Friday, December 18, 2009

KASIH BERUBAH 15

“Abang, Reena ingat nak sambung belajarlah,” suara Mirsya pada suatu malam.
“Elok la tu, Afiqq pun dah besar. Kat mana Reena nak apply?” soal Danielle.
“Tak tau lagilah bang, nanti Reena cuba tanya Along. Mungkin dia tahu. Oh ya, macamana dengan business abang? Any problem?” soal Mirysa.
“Abang, kenapa pandang Reena macam tu?”
“Isteri abang ni tak sihat ker?”
“Kenapa ni abang? Tiba-tiba tanya Reena macam ni.”
“Boleh abang ketawa sebentar?”
“Abang, apa yang lucunya? Ada apa-apa ker kat muka Reena ni?”
“Tak adalah sayang, cuma entah tiba-tiba abang rasa nak ketawa.”
“Sejak bila sayang abang ni minat dengan business?” soal Danielle.
“Tak boleh ker?”
“Bukan tak boleh, malah abang tersangat-sangat mengalu-alukan. Sayang, apa kata sayang ambil kursus Business. Nanti boleh tolong abang uruskan syarikat kita. InsyaAllah kalau ada rezeki abang ingat nak buka cawangan baru,” beritahu Danielle tentang hasrat yang sudah lama difikirkannya itu.
“Reena pun cadangnya macam tu juga la. Nanti boleh la Reena bantu abang.”
“Reena tahu taka bang dah lama tunggu ayat tu keluar dari mulut Reena. Selama ini bila abang sebut pasal business aje, terus Reena tukar topik. Tapi hari ni Reena sendiri yang sebut pula. Emm… gembiranya abang,” ujar Danielle.
“Hehe…entah la tiba-tiba hari ini terdetik di hati Reena nak tanya abang pulak. Alah lagipun abang, Reena ni kan asal dari family business dah tu kahwin pulak dengan businessman jadi sedikit sebanyak darah business tu mengalir juga dalam diri Reena.”
“Tapi tak apa ke Reena nak study business? Ker Reena ada minat course lain?Abang tak kisah pun.”
“Betul abang tak kisah?”
“Reena agak?”
“Tahu dah mulut abang cakap tak kisah tapi hati abang kisahkan?”
“Emm…pandainya isteri abang boleh baca apa yang ada di fikiran abang yea.”
“Mestilah inikan Mirsya Izreena, pelajar terbaik di Australia. Mestilah pandai.”
“Ewahh…orang baru puji sikit tapi dia lebih-lebih pulak.”
“Hehehe…jangan jealous.”

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke