Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Kejutan Dari Incik Hubby



Alhamdulillah 5 Disember 2014 (JUMAAT) yang lalu bertambah satu angka lagi dalam hidup eyza...Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk menyambut hari lahir bersama orang-orang yang tersayang. Tahun ini hari lahir yang penuh kejutan dari incik hubby. Kejutan yang memang eyza tak sangka di saat jam berdetik 12 tengah malam.


Dalam pukul 10 malam 4 Disember tu, tetiba incik hubby tanya jam pukul berapa. Eyza kata awal lagi belum pun pukul 11 malam. Dan kami pun terus tidur sebab eyza nak bangun awal pagi nak bershopping di Pasar Kemboja, Pendang. Tengah-tengah tidur tu eyza rasa ada orang dok kejutkan...Sekali buka mata, incik hubby sua bunga sambil nyanyi Happy Birthday...hehe...terharu rasa saat tue...Tak sangka incik hubby ingat birthday wife dia...Sebab awal-awal tu dia macam buat tak tahu jea hehe...


~ 2 kuntum bunga sempena 2 tahun celebrate birthday bersama-sama dia ~


Dan malam 5 Disember 2014 tue, hubby eyza beli kek kecik untuk kami celebrate bertiga.





Terima kasih pada kaum keluarga dan sahabat handai yang sudi menge'wish'kan ucapan hari lahir dan doa-doa yang baik untuk eyza dan family kecik eyza. Semoga doa-doa kalian menyinari hidup eyza buat selama-lamanya. Dan terima kasih tak terhingga buat my beloved hubby yang sudi buat kejutan di tengah-tengah malam dengan nyanyian dan bunga itu. Like a dream Baby... Love U!



p/s : kami bakal merindui ayah yang beroutstation di negeri Cik Siti Wan Kembang... :(

Monday, November 17, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Pertama MUHAMMAD AISY AMSYAR

~ baru lahir beberapa jam, mata dah celik luas hehe... ~


Pada tarikh hari ini 17 November setahun yang lalu, tepat jam 07:57 pagi lahirlah putera hati kami yang ditunggu-tunggu. Buah hati pengikat kasih dan cinta kami ini lahir secara normal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Nak baca kronologi kisah kelahiran dia, klik SINI naa...


Diberi nama MUHAMMAD AISY AMSYAR, jantung hati ibu dan ayah ni seorang budak yang keletah dan lincah namun sangat pemalu dengan orang perempuan hehe...Awal-awal minggu nak duduk dengan pengasuh baru, dia malu-malu dengan pengasuh. 





Sedar tak sedar rupa-rupanya anak comel ibu dan ayah ni dah mencecah usia 1 tahun hari ini...Terasa cepatnya masa berlalu dah besar pun Amsyar. Macam baru jea kami berdua menunggu saat-saat kelahiran dia, sekarang dah jadi abang long...





Buat permata hati tersayang, ibu dan ayah doakan semoga Amsyar menjadi anak yang soleh, sentiasa patuh ajaran Islam, diberi kesihatan yang baik, serta diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam menempuhi setiap ujian dan dugaan dariNya untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Selamat Menyambut Hari Lahir buat anakanda tersayang, MUHAMMAD AISY AMSYAR BIN MOHD HUZAIRI.


Perkembangan di saat usia hampir mencapai 1 tahun:
Pandai sebut ABAH, TAH, TAT (CAT), BIRD, cakap pelat yang banyak tapi masih dapat difahami, FAHAM ARAHAN yang diberi, suka cium mulut berkali-kali, pandai OFF KIPAS, sebelum keluar bilik mesti tangan tunjuk ke arah SUIS LAMPU sebab nak tolong tutupkan.



p/s : maaf di hari lahirmu, ibu dan ayah terpaksa redha menghadiahkan suntikan buatmu anak.

Thursday, December 6, 2012

Selamat Hari Ketuaan hihi...





Kelmarin adalah hari lahir eyza dan sempena tarikh tu, eyza ambik cuti kelmarin hihi kebetulan dapat cuti free dari bos jadi eyza gunakan kelmarin. Ikutkan memang tak nak cuti sebab untuk tahun nie cuti eyza berbaki hanya 3 hari sahaja tapi alang-alang bos dah bagi green light, jadi eyza ambik jer la cuti.


Apa pun eyza nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang wish birthday eyza samada melalui sms (ABAH, EMAK, JAJA, NANA, UMIRA, ADELL, AJULA, ABG E)  facebook (Mubarak Majid, Cda Amirr, Asma Ali, Sime Gridgette Zelle, Khalijah Khaty, Olando Olan, Sufiana Ramli, Maya Maswany, Mummy Adriana, Kasih Ixora, Mohamad Norzaidi bin Juli, Norazilawati Ahmad, Eja Liza, Shahrin Hamid, Nurul Sharniza Husin, Osman Ramli, Ouh Bee, Hariah Abdullah, Mohd Ferdaus, Mohd Nazri, Li Eza, Adell Siti Adila Rosli, Harliyana Yahya, Fizah Hafidzah, Shatirah Mehat, Aishah Mohamad, Fariza Farid, Sharifah Mazliana, Ly Ana, Safarin Sulaiman, Nur Amaniena Niena, Mahfuza Mahayuddin, Azliana Adros, Nazihah Zainal, Mohd Fuad, Azlina Abd Khalil, Suziana Mokhtaruddin, Rozita Shaari dan Mas Guramei ), tagged (Widad al-Jefri, Olando Olan dan Zack N) dan secara berdepan.



 ~ sayang FAMILY yang banyak support eyza ~



Walaupun tanpa hadiah mahal atau sambutan yang hebat tapi eyza sangat-sangat hargai ucapan serta doa istimewa dari kalian semua. Dan yang paling bestnya birthday tahun ni sebab eyza menyambutnya di saat status eyza berubah setapak ke depan hihi... Syukur alhamdulillah padaMu Ya Allah sebab masih memanjangkan usiaku untuk bersama-sama orang-orang yang sangat ku sayang. 




p/s : wahhh bestnya dating dengan yang tersayang di hari ulang tahun kelahiranku hihi...  (~_~)

Tuesday, December 6, 2011

Terima Kasih Pada Yang Wish

Salam u olsss...


Pertama sekali nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang sudi mengewishkan 'HAPPY BIRTHDAY' kat ai semalam.




Semalam tepat 5 Disember pukul 8 malam, genaplah usia ai 27 tahun. Haishh beberapa tahun jer lagi nak sampai ke angka 3..hihi...Spesel thanks to my family yang wish, kasi hadiah dan buat majlis istimewa.


Also thanks a lot to yang wish melalui SMS macam PRINCESS FIONA (eksaited nak wish tapi terawal sehari hihi..) dan JANZPS, rakan2 fB seperti MAYA MUSTWANY, Olando Olan. MARSHA ZLIYANA, Norazilawati Ahmad, Hafiez CheChim, Azlina Wahab, Shahrolismi Ismail, Sime Gridgette Zelle, Muniza Jalil, Mohd Nazri, Li Eza, Matola Mj, Hazwani Ahmad, Shahrin Hamid, Cik Nurlis Md Noor, Normi Dahar, Rozita Shaari, Mazlinda Sky. Mohd Ferdaus dan Damian Mikhail Seet serta tak lupa wish dari rakan TAGGED seperti Olando Olan, ToXGobOX, Alon(BAD) dan Khairizan. Tertinggal plak, thanks too CAER yang jadi orang paling terawal wish besday, 4 hari awal tue hehe...


Dan semalam ai ambik cuti rehat semata2 nak tolong mak ai untuk sambutan birthday ai yang dibuat semalam selepas Maghrib. Okehh nanti ai hapdet sekitar sambutan majlis berkenaan dan menu2 yang dibuat.






p/s : ikutkan nak sambung cuti lagi tapi kesian plak kat membe yang kena take over tempat ai sepanjang ai bercuti hihi...


p/s/s : rindu sama iNCik laaa...agaknya sekarang nie dia tengah berhempas pulas meng'exam'kan diri di Indonesia.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke