Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Siapa Yang Akan Menang AJL?

Salam u olsss...
  

Masa online fesbuk ai baca satu post yang menarik dari Fizo Omar berkaitan lagu2 yang bertanding untuk Anugerah Juara Lagu malam nie.






p/s : Harap-harap ai tak jadi macam tahun lepas bila ai tertido masa tengah tengok AJL hihi...

Wednesday, January 11, 2012

Doa Perpisahan

Salam u olsss...


.


Kat atas tue adalah sebuah lirik lagu nasyid yang bertajuk 'DOA PERPISAHAN' yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers (xpasti betul ker tak sebab search dalam google, kumpulan MIRWANA pun nyanyikan jugak).


Ai pertama kali dengar lagu nie, tu pun sebab geng opis pilih lagu nie untuk dinyanyikan masa majlis terakhir bos we olsss yang bersara hari tu..


Masa nyanyikan lagu nie adalah jugak dua tiga orang yang menitiskan air mata mungkin sebab lirik dia terlalu menyentuh hati. Cubalah u olsss baca lirik dia dan hayati bait2 kata yang terkandung dalam lirik tue.

Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu Yang Sangat Berombak

Salam u olsss...


Ahad lepas ai baru berkesempatan nak tengok filem yang paling meletop di pawagam ketika ini, tak lain tak bukan pastinya 'OMBAK RINDU' sampaikan masa berlangsungnya sesi tayangan filem nie, hampir semua blogger menceritakan perihal filem ini.




Ai dah pernah baca novel 'OMBAK RINDU' nie (masa tue pinjam kat kawan jer sebab masih tak mampu nak beli novel hehe...) dan dah tahu jalan cerita serta kesudahan filem ni. Jadinya bila orang asyik sangat bercerita filem ni telah mencairkan hati dan jiwa raga mereka maka ai pun tengok lah filem nie (tanda sokong filem Melayu).


Secara keseluruhannya ai tengok filem nie biasa2 jer macam filem yang ada cuma lakonan Aaron Aziz jer kekal mantap. Yang lain2 semua macam okey2 jer. Tunggu punya tunggu sampai ke penghujung cerita tak ada pulak air mata ai menitis menangis macam semua orang dok bercerita tue. Sebab tak ada pun bahagian2 yang menyedihkan sangat hehe... 


Tapi kira okeylah ai tunggu hingga habis tayangan sebab ada jugak yang tertidur sepanjang tayangan. Sungguh menampakkan cerita ini tak berjaya menarik minat dia untuk menghayati jalan ceritanya. Apa2 pun ai lebih suka OMBAK RINDU versi novel dari OMBAK RINDU versi filem sebab rasa feel dari novel tu sampai ke lubuk hati yang paling dalam hihi...





p/s : ini hanyalah pendapat peribadi ai sendiri yang langsung tak dak kena mengena sama ada yang hidup atau tak hidup.

Tuesday, December 27, 2011

TENTANG DHIA | Melly yang paling beruntung

Salam u olsss...



Rasanya sekarang nie semua orang tengah membicarakan drama 'TENTANG DHIA' kan? Dah jadi drama episod yang paling diminati sekarang nie.


Sebab dah banyak buat ulasan pasal drama berepisod tue, jadi ai tak nak lah ulas berkenaan jalan cerita drama TENTANG DHIA nie sangat. Cuma ai hanya nak bagi pandangan peribadi yang ai dapat dari drama nie.


Masa mula2 tengok drama nie, ai tertarik dengan watak NORKAMADHIA yang dilakonkan NORA DANISH. Yerlah dalam drama nie dia diminati 3 orang lelaki serentak iaitu ZIKIR (ADI PUTRA), RAFFI (IRFAN ROSLAN) dan AZMI (AKO MUSTAPHA). Beruntungkan dia ada 3 pilihan waktu tue. Tapi bila plot cerita ini mula berkembang dan hampir sampai ke penghujungnya, serasa ai watak MELLY (IZREEN AZMINDA) pulak yang lebih beruntung. Walaupun ai tahu di episod akhir, sudah tentu DHIA akan mendapat kemenangan (kebiasaan untuk drama Melayu lah...hehe) tapi kalau u olsss tengok secara keseluruhan MELLY yang sangat bertuah.


Sebab apa tau ai kata MELLY yang bertuah :

~ sebab walaupun dah bermacam2 dosa yang dia lakukan, dia masih diberi ALLAH peluang kedua untuk bertaubat. Dan dia dapat kesempatan untuk meminta maaf dari orang2 yang dia pernah buat salah (kecuali mak dia lah....) selama ini. 


Dikaji dari sudut pandangan yang positif kan, sungguh beruntung bagi manusia yang mendapat peluang kedua dari Allah untuk bertaubat. Lagi manis jika dia memang bersungguh2 bertaubat.Bayangkanlah dari seorang yang memang benar2 jahil bab agama boleh dapat hidayah dari Allah s.w.t. Sangat2 bertuahlah orang seperti itu.


“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25


"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222


Apa-apa pun ai nak ucap syabas dan tahniah lah pada penulis skrip drama TENTANG DHIA nie sebab banyak mesej yang boleh dapat dari drama ini walaupun ia hanyalah sebuah drama.





p/s : kalau ada yang berkata 'elehhh dalam drama semua boleh buat', entri ini diulas hanya berdasarkan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan skrip hehe... =)

Sunday, December 11, 2011

Tak Glamer Pun

Salam u olsss...


Ketenangan di hari Ahad nie nak coretkan benda yang dah lama ai dengar tapi baru hari ni nak stori dengan u olsss semua.


Alkisahnya mengenai seorang pelakon drama yang sangat2 perasan glamer dan terkenal oke.



(cari gambar tak der jadi letak ini jer sebagai imej)


Kejadian pertama kebetulan dia senegeri dengan ai dan tinggal setaman dengan my sis punya MIL. Bila dia keluar makan dekat kedai tepi jalan kat taman tue, dengan gaya perasan dia akan panjang2kan leher dia nak tengok sapa2 yang perasan dia artis (sori la dah lupa drama apa dia pernah berlakon). 


Kejadian kedua masa adik ipaq ai buat sekatan jalan raya dan tahan kereta dia (pakai WIRA jer pun). Minta IC dia nak tengok, u olsss tahu dia soal apa kat adik ipaq ai. 'Awak tak kenai saya ka?'. Adik ipaq ai cakap, 'tak kenal pun'. Trosss dia cam nak marah jer..Perasan lebih sungguh dok anggap dia glamer.


Maka tadi sebelum ai taip entri nie, ai search dalam google web dan goole image nak cari info pasal dia ataupun gambar dia tapi sangat2 sadis sebab google tak menemukan apa2 carian berkenaan dia. Kata glamer tapi awat habuk pun tak dak. Perangai dia yang kerek semacam buatkan tak sukanya dengan pelakon macam tue.



Wednesday, October 19, 2011

HALFEST 2011 - Expo Halal Terbesar Malaysia

Salam u olsss...


Motif nak buat entri HALFEST 2011 nie bukan sebab nak cerita apa itu HALFEST 2011 tapi sebab nak tunjuk gambar2 di bawah yang membuktikan ai pun pergi jugak ke Expo Halal Terbesar Malaysia tue yang berlangsung di PWTC, KL pada 12 - 16 Oktober 2011.


Memandangkan expo nie dah berlalu jadi apa kata u olsss layanz gambar2 yang sempat ai snap guna henpon jerrr...



pemandangan dari celah tingkap bas di atas jambatan PWTC



 papan tanda Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

 

 
 Dewan Tun Razak



 
 Menara Dato Onn - pintu masuk untuk ke HALFEST 2011



 
sebelum masuk dalam tue kena isi borang pendaftaran dulu
banyak kaunter pendaftaran dibuka untuk memudahkan orang ramai mendaftar

 penuh orang ramai berlegar2 di kawasan pendaftaran



cantik tengok lampu2 yang bergantungan 



 tadaa..inilah teg yang kena pakai kalau nak masuk dalam expo tue



 
 snap pintu masuk dari kejauhan ajer



terjumpa pulak Shahila anak ND Lala nie..tinggi orangnya

Tuesday, October 11, 2011

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia

Allahyarham Datuk Ahmad Jais
 
 
Penyanyi Datuk Ahmad Jais dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.


Jenazah di akan di bawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.


Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.


Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.


Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ.



kredit to : mstar

Thursday, August 25, 2011

Senandung Hari Raya

Lagu ditujukan buat iNCik yang tak dapat balik beraya. Kecian iNCik dah bertahun2 tak dapat nak balik raya. Terpaksalah beraya sorang2 di tengah lautan. Sabar ye iNCik, ada rezki mungkin tahun depan giliran iNCik pulak. Jangan iNCik buat aksi TITANIC di pagi raya dah lerrr hehe...





Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku

Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga





p/s : banyak duit tak menjamin keseronokan bila tak dapat balik beraya kan???  





Wednesday, July 27, 2011

Mati Hidup Semula | Catriona Ross Bahrin

Salam u olsss...


Semalam sapa tengok program HALAQAH SENTUHAN QALBU? Menampilkan pelakon drama Catriona Ross Bahrin a.k.a CAT, program semalam menyingkap kembali nota hidup CAT yang seumpama MATI HIDUP SEMULA.



(kredit pic to MSTAR)



Kalau u olsss ingat hampir 4 tahun yang lalu, CAT pernah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang teruk pada seluruh anggota badan dia yang boleh diibaratkan kalau sesapa tengok seumpama nyawa CAT ketika itu seperti telur di hujung tanduk.


Namun berkat kekuasaan Allah s.w.t, akhirnya hari ini dapat lihat CAT kembali seperti sediakala beserta satu pembaharuan baru iaitu bertudung. 


Suka tengok penampilan CAT semalam, nampak cantik dan berseri dengan gaya macam tue.


Sapa yang tengok luahan nota CAT bersama panel undangan semalam pasti akan tersentuh hati bila berbicara mengenai MATI HIDUP SEMULA. Ibarat kata pengacara dia TUAN HAJI AHMAD NOOR SULAIMAN, hidup tidak akan bererti tanpa nyawa. Sementara masih bernyawa, hargailah nyawa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah.




p/s : Satu perkara yang buat ai tersentuh hati bila mendengar doa CAT yang memohon pada ALLAH s.w.t agar diberi kesempatan untuk dia meminta ampun dari mak ayah. Sayangilah ibu bapa!!!




Tuesday, July 5, 2011

Kita Insan Biasa

Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...
 
  

Monday, June 27, 2011

Rupanya NAJWA 'SENYUM' Anak TPM!!!

Punyalah lama dok dengaq lagu 'KAU YANG PUNYA' dan yang terbaru 'SENYUM', baru ai tahu yang penyanyi duet dengan Malique Too Phat tue rupa2nya anak kepada Timbalan Perdana Menteri kita.





Ai dapat tahu pun sebab sipi2 terdengar masa ai pergi kursus baru2 nie kat Putrajaya. Ada seorang penceramah tue cakap Najwa anak Muhyiddin. 

Nak tanya pada kawan sebelah, malu plak sebab dengaq pun sepintas lalu jer. Jadinya hanya pada cik google lah tempat ai meluahkan pertanyaan.  Sampailah terjumpa satu web yang menceritakan siapakah Najwa 'SENYUM' nie.

Berbakat jugak yer anak TPM. Sedap dengar suara dia. Pertama kali dengar masa dia nyanyi lagu KAU YANG PUNYA yang berduet jugak dengan Malique Too Phat. 

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit





Monday, June 20, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu




Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menhiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini

Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Terjumpa Doktor Asmara

Salam u olsss...

Just nak share citer apa yang berlaku masa ai ke Kay Ell baru2 nie...

Masa berhenti solat kat Hentian Simpang Pulai, ai dan mak singgah kat gerai jual buah-buahan. Lepas tue terdengar sorang penjual tue cakap; 'Dr. Fazley', 'Dr. Fazley'.





Tengok belakang tak dak pun Dr. Fazley nie. Tak pa lah mungkin dia dah pergi kot.

On the way nak ke kereta, mata meliar jugak mencari kot kot Dr. Fazley masih di situ.

Pandang ke depan tengok ada seorang lelaki baju berkotak2 rupa macam Dr. Fazley sedang menuju ke gerai jual surat khabar.

Cakap kat mak ai... 'Mak tengok depan. Dr Fazley laa'

Masa berselisih dengan dia, sempatlah tengok dia secara langsung. Dan dia memang tak seperti yang ai tengok dalam TV.

Maksud ai bukan ada yang tak baik kat dia. Tapi Dr. Fazley masa ai tengok tue nampak kurus, tinggi dan berkulit cerah. Pendek kata dia memang segaklah.

Mula ingat nak ajak dia bergambar tapi mak ai tak bagi ganggu privasi dia sebab dia datang dengan keluarga. Jadi hanya rakam dalam memori minda jerlah kenangan itu.




p/s : pernah jumpa seorang pelakon drama ASMARA tapi dia agak sombonglah!


Tuesday, May 10, 2011

Jumpa Sony Dwi Kuncoro lah...

Nak citer kat u olsss nie...


Ai jumpa Sony Dwi Kuncoro lah hari Ahad malam yang lepas. U olsss kenal tak???







Haa tengok gambar dia kat atas tue agak2 u olsss kenai dak lagi? Apa tak kenal jugak kaa?? Isk isk u olsss nie sama macam ai lah hihi.. Masa jumpa dia malam tue ai tak tahu pun sapa dia nie. Lepas tue sambil minum2 tue dok dengaq lah tokey ayaq tue dok sakan cerita pasal mamat kat meja belakang tue.

Tanya member ai sapa tue? Owhhh rupa2nya itulah pemain badminton nombor satu Indonesia. Yang selama nie ai dok kenai pemain Indon pun hanyalah Taufik Hidayat ajer...

Meh ai kongsi sket maklumat pasal dia nie buat u olsss yang senasib macam ai tak kenai sapa dia... ;)

Nama dia ialah Sony Dwi Kuncoro dan berasal dari Surabaya, Jawa Timur. Tanggal 7 Julai nie genaplah umo dia 27 tahun (eh eh sebaya rupanya kita ekk).

Masa ai jumpa dia malam tue, dia cuma pakai t-shirt biasa dan seluaq pendek kotak2...Dok minum sorang2 jer dia malam tue. Minum teh o panas dengan sate. Sebenaqnya dia ada kat Malaysia sebab ada Kejohanan Terbuka Malaysia yang dimenangi Datuk Lee Chong Wei.

Tapi macam biasa lah tak ajak bergambar pun sebab malas nak kacau dia yang tengah kusyuk dengan henpon dia tue. Ai citer nie pun cuma nak bagitahu jerrr kat u olsss semua..Hihi Okey lah nak sambung balik gheja yeaa...




Sunday, April 17, 2011

Hanya Padamu






Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka


Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nur bisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku

Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nur bisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci...........



p/s : Hanya untukmu... ;)

Monday, April 11, 2011

Erkkk Rozita Che Wan kerr?



(gambar ihsan google)


Inilah rupa Rozita Che Wan di saat awal kemunculan dia sebagai model. Tapi hari ini ai bukan nak ulas pasal perbezaan gambar dia dulu dan sekarang.

Ai nak cerita apa yang terjadi baru2 nie kat family ai...

Masa semua family ai pergi hantar sedara ai kat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ada seseorang tanya, 'nampak tak tue Rozita Che Wan?'

Maka semua mata tertumpu ke arah yang ditunjukkan TAPI alahai sombongnya dia. Tahulah aawak tue dah terkenal satu Malaysia takkan lah setakat nak lemparkan senyuman pun tak boleh....

Pakaian dia memang ranggi habis laaa dengan pakai kain jala menutup rambut dia.

Mak ai bagitahu patutlah dok perasan awat laa ada sorang minah tue dok hulu ke hilir sepanjang lapangan terbang tue..Owhhh rupa2nya dia nak bagitahu, 'hai sayalah artis terkenal tue'.....

Ai pun tanya lah mak betul kerr orang kata dia tue cantik..Jadi tengok muka dia secara asli dan semulajadi camner memang cantik ker?

Ermmm jawapan mak ai memang buat ai berfikir ohhh dan ohhh... (nanti kontroversi plak bila bagitahu jawapan sebenar hihihi...)


p/s : kata nak bersara dari dunia hiburan tapi ???





Sunday, February 6, 2011

Ariel Peterpan dipenjara 42 bulan


Hai u olsss....


Dah lama ai tak merasa bercuti di hari Ahad sejak bertukar tempat kerja nie....Dan sejak itu dah lama tak tengok rancangan gosip2 yang memang sentiasa update berita2 terkini dunia hiburan..


Tadi tengahari sempat laa jugak tengok Melodi tue......


Tengok ada satu cerita hot pasal artis seberang yang menimbulkan kontroversi panas tahun lepas....


'Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara 42 bulan'


Menurut laporan akhbar Kosmo; vokalis utama Peterpan, Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Bandung.


Ketua Majlis Hakim, Singgih Budi Prakaso menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan dan denda Rp.250 juta (RM84,312) ke atas Ariel.



TAPI



Walaupun hukuman telah dijatuhkan, pihak ulama Indonesia masih belum berpuashati dengan cara hukuman itu...


Mereka berpendapat hukuman itu tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan Ariel bersama Luna Maya dan Cut Tari...


Apa pendapat u olss yerr?? Rasa2nyerr hukuman itu mampu tak membawa Ariel kembali ke pangkal jalan..


Ai dulu masa zaman study dulu memang minat dengan Ariel...Tapi sejak mula bekerja 2-3 tahun dulu dah kurang mendengar lagu2 dia..Mungkin zaman dulu2 study tue terpengaruh dengan lagu2 tangkap syahdu dia kot hehe.... ;)

Monday, January 10, 2011

Dan pemenangnya ialah..........zzzzzzzzzzzzzzz

Semalam masa tengah syiok2 layan lagu kat AJL 25 nie tetiba jerrr ai lehhhh tido....hadoiiiii punya laaa lama tunggu, tapi bila part nak umum pemenang ai boleh tertido lak....isk isk isk

Semua gara2 ai malas nak tengok artis nie nyanyi........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(kemain sakan dia menari semalam ekkk....)


Tersedar jerr dari tido, ai tengok yang nie pulak nyanyi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






(kredit pic to iNCik gOogLe)


Ehh ehh apasal dia nyanyi lagi sekali.....

Tengok jam kat handset --> 12:03am

Lorrr keputusan dah umum kerrr???


(p/s : tengah selongkar iNCik gOogLe nak tahu keputusan penuh semalam)

Sunday, January 9, 2011

Jom pakat tengok AJL sekarang nie

Hai...mesti u olsss semua tengah bizi mengadap TV kan....hehe we same we same...

Even la nie Muzik2 dah tak der umphhh macam dolu dolu tapi bila tiba AJL jerrr mesti nak tengok..Bukan apa juz bagi sokongan kat sorang nie jer...(bajet bagi sokongan kat kawan terbaek laaa nie hehe...)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


(kredit pic to iNCik gOogLe)


Hope dia menang besar malam nie.....



(p/s : tertunggu2 seseorang nyanyikan Selamat Malam ketika nak tido..hihihi )

Sunday, December 19, 2010

10 palinnnn HOTTT!!!

ragam artis artis 'terhebat' di Malaysia.....hot dengan isu2 kontroversi saja semua nie...xder pun pasal kerjaya yang meletup kaa, dapat tawaran ke dunia seni Hollywood kaa...dasat semua artis Malaysia nie kan kan kan...jum selak ke bawah apa citer nyerrr.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pix_gal0



Terhangat 1:

JUARA Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad berada dalam senarai artis paling sensasi 2010 kerana kontroversi yang dilaluinya bagaikan bertali arus.

Terhangat 2:

SELEPAS berteka-teki apabila dilihat bertandang ke mahkamah pada 24 Jun lalu, Maya Karin dan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali mengesahkan mereka berpisah pada 16 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Terhangat 3:

SEMBILAN tahun bergelar isteri kepada Adzmin Tan Sri Osman, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku melepaskan gelaran itu apabila mereka bercerai talak satu pada 28 September lalu.


Terhangat 4

SETIAP kali muncul dengan buah tangan terbaru untuk peminat hiburan tanah air, ada saja yang menimbulkan bualan khalayak. Awal tahun orang mula rancak bercerita mengenai filem terbarunya yang menggunakan judul yang agak kontroversi iaitu Anu Dalam Botol yang berkisar mengenai kehidupan insan dua alam.

Tetapi akhirnya Raja Azmi Raja Sulaiman menukar judul filem itu kepada ...Dalam Botol saja atas nasihat Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Bagaimanapun, apa saja kontroversi yang melingkari hidupnya tidak dapat menandingi kisah hitam yang berlaku Ogos lalu.

Terhangat 5:

KERETAKAN rumah tangga yang dibina Rita Rudaini Mokhtar dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, mula dihidu pada awal Oktober lalu.

Terhangat 6:

KRISIS peribadi antara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza yang berlanjutan hampir enam tahun berakhir pada Ogos lalu apabila mereka dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas di sebuah hotel di ibu negara yang menjadi berita muka depan tiga akhbar iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Terhangat 7:

“WALAU apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama.. Mama tetap sayangkan Ben,” itu ungkapan yang ingin diucapkan kepada anak kesayangannya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Terhangat 8:

EPISOD perkahwinan yang menjadi bualan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar dan aktres popular, Zizie Ezette Abd Samad kembali 'hangat’ apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan selepas Bung Mokhtar mengaku bersalah atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran pada 19 Mei lalu.

Terhangat 9:

apa yang dicita-citakan Dr Rozmey tidak menjadi kenyataan. 2 Alam tidak meraih kutipan yang diharapkan, malah Dr Rozmey terpaksa akur apabila filem itu hanya membawa pulangan tidak sampai RM500,000.

Terhangat 10:

FASHA Sandha terus menjadi tumpuan media sepanjang 2010. Satu demi satu episod hangat menyerang selebriti yang sudah lunak dengan perkataan kontroversi itu.

Gadis kelahiran Johor Bahru itu memanaskan 2010 apabila dilaporkan pergi bercuti bersama kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli di Pattaya, Thailand pada akhir Januari lalu.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke