Majlis Aqiqah putera hati kami telah diadakan pada 27 Disember 2013 (JUMAAT) di ketika usianya 41 hari. Tak dan lepas pantang maksudnya si ibu tak boleh bergaya lebih lagi laa hihi...
Sebelum tu pada 06 Disember 2013 kami buat acara cukur jambul.
Rambut asal
|
Ayah perabihkan cukur rambut anak dia |
Yeayy saya dah botak |
Majlis Aqiqah ini eyza buat sekali dengan anak adik eyza.. Lagipun beza umur mereka hanya 10 hari tu yang kongsi sekali.
Pagi sebelum majlis bermula...Aisy seronok tidur berselimut |
Anak Eyza dan anak adik eyza |
Majlis hari tu memang meriah sebab kami tumbangkan 3 ekor kambing. Memang puas semua tetamu dapat makan kambing banyak hehe...
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan berzanji oleh kumpulan wanita.
kumpulan wanita penuh hingga ke luar rumah |
cenderahati untuk kumpulan wanita |
Masa kumpulan wanita ni berzanji, eyza dan adik bawa keluar anak masing-masing untuk dipegang oleh setiap ahli kumpulan. Amsyar masa eyza bawa pusing keliling tu memang tidur saja hehe...
Lepas Solat Jumaat, jamuan untuk tetamu lelaki dan saudara mara serta kawan-kawan pulak. Masa ni eyza tengok, tetamu kena beratur panjang nak ambil makanan...rasa macam dekat kedai makan pulak hihi...
Apapun eyza sekeluarga bersyukur majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah selesai sudah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu untuk anak-anak.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)