Friday, December 18, 2009

KASIH BERUBAH 16

“Mummy, daddy, jangan tinggalkan Ariff. Jangan, tolong jangan pergi. Mummy…”
“Danielle, kenapa ni? Danielle, bangun Danielle.”
“Ya Allah, aku bermimpi rupanya.”
“Apa yang Danielle mimpi ni sampai menjerit-jerit?” soal Tan Sri Adam.
“Danielle mimpi mummy dengan daddy la atuk. Diaorang datang ucap selamat tinggal. Bila Danielle nak ikut, mereka tak bagi. Mummy, daddy, suruh Danielle tinggal dengan atuk aja,” beritahu Danielle tentang mimpinya itu.
“Itulah kamu tidur tak basuh kaki.”
“Dah basuh la atuk.”
“Dah la, mungkin kamu terlalu rindukan mummy dengam daddy. Itu yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.”
“Tapi atuk, muka mummy dengan daddy sedih sangat waktu tu.”
“Sudah, sudah, mimpi tu kan mainan tidur. Tidurlah, jangan fikirkan lagi benda tu. Lagipun esokkan mummy dan daddy dah nak balik.”
“Tapi…”
“Apa lagi?”
“Danielle takut la tidur sorang-sorang. Atuk temankan yer,”
“Ya Allah Danielle, kamukan dah 12 tahun. Dah nak jadi seorang lelaki dewasa takkan takut lagi.” Usik Tan Sri Adam.
“Ala atuk ni, orang takut mimpi lagi.”
“Ye la, atuk temankan.”

……………………

“Adik nak tahu tak, semalam ada orang tidur berteman,” beritahu Tan Sri Adam.
“Biar adik teka, mesti abang Danielle ni.”
“Eee… abang Danielle tak malu. Dah besar pun nak suruh atuk temankan lagi.”
“Adik, tak baik usik orang. Adik tu pun kalau takut, mesti datang ketuk bilik mama dan papa.”
“Uwekk… kena balik,” Danielle menjelir kepada Mirsya. Riang sungguh hatinya bila mama Mirsya menyokongnya.
“Abang jahat, tak nak kawan.”
“Ala adik, takkan merajuk kut. Tadi bukan main seronok usik Danielle,” usik Mirqan pula.
“Angah dengan abang sama aja. Suka kacau orang,” rajuk Mirysa.
“Ala adik, janganlah merajuk. Okey abang minta maaf. Abang janji tak kacau adik lagi.”
“Adik, tu Danielle dah minta maaf.” Beritahu Mirwan.
“Nur Mirsya Izreena…” jerit Mirwan.
Dengan pantas Mirsya menyalami Danielle. Entah mengapa sejak dulu bila aja Mirwan dah meninggikan suaranya dan memanggil penuh namanya, dia akan segera mengikut arahan Mirwan. Mungkin kerana hubungannya yang rapat dengan Mirwan membuatkan dia lebih menghormati Mirwan. Tapi itu bukan bermakna dia tidak hormatkan mereka yang lain.
“Tahu pun takut.” Balas Mirqan.
“Eh Ikmal, awal kamu balik?” tegur Tan Sri Adam bila dilihat Datuk Ikmal Firdaus masuk ke dalam rumah.
Tanpa mengendahkan soalan Tan Sri Adam, Datuk Ikmal segera menerpa ke arah Danielle Ariff dan memeluknya.
“Abang, kenapa ni? Kenapa abang menangis?” soal Datin Sarah keliru dengan gelagat Datuk Ikmal Firdaus itu.
“Tan Sri, Johan and Melinda was died.” Beritahu Datuk Ikmal setelah keadaan kembali reda.
“What? Kamu bergurau ker Ikmal?” soal Tan Sri Adam tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Datuk Ikmal.
“Saya baru dapat panggilan tadi dari pembantunya. Mereka kemalangan.”
“Atukkk…” segera Danielle memeluk Tan Sri Adam.
“Sabar Danielle, kamu mesti kuatkan semangat. Terimalah ujian ini dengan reda.” Pujuk Datin Sarah.
“Adik, abang dah tak ada mummy and daddy.” Danielle beralih pula kepada Mirsya.
“Kenapa, mummy dan daddy abang pergi mana?” soal Mirsya tidak faham maksud yang disampaikan Danielle.
“Adik, mummy dan daddy abang Danielle dah meninggal.” Jelas Mirwan.
“Abang,” segera Mirsya memeluk Danielle menyatakan simpatinya.
“Dah la abang, jangan nangis lagi.”
“Adik pun jangan la nangis.”
“Bila nak bawa balik ke sini Ikmal?”
“Sekejap lagi saya ke hospital. Urus apa yang patut. Lepas semua selesai baru bawa balik sini.”
“Saya ikut kamu sekali,” ujar Tan Sri Adam.

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke