Salam u olsss...
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ayat2 kat atas tue adalah serpihan dari lirik lagu 'Aku Maafkan Kamu' dendangan Jamal Abdillah dan Malique. Tapi ini entri bukan nak review tentang lagu tu cuma sebab entri ni berkaitan sebuah kemaafan maka ai tempekkan serpihan lagu tue kat sini.
Lumrah alam kan memang sesuatu yang agak payah untuk kita memaafkan orang lain tapi tanpa kita sedar memberi kemaafan itu adalah suatu ubat yang paling berharga di dunia. Dengan memberi kemaafan, hidup akan sentiasa tenang dan aman.
Bermaaf-maafan adalah antara sifat
terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud :
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat
kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)
MOHONLAH KEMAAFAN dari orang yang kita telah sakiti.
MOHONLAH KEMAAFAN dengan hati yang jujur dan ikhlas.
MOHONLAH KEMAAFAN agar diri kita tidak disalah anggap.
MOHONLAH KEMAAFAN untuk kebahagiaan kita sendiri dunia dan akhirat.
MOHONLAH KEMAAFAN kerana kita akan lebih disayangi.
MOHONLAH KEMAAFAN agar ukhuwah kita diredhai.
MOHONLAH KEMAAFAN kerana iman kita akan meningkat.
MOHONLAH KEMAAFAN untuk hidup yang lebih bererti.
DAN...
BERILAH KEMAAFAN kerana ia sebaik-baik perbuatan.
BERILAH KEMAAFAN yang sejujurnya untuk hidup yang lebih ceria.
BERILAH KEMAAFAN kerana Allah memaafkan hamba-hambaNya, siapalah kita?
BERILAH KEMAAFAN semoga kita dan dia bahagia dunia akhirat.
p/s : sedang cuba memaafkan mereka, mereka dan mereka...
p/s : sedang cuba memaafkan mereka, mereka dan mereka...
