Showing posts with label BONUS PESARA. Show all posts
Showing posts with label BONUS PESARA. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Bonus Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan

Alhamdulillah semua kat rumah dok pakat tersenyum dah semalam bila dengar pengumuman pasal BONUS yang diberikan oleh kerajaan.


Syukur sangat-sangat dengan pemberian bonus raya ini yang sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban dalam membuat persiapan raya.



Menurut laporan dalam BERNAMA, Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.





p/s :  syukur dengan bonus itu tapi tak leh enjoy sebab kena simpan untuk nak bayar benda penting huhu...

Thursday, December 15, 2011

Esok bayaran khas pesara kali kedua dan pencen

Salam u olsss...




Buat semua pesara2 kerajaan, esok adalah hari untuk mereka bergembira. Sebab esok bonus dan pencen akan dimasukkan serentak ke dalam akaun masing2.


Ai share maklumat ni yang ai ambik di web JPA.

Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) kali kedua pada 16 Disember 2011

Sehubungan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) di bank mulai 16 Disember 2011. Semua Bayaran Khas Pesara (BKP) akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B yang tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di Kaunter bank bagi mengeluarkan RM500. Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember 2011, boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Disember 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun memaklumkan keputusan Kerajaan dan arahan bayaran kepada semua pihak/bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran Pencen dan Bayaran Khas Pesara sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-8885 4906/4475/4476/4477/4478.


Tuesday, August 9, 2011

Bonus Raya untuk Kakitangan Awam dan Pesara

Salam u olsss.


Ingin berkongsi satu berita gembira dengan semua penjawat awam di seluruh Malaysia.


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian bonus raya untuk semua kakitangan awam dan pesara kerajaan.






Bonus yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini melibatkan pembayaran sebanyak RM2 billion kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan di seluruh negara dan 590 000 pesara kerajaan.


Dengan bayaran minimum RM500 atau setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan RM500 buat pesara kerajaan, diharap pemberian bonus tue dapat membantu meringankan perbelanjaan sempena musim perayaan nanti.


Terima kasih buat Perdana Menteri kita atas pemberian bonus itu yang sekurang2nya boleh diguna untuk belanja raya nanti.


(sumber dari Utusan Malaysia)


p/s : ada seorang kawan ai dapat bonus 7 bulan gaji...ermmm bestnyerrr namun tetap bersyukur dengan bonus 1/2 bulan gaji tue... =))

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke