Monday, August 22, 2011

Saya tak buatlah, kenapa PAKSA saya cakap YA!!!

Salam u olsss...


Dua tiga hari yang lalu ai berdepan masalah dengan hotlink di mana kredit ai telah dipotong tanpa sebab. 


Jadi petang kelmarin, ai cuba call CUSTOMER SERVICE CENTER hotlink di talian 1300-82-0120. Tapi cubaan ai sebanyak 3 kali menghubungi  semalam tak berjaya bila dengan selambernya petugas tue minta ai call kemudian dengan alasan talian mereka menghadapi masalah gangguan walaupun dia dah ambik nombor telefon bimbit ai. Malas nak cakap banyak, ai tunggu sehingga hari nie untuk menghubungi semula nombor berkenaan.


Akhirnya percubaan ai yang pertama berjaya bila dijawab seorang petugas wanita bernama 'A'. Maka ai pun mula menerangkan apa masalah yang ai hadapi.



(walaupun hanya rm2.50 tapi itu tetap duit ai)



Lepas dia semak nombor telefon ai dalam sistem, dia tanya ai ada buat TRANSFER CREDIT tak? Ai jawab tak der pun. Kemudian dia cek lagi dalam sistem dan bertanya ai lagi ada buat TRANSFER CREDIT tak? Ai pun bengang jugak dengan dia tadi dah cakap tak ada, boleh dia tanya lagi.


Dia suruh ai tunggu dekat 3 minit dengan mendengar rakaman mesin perakam suara sebab nak semak dengan bahagian teknikal. Lepas dia semak dia tanya soalan serupa lagi dekat ai. CIK PERNAH BUAT TRANSFER CREDIT TAK SEBAB DALAM SISTEM KAMI ADA PROSES BERKAITAN? Kali nie ai memang dah betul2 bengang dengan dia lalu ai tanya dia kalau kredit hanya tinggal rm6 boleh ker buat pemindahan kredit sebab setahu ai bagi sebarang pemindahan kredit, baki di dalam telefon mestilah rm5. Masalahnya boleh ker nak transfer credit hanya rm1???


Ai memang tak puas hati dengan petugas berkenaan. Dia seolah2 mendesak ai mengaku yang ai telah membuat pemindahan kredit. Bersungguh2 dia suruh ai cakap YA sedangkan jawapan ai hanyalah TIDAK!!! Takkanlah ai nak mengaku untuk benda yang ai memang tak buat. Teruklah servis petugas nie. Macam nak tak nak aja terima aduan ai.


Walaupun jumlah kredit yang dipotong tidak banyak tapi ai nak jugak dapat penjelasan sebenar. Mungkin sebab hanya RM2.50 maka petugas tue tak berminat nak terima aduan ai. Ermmm agaknya memang patut kena bertukar ke perkhidmatan lainlah kalau tiap2 hari kredit diambil tanpa kelulusan pemilik.

KAD RAYA --> SPESEL THANKS TO 'DEPA SEMUA NIE'

Salam u olsss...


Entri nie dibuat untuk mengucapkan sekalung @ jutaan terima kasih kepada 'depa semua nie' (mereka semua nie) atas pemberian kad raya kepada ai sama ada secara pos ataupun online. 


Ini kad raya yang ai dapat secara online. Sangat2 menghargai usaha2 mereka yang sanggup mencipta kad raya untuk diberi kepada semua pengunjung belog mereka.



Kad raya photoshoot khas dari abang EQ.



Siap tinggalkan komen lagi suruh pi amik kad raya kat belog dia.




Kad raya ini dari CAER (orang yang bertanggungjawab meng'wajah  baru'kan belog ai). Seorang yang sangat kreatif dalam penciptaan header, doodle & watermark. Berminat nak tempah, klik SINI yea.





Dan semalam kad raya secara pos ai terima dari seorang lagi blogger otai iaitu Bro Eyriqazz a.k.a GTO. Nak tengok apa kata2 dia tulis kat ai hehe....


Nie muka depan kad raya tue.





Tadaa inilah pantun yang Bro Eyriqazz reka khas untuk ai hihi gelak sorang2 baca pantun 4 kerat dia. Bukan saja kreatif buat entri, rupa2nya Bro Eyriqazz pandai jugak berpantun yerrr...




Ada orang kata tulisan dia comey. Nak tengok???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Macamana dengan u olsss? Banyak tak dapat kad raya 'maya' atau 'pos'? Setakat nie ai baru dapat 2 secara maya dan 2 secara pos. Minggu lepas dah beli kad raya ingat nak pos tapi disebabkan tahap kemalasan yang tinggi melanda, maka kad raya tue terbiar saja. Tengoklah kalau rajin menjengah, ai cuba2 juga mencoretkan kad raya tue. Sempat lagi kot nak pos kan....

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke