Nama ialah panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dan lain-lain) . (rujuk SINI). Dan nama juga memainkan peranan yang penting bagi seseorang manusia. Sebab tue dalam Islam digalakkan memilih nama yang mempunyai maksud yang baik supaya tidak jadi bahana kepada si penama.
Namun eyza nak berkongsi dengan korang semua kisah kejadian yang melibatkan nama orang yang agak unik dan pelik sehingga boleh menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengarnya.
Kejadian Pertama :
Kejadian yang nie berlaku masa mak eyza bertugas di kaunter sakit puan dan nak panggil pesakit masuk jumpa doktor.
EMAK : KUEH BENG KANG
Dengan tak semena-mena kawan mak eyza di belakang menjawab,
KAWAN MAK : Ada bawah tudung
MAK : Awat pulak?
KAWAN MAK : Dah tadi dok cari kuih bengkang, so saya bagitahu lah kuih tu duk bawah tudung saji.
Adoiii kesian pada pesakit tue. Nasib baik dia tak dengar apa kawan mak eyza cakapkan.
Kejadian Kedua :
Yang nie berlaku di kaunter X-RAY masa kawan kakak eyza nak merekodkan nama pesakit.
Petugas : Okey cik, boleh saya tahu nama cik?
Pesakit : ALA MALU
Petugas : Ehh cik janganlah malu-malu. Saya cuma nak tahu nama cik saja.
Pesakit : Errr (dengan muka yang segan) itu nama saya. ALAMALU
Petugas : ???
Kawan kakak eyza nie hanya mampu tersenyum dalam hati saja. Nak gelak kuat takut memalukan pesakit itu saja.
Kesian kan pada mereka yang ada nama macam tue? Kerna keinginan mak ayah maka mereka yang mendapat aib bila nak berurusan nanti.
p/s : ada jugak nama yang eyza tahu iaitu hanya huruf N sahaja....



