Thursday, December 1, 2011

Syukur terselamat

Salam u olsss...




Gambar di atas adalah hasil ilustrasi penulis yang memang gagal melukis hehe...Sekadar gambar untuk memudahkan pemahaman situasi.


Alkisahnya 2 hari lepas dalam pukul 1.30 tengahari masa ai dan sorang opismate tengah kusyuk maksyuk bergosip, tetiba member ai tue panggil ai tengok benda kat depan tue. Okehhh berdasarkan gambar di atas, kat bawah tue meja kerja ai yang betul2 berhadapan dengan pintu masuk. Ai dengan member tengah bersembang di belakang meja tue. 


Ai pun jadi takut bila tengok muka dia yang cuak tue terus tengok ke arah yang dia tunjuk. Rupa2nya sang ular sedang menjenguk we olsss bergosip (dalam bulatan merah tue gambar ular yea kawan2 hehe..). Katanya itu ular sawa burung. Tengok bentuk kepala dia di sebalik pintu kaca tue nampak kecik ajer. Tapi bila pak guard datang tarik dia turun ke bawah, mak aii besarnya ular tue. 


Fuhhh nasib baik lah masa tue ai dengan kawan ada kat situ. Syukur sangat2. Kalau nak harapkan ai sorang agaknya ular tue muncul atas meja baru perasan kot. Maklumlah, tangan jalan buat kerja tapi mata dok baca blog hehe...

Hari Pertama Sudah Tercalar

Salam u olsss...


Hari ini dah 1 Disember. Cepat sungguh masa berlalu rupa2nya kita dah sampai ke penghujung bulan. Dan ai ingatkan hari pertama di penghujung tahun nie nak mulakan dengan mood gembira tapi rupa2nya pagi2 lagi dah ada orang mencalarkan perasaan gembira tue.


 (sumber : google.com)


Kenapalah ada manusia yang suka berburuk sangka dan dengki dengan hidup ai? Rasanya tak derlah ai menyusahkan dia pun. Hidup ai selama hampi 27 tahun nie tak pernah pulak minta belas ihsan dari dia. Tapi kenapa dia cakap camtue? Cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Sedangkan ai dan dia tak pernah kenal pun.


Dan memandangkan bulan Disember nie adalah bulan istimewa untuk ai, maka ai tak mahu buang masa bersedih2 ingatkan apa yang orang tue cakap. Ai anggap dugaan yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.



Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)



 (sumber : google.com)



Jadinya mulai hari ini ai tak nak bersedih2 dah sebab lagi 3 hari tarikh istimewa menuju ketuaan akan menjelma. Yeyyy apa yang penting kita ENJOY!!!






p/s : umur makin meningkat tapi perangai still budak2 lagi hehe...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke