Monday, February 17, 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

~    JODOH RAMADAN  ~     


     Hari ini dah cukup setahun mamat tu suka lepak kat tempat aku. Kadang-kadang rasa rimas dengan soalan-soalan dia yang macam polis pencen tapi kadang-kadang aku suka layan dia bila Anna buat-buat lalu kat tempat aku. Yeah aku tahu Anna cemburu mamat tue selalu duk kat tempat aku. Masa mula-mula mamat tue datang lapor diri, aku dengar bisik-bisik Anna yang mengatakan dia terjatuh chenta pandang pertama dengan mamat tue. Ehh minah nie, dah bertunang pun masih ada hati pada orang lain ker. Ish ish tak paham aku.
                Mamat tue atau nama dia Azri adalah bos baru kami menggantikan tempat Encik Remy yang berhijrah ke Australia sebab mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Dia boleh dikategorikan ada rupa dan gaya serta yang paling penting ciri dia yang satu nie boleh menambat hati bakal mentua iaitu pandai jadi imam. Kan sekarang nie nak cari lelaki yang betul-betul boleh jadi imam amatlah payah. Haa lagi satu suara dia sangat macho yang boleh membuatkan orang tertawan bila dengar. Sebab ciri-ciri yang ada tue lah sampai Anna yang dah bertunang tue pun boleh terpikat kat dia. Aku? Hurmmm sehingga ke hari ini aku pun tak pasti apa perasaan aku pada dia. Dari gaya cakap dia tue aku tahu dia cuba pikat aku tapi aku takut perkara lama berulang kembali. Sebab kadang-kadang kalau dia sembang dengan aku tak pernah ada yang serius. Asyik merapu jer kerja dia. Nama jer bos tapi perangai sengal memang tak boleh ubah.
                “Raya mana tahun nie?” soal Azri kepada Eyza.
                Opsss aku sibuk membebel nie terlupa dia ada depan aku hehe. Nasib baik aku membebel dalam hati saja. Kalau tidak mau kembang setaman dia kalau tau aku puji dia haha…
                “Macam tahun-tahun lepas, di rumah sendiri aja. Eyza tak ada kampung yang boleh balik beraya,” jawab Eyza sambil tekun menaip sesuatu di dalam komputer. Buat-buat tekun konon padahal dalam hati berbakul dok membebel kat dia.
                “Oo…tahun nie giliran beraya di rumah sendiri yer? Rumah husband tahun depan pulak kot?” soal Azri lagi.
                “Husband? Huhu…”
                “Yer lah, husband Eyza lah.”
                “Hahaha…husband Eyza masih ada kat bawah tanah lagi. Dia tak jumpa jalan keluar.” Ketawa Eyza masih bersisa lagi.
                “Erk…sorry. Eyza tak kahwin lagi ekk?” Adehhh, malu aku. Ish maklumat yang aku dapat pasal Eyza nie salah lah yer.
                “Yup, still single mingle hehe…”
                “Available?” Iskk mulut nie, kenapa terlebih ramah pulak hari ini. Tapi okey jugak. Sekurang-kurangnya tak adalah aku tertanya-tanya sendiri.
                “InsyaAllah sentiasa jadi hak mutlak Allah s.w.t dan kepunyaan ayah dan emak Eyza.”
                “Ooo…belum ada yang berpunya lagi lah yer?”
                “Masih belum berjumpa pemilik tulang rusuk kiri Eyza.”
                “Eyza memilih kot?”
                “Eyza yang dipilih.”
                “Dipilih? Maksud Eyza?”
                Hai sampai bila kerja aku nak siap nie kalau dok asyik layan mamat seorang nie jer. Tapi kalau aku buat tak tahu aja kat dia, kesian pulak dok tercongok dari tadi macam patung jer.
                “Sebab Eyza tak sempurna.”
                “Setiap manusia mana ada yang sempurna. Sehebat-hebat manusia pun, pasti ada kekurangan dan kelemahan sendiri.”
                “Itu kata Azri. Tapi kata mereka-mereka itu lain. Mereka mencari isteri yang sempurna yang boleh menjadi ibu kepada anak-anak mereka nanti. Dan ciri-ciri kesempurnaan yang diinginkan mereka itu tiada pada Eyza.”
                “Apa ciri-ciri sempurna yang mereka inginkan itu kalau boleh Azri tahu?”
                “Pertama, sebab bila keluar jalan-jalan Eyza pakai seluar dan blouse. Bukan baju kurung. Keduanya, kerja Eyza sebagai kuli nie tak menjamin kehidupan di masa akan datang. Eyza tak mampu nak sara kehidupan dia nanti dengan gaji Eyza yang ala kadar nie sahaja.”
                “Pelik, ada lelaki macam tue! Sebab apa Eyza pulak kena tanggung hidup nanti? Habis apa guna dia sebagai lelaki yang diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi ketua keluarga?” soal Azri dengan rasa musykil yang mula bermain-main di kepala.
                “Hurmm…entah, Eyza malas nak tanya lanjut dengan dia. Tak nak panjangkan isu ini. Dah orang tak sudi takkan Eyza nak terhegeh-hegeh paksa dia suka pulak kat Eyza. Nanti dikatanya hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Biarlah dia menemui kebahagiaan dengan cara dia sendiri dah itu jalan yang dia pilih.”
                “So, Eyza dah putus asa nak mencari lagi?”
                “Susah nak jawab tapi Eyza pegang 1 prinsip saja. Kalau ditakdirkan pemilik tulang rusuk kiri Eyza tiada hingga akhirnya, mungkin dia menanti Eyza di akhirat nanti.”    
                “Pasrah dan redha?”
                “InsyaAllah Eyza terima ketentuan yang telah ditetapkanNya.”
                “Betul ker nie? Dah tak mau berusaha lagi mencari pemilik tulang rusuk kiri Eyza tue?”
                “Nak cari kat mana Azri? Kat pasar borong ker hihi..?”
                “Ada jer nie. Depan mata Eyza lah.”
                “Depan mata? Mana? Mana? Jangan main-mainlah Azri. Tak kelakar pun.”
                “Azri serius lah Eyza.”
                “ Eyza rasa nak gelak guling-guling jer sekarang nie.”
                “Sum…”
                “Isy jangan main-main dengan ayat tue la Azri. Eyza tak suka. Encik Azri, silalah kembali ke tempat anda yer wahai bos sengal. Eyza nak buat kerja nie.”
                “ Tapi Azri tak main-main lah Eyza. Azri nak kenal Eyza dengan lebih rapat lagi. Please bagi peluang pada Azri untuk mewujudkan pertemuan kita bersama.”
                “Eyza tak suka pada pertemuan!”            
“Kenapa?”
                “Sebab setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Eyza takut pada perpisahan.”
                “InsyaAllah kalau Azri betul – betul pemilik tulang rusuk kiri Eyza, hanya ajal yang akan memisahkan kita.”
                “Tapi Eyza tak suka pertemuan!” tegas ku menjawab kali nie. Harapnya dia akan memahami kehendak hatiku.
                “Jadi Eyza nak Azri buat macam mana?”
                “ Bercinta selepas kahwin.”
                “Green light dari Eyza.”
                “Tidak tapi itu saja yang Eyza inginkan jikalau ditakdirkan Eyza bercinta lagi.”
                “Eyza tak suka Azri.”
                “Eyza tak pernah nak benci orang tanpa sebab. Eyza suka semua kawan-kawan Eyza.”
                “Jadi Azri hanya sekadar kawan sahaja di hati Eyza?”
                Adehhh parah nak menjawab nie. Aku tak nak dia tersinggung dengan apa saja jawapan yang akan aku keluarkan tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan pada dia. Tipulah kalau aku cakap hati aku tak terusik dengan tingkah laku dia selama nie pada aku. Selepas 2 tahun aku berpisah dengan Zul, kehadiran Azri sedikit sebanyak mengocakkan hati aku. Memang aku selalu rasa jantung aku berdetak laju setiap kali aku bertembung mata dengan dia tapi aku memang tak berani nak menaruh harapan yang tinggi pada dia. Lagipun aku sedar aku hanyalah pekerja bawahan dia yang seperti tak layak nak bergandingan dengan dia.
                “Eyza, are you still here?” 
                “Yup sorry Azri.”
                “Ehh tak apa. Azri yang salah dari tadi asyik ganggu Eyza aja. Okeylah Azri masuk bilik dulu yer. Thanks Eyza sudi luangkan masa Eyza layan Azri.”
                Ehh sentap pulak pak cik sorang nie. Jenuh aku nak pujuk tapi biarlah dulu. Nanti-nanti bila sengal dia datang balik, sure terpacak gak depan meja aku nie.

…………………

                “Uikss Eyza, nama kau naik untuk ke kursus lah.” Jerit Anna dari tempat duduk dia.
                “Wehhh posa-posa pun ada kursus ker? Kat mana kursus tue?” aku pun sama menjerit gak. Segan nak bangun ke tempat dia sebab kerja masih berlambak atas meja nie.
                “Kat Langkawi haa.”
                “Amboi sampai ke pulau aku kena hantar. Sahih boring la aku sorang-sorang duk dengar kursus nie.”
                “Yer ker boring?  Atau tak sanggup nak tinggal Encik Azri dengan aku hahaha,”
                Hurmmm sejak kejadian tue dia memang tak pernah mai lepak tempat aku dah. Merajuk benar dia dengan aku.
                “Woittt cik Eyza, penat aku menunggu jawapan kau sedap-sedap jer berangan bagai nie.”
                “Ehh sori sori Anna.”
                “Hang pasai pa nie Eyza. Aku tengok sejak dua tiga hari nie asyik berangan jer lebih. Haa gaduh dengan Encik Azri ka? Sebab aku tengok dia dah tak mai lepak tempat hang.”
                “Mana ada aku gaduh dengan dia pun. Agaknya dia sibuk kot dengan kerja dia tue yang tak sempat nak mai lepak sini.”
                “Elehh yer la tue. Dulu pun dia sibuk gak tapi aku tengok tiap-tiap hari jugak dia mai lepak. Ehh aku dengar dia apply cuti seminggu. Gamaknya nak balik kampung berbuka puasa kot noo..”
                Haa apasal aku tak tahu pun. Selalunya kalau dia nak cuti sahih aku dicari dulu. Bukan apa sebab dia nak suruh aku tolong isi borang cuti kat dia jer. Memang merajuk sungguh-sungguh la mamat sengal nie dengan aku.
                “Ehh mak cik, tak habis-habis berangan lagi ker. Bosan aku cakap sorang-sorang nie.”
                “Haaa ehh mana ada aku berangan lah. Aku tengok kusyuk baca report nie.”
                “Banyaklah kusyuk baca. Orang kalau baca mata tunduk ke bawah tapi hang tue dongak ke atas.”
                “Opsss hehe…”

……………..

                “Hello assalamualaikum mak,” sapa Eyza setelah melihat nama mak dia yang tertera di handphone.
                “Waalaikumussalam. Eyza tengah kursus ker nie?”
                “Sekarang time rehat mak. Kejap lagi pukul 2.30 baru masuk balik.”
                “Oh, mak nak cakap sikit dengan Eyza nie.”
                “Kenapa mak? Ada apa-apa masalah kat rumah ker?”
                “Kat rumah semua okey jer.  Sebenarnya ni pasal Eyza.”
                “Pasal Eyza? Berdebar pulak rasanya nie mak.”
                “Nie haa mak nak bagitahu ada orang datang ke rumah. Dia cakap nak lamar kamu sebagai isteri dia. Mak tengok budak tue baik saja.”
                “Amboi mak, baru jer tengok takkan dah tahu orang tu baik.” Aisehh kenapa hati aku rasa tak tenteram. Tetiba saja bayangan Azri muncul terlayar di minda aku.
                “Mana pulak baru jer. Dah tiga hari dia bermalam kat rumah kita nie. Hari ini baru dia balik tue yang mak baru telefon kamu nie.”
                “Tiga hari dia dok rumah kita? Kenapa mak tak cakap kat Eyza pun pasal dia bila Eyza telefon.”
                “Bukan mak nak rahsiakan tapi dia kata dia tak mau ganggu kamu yang tengah kursus tue. Dan sebab esok kamu nak balik dah, sebab tue mak call jugak. Haa sebut pasal kursus nie, kamu balik esok naik apa?”
                “Tak tau lagi mak. Cadangnya berenang jer dari sini ke rumah kita hehe…”
                “Eh budak nie, orang tanya betul-betul dia main-main pulak.”
                “Ampun mak hehe mungkin tumpang kawan kot mak. Ada yang sejalan dengan Eyza nanti.”
                “Mak rasa tak payah kot tumpang kawan tue. Sebab ada orang akan ambil kamu di jeti nanti. InsyaAllah dia dah janji dengan mak dan abah akan pastikan kamu sampai ke rumah dengan selamatnya.”
                “Sapa pulak nak ambik Eyza nie mak? Saspen nie mak.”
                “Bakal calon pemilik tulang rusuk kiri kamu lah Eyza.”
                “Mak, eyza tak kenal. Takkan nak balik dengan dia pulak.”
                “Dia kenal Eyza. InsyaAllah mak rasa Eyza pun kenal dia. Kalau rasa gundah gulana, jangan lupa pada Dia. InsyaAllah kamu akan beroleh ketenangan. Apa pun mak harap sangat dialah pemilik tulang rusuk kiri kamu. Okeylah Eyza mak letak dulu telefon yer.  Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.”
                Pelik. Mak kata aku kenal dia? Sapa yer. Aisehhh waktu-waktu genting macam nie Azri pulak mendiamkan diri sejak kejadian hari tue. Kalau tidak boleh jugak aku dok mesej sengal dengan dia. Hai lah kenapa setelah hati aku berkocak hebat, kau menjauhkan diri pulak.

…………….

                “Eyza, betul nie tak nak tumpang aku? Kau nak balik dengan sapa nie. Aku tak nampak sapa-sapa pun datang jemput kau.” Soal Wani yang memang dari awal aku berhajat nak tumpang kereta dia balik nanti.
                “Aku pun tak pasti lah Wani. Mak aku cakap ada orang akan datang ambil aku. Tapi nie haa dah lama aku tunggu tak ada bayang sapa-sapa pun yang aku kenal kat sini.”
                “Assalamualaikum.”
                “Waalaikumussalam.” Serentak aku dan Wani menjawab salam sambil menoleh kea rah suara yang memberi salam itu.
                “Azri? Buat apa kat sini.”
                “Saya datang nak menjemput seorang manusia yang tercipta dari tulang rusuk kiri saya.”
                “Oh okeylah. Selamat yer.” Aku tak pasti apa yang aku rasa tika ini. Kecewa, sedih atau gembira bila dia cakap macam tue. Dari semalam memang aku berharap dialah yang akan datang menjemput aku tapi bila dia cakap macam tue maksudnya dia dah berpunyalah.
                “Thanks. Shall we?” pantas Azri bertanya.
                “We? Nak ke mana pulak? Kan Azri nak jemput kekasih, jadi pergilah cepat-cepat. Nanti dia marah pulak nampak Azri ajak saya sekali.”
                “Kejap saya call dia minta kebenaran yer.”

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hati ku saat pertama kali lihat dirimu
melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

 Ehh itu macam caller ringtone aku. Sapa pulak yang nak call time aku kehilangan mood nie. Tanpa lihat nama pemanggil aku terus tekan butang hijau nak menjawabnya.
                “Assalamualaikum tuan puteri.”
                Ehh macam suara dia. Suara Azri. Takkan kot.
                “ Wahai tuan puteri. Kot ya pun nak berangan, jawablah dulu salam saya.”
                “Waalaikumussalam.”
                Aku dah tak tahu nak cakap apa sekarang nie bila aku ingat balik ayat dia sebentar tadi sebelum dia call dan ayat mak semalam. Pemilik tulang rusuk kiri? Aku kenal? Aisehh orang itu Azri ker? Orang yang mak aku puji baik sangat tue dia ker?
                “Ehem…ehem…kalau dua-dua saling memandang nie alamatnya bermalam kat jeti nie jer la hihi okeylah Eyza, Wani gerak dulu. Takut lambat sampai pulak nanti.”
                “Hensem pak we kau. Kalau tak nak pass kat aku yer hihi.” Bisik Wani perlahan masa dia jabat tangan dengan aku.
                “Kawan Eyza pun dah balik, so boleh kita bergerak balik jugak?” Soal Azri.
                “Okey okey.”
                Sudah. Aku dah rasa gugup semacam. Ingatkan balik pesanan mak semalam buat aku rasa memang nak balik berenang jer ke rumah.
                “Eyza, rasanya mak Eyza dah bagitahu Eyza semuanya kan pasal apa yang berlaku. Jadi Azri minta maaf banyak-banyak sebab tinggal di rumah Eyza tanpa kebenaran Eyza.”
                “Oh tak apa. Mak pun dah cerita semalam.”
                “Eyza cuba pandang Azri sekejap.”
                Alamak nie yang aku lemah nie. Nak kena pandang ker? Hai lah jantung, jangan berdegup kuat sangat. Cemas pulak rasanya. Okey okey tarik nafas dan pandang dia. Alamak!
                “Eyza Izreena Muhd Ehsan, sudikah dikau menjadi pendamping Muhd Azri Daniell secara sah?” soal Azri sambil memegang sebentuk cincin.
                “Errr saya kena tanya mak ayah saya dulu.”
                “Abah dan mak izinkan kamu menjadi pendamping Azri.”
                Suara abah. Kenapa aku dengar suara abah dalam kereta nie? Takkan aku bermimpi kot.
                “Awak tak bermimpilah Eyza. Abah dan mak awak ada kat seat belakang tue.”
                Alamak macamana tadi aku tak perasankan langsung mak dan abah ada kat belakang, Tue lah eksaited sangat nak balik dengan Azri sampai tak pandang belakang dah. Nasib baiklah aku tak terus bagi jawapan, kalau tidak malu dibuatnya.
                “Bila abah dan mak ada sini?” soalku menutup rasa malu sambil bersalam dengan mereka.
                “Kami ikut Azri datang sekali. Takkanlah kami nak biarkan kamu berdua jer dalam kereta. Tak senang dibuatnya nanti.”
                “Macamana Eyza? Mak dan abah serahkan semuanya pada kamu untuk buat keputusan. Kami tak paksa. Mana yang terbaik untuk kamu, kami ikut saja.”
                “Eyza rasa lepas raya Azri boleh salam tangan kadi dah.”
                “Eyza, terima kasih. Terima kasih sudi terima Azri sebagai pendamping. InsyaAllah Azri berjanji akan menjaga Eyza sepertimana mak dan abah Eyza jaga selama nie.”
                Alhamdulillah pada hari raya ketiga kami selamat disatukan sebagai suami isteri. Mak kata tak nak tangguh lama-lama benda baik nie. Yerlah menantu kesayangan dia. Mak memang berkenan dengan dia sejak dia datang tinggal rumah aku dulu. Oh ya, rupa-rupanya dia cuti selama seminggu tue, dia pergi ke rumah aku. Memang gentleman betul. Berani jumpa mak dan abah aku untuk luahkan isi hati dia. Asalnya dia sekadar datang nak minta kebenaran dari mak abah aku tapi alih-alih abah aku suruh tinggal 3 hari kat rumah. Mungkin nak uji tahap keseriusan dia pada aku.
                “Terima kasih sayang sudi terima abang sebagai suami. Lepas nie kita dah boleh mula bercinta yer hihi.”
                “Sama-sama abang. InsyaAllah Eyza mengharapkan kemanisan bercinta lepas nikah nie akan mengeratkan hubungan kita lagi.”
                Syukur pada Mu Ya Allah atas kurniaan. Raya aku tahun nie serasa paling bermakna selepas aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang berjaya mencuri hatiku.

2 comments:

  1. salam. terima kasih sudi join pertandingan ini. akak dah baca sampai habis. tahniah atas usaha ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslam...sama2 kak...terima kasih jugak yea sudi baca cerpen eyza...

      Delete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke