Kelmarin eyza ONkan FB masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Lepas tu nampak ada seseorang SHAREkan artikel seorang ibu muda yang menulis sesuatu di blog dia. Artikel yang bertajuk SUSU TERAKHIR BUAT ARMAND.
Sampai-sampai jea kat opis, terus eyza bukak blog dia. Mula-mula baca eyza masih ok tapi bila masuk ke pertengahan cerita, airmata secara automatik berlinang dah. Terus fikiran eyza melayang teringatkan anak di rumah pengasuh.
Bila dah jadi ibu nie, apa-apa saja berkaitan bayi (walaupun bukan anak sendiri) pasti hati eyza akan cepat tersentuh. Tambah pulak bila kenangkan saat-saat kami mula menerima ujian di kala anak eyza baru berusia 6 hari. Sungguh waktu tu memang eyza hanya mampu menangis sepanjang hari saat menerima berita itu. Di saat ibu-ibu lain berpantang di rumah, eyza dah berjalan sana sini berpantang di hospital dan di atas kereta. Sungguh waktu itu Allah beri eyza kekuatan di saat orang kata badan ibu lepas bersalin masih lemah. Dengan masa tidur hanya 1-2 jam sehari, memang eyza tak ada langsung rasa penat. Hanya ada rasa nak tengok anak cepat-cepat boleh keluar wad. Rupa-rupanya itulah perasaan halus seorang ibu bila melibatkan hal berkaitan anaknya.
Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada ibu muda ini untuk cekal mengharungi hidup yang mendatang bersama seorang lagi buah hati terchenta iaitu MAS ALIFF SHADAN. Al fatihah buatmu Arwah MAS ARMAND SAIFF.
Kepada yang nak baca nukilan ibu muda yang tabah ini, sila ke SINI...
sedihnyaaaa. hmm harap2 si ibu tabah .
ReplyDelete