Tuesday, November 30, 2010

BAHAGIA DALAM DERITA 1

“Perhatian semua. Hari ini kita ada staff baru. Nak saya perkenalkan atau nak dia sendiri kenalkan?” usik En Mus, sedangkan sudah ku khabarkan yang aku gementar untuk bercakap di depan orang ramai.

“Biar dia je kenalkan diri sendiri,”

“Yea, saya sokong.”

‘Adui bertambah rancak sokongan nie. Ishh Nampak gayanya macam memang aku yang kena kenalkan diri sendiri. Tapi…’

“Sudah semua, jangan bising. Biar saya kenalkan dia pada kamu semua.”

‘Fuhh lega Encik Mus jadi penyelamat!’

“Okey, staf baru kita nie akan bertugas di bahagian kaunter bergandingan dengan Pak Sudin. Nama dia Mirsya Izreena binti Syamir Azrieen.” Beritahu Encik Mus.

“Owh dah ada bunga laa di kaunter kita ekk.. Bagus bagus xder laa boring sangat dok asyik tengok muka Pak Sudin jer,” jerit satu suara di belakang.

“Amboi Lan, kamu dah boring ker tengok muka aku nie?”

“Bukan boring Pak Sudin tapi kalau ada penyeri di kaunter baru semangat sikit nak bekerja.” Sampuk pemuda yang dipanggil Lan tue.

“Sabarlah Mirsya, Lan tue memang camtue perangai dia suka menyakat orang. Ha Lan, dah kamu bersemangat nak kerja kan apa kata kamu check kat Blok A dengar kata blackout tadi,” arah Encik Mus.

“Baik bos, arahan diterima. Roger and out.” Tabik Lan pada Encik Mus.

……………………..

“Boleh saya tumpang duduk?” soal Lan pada Mirsya.

“Eh Lan…Ermmm duduklah.”

“Mirsya, kenapa saya tengok sejak awak masuk kerja di syarikat nie awak suka bersendirian. Kerap termenung sana sini. Awak ada masalah ker?” soal Lan prihatin.

“Ermmm..tak der apa lah. Saya okey aja.”

“Betul ker nie? Kalau Mirsya ada masalah ceritalah. Lan sudi mendengarnya. Kata orang bebanan masalah tue akan berkurang jika berkongsi dengan orang lain. Tapi, kalau Mirsya tak bersedia nak cerita tak apalah.”

“Entahlah Lan. Mirsya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke