas nie kena hati-hatilah bercakap dalam situasi macam tue.


By the way, selamat bertungkus lumus dengan jayanya menyiapkan laporan kepada orang atasan. Sabarlah iNCik, dugaan tue buat awak!






p/s : berdoa semoga 'kawan terbaek' eyza nie sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan berada dalam keadaan selamat walaupun persekitaran kerja yang berisiko tinggi.

Dapat Kad Raya di Bulan Syawal | Terima Kasih KARTUNSTER

Khamis lepas eyza dapat satu sampul yang sangat unik sebab dah lama tak tengok orang pos pakai sampul tue. Sampaikan adik eyza cakap ada orang pos surat chenta gaya zaman dahulukala hehe... Teruja sangat-sangat nak buka sampul nie sebab tak saspek ia adalah kad raya.




Bila buka isi, rupa-rupanya itu hadiah kemenangan yang saudara NAZHA ANUA bagi kat eyza selepas menyertai giveaway anjuran dia iaitu BAGI dan BELAH GIVEAWAY.




Alhamdulillah akhirnya kad raya hasil lukisan tangan NAZHA ANUA telah selamat sampai ke tangan eyza. Bertambah lagi koleksi kad raya yang unik selepas yang sebelum nie dapat dari AUJINZ.




Selain kad raya, NAZHA ANUA jugak bagi sticker giveaway tue. Whoa sangat syomel sampai terasa sayang nak guna sticker tue.




Lepas nie kalau ada giveaway lagi jangan lupa pilih eyza sebagai pemenang hehe...




PAKAI KEBAYA RONDA KE PEKAN,
PERGI PULAK DENGAN PAKWE YANG PALING HENSEM,
HANYA UCAPAN TERIMA KASIH EYZA UCAPKAN,
ATAS KIRIMAN KAD RAYA dan STICKER YANG SANGAT OHSEM.





p/s : seronok tengok orang yang ada tangan seni melukis...bilalah nak ada bakat macam tue huhu... (@_@)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke