Thursday, May 16, 2013

Sekadar Entri Kosong... (~_~)

Eyza kembali menjengah setelah asyik menyepikan diri dari dunia blog hehe... Bukan sengaja nak melarikan diri tapi keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan eyza untuk menatap dan menjengah blog lama-lama yang membuatkan eyza tak boleh nak hapdet sebarang entri.


Jadi hari ini dah rasa kuat dan sihat sikit, maka eyza menulis kembali di cHERiTa kASih fiZaiRi...rindu sebenarnya nak jenguk blog sendiri dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Maaf pada kawan-kawan yang meninggalkan komen di entri eyza sebab tak sempat nak balas kunjungan anda semua semula. InsyaAllah nanti eyza cuba jugak buat pelan-pelan.


Sempena hari guru hari ini, eyza nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kakak eyza yang mengajar di SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS dan jugak eyza nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat anak sedara eyza yang akan menyambutnya esok, 17 Mei. 




Jugak buat semua blogger yang bergelar CHEGU, selamat menyambut hari guru dan meraikannya hari ini sambil menyanyi lagu wajib hari guru hehe... 1 Aspirasi, 1 Agenda!




p/s : sebenarnya tak ada isi apa pun dalam entri ni hehe...sekadar nak bagitahu yang tuan tanah ni masih ada dalam dunia blog hehe...

Monday, April 15, 2013

Lamanya Menyepi.... (^_^)

Rasa terlalu lama eyza menyepi dari dunia blog ini huhu...Sampaikan dah naik berkulat blog eyza ni hehe...Kali terakhir eyza buat entri pun pada 20 Mac 2013. Kira hampir dekat sebulan jugak la eyza tidak menghapdet entri atau pun menjengah blog kawan-kawan. 




Entah kenapa sejak dua menjak ni eyza dilanda perasaan MALAS sangat-sangat. Nak jenguk muka di blog sendiri pun rasa tak ada mood. Ini pun eyza taip dalam keadaan cepat-cepat sementara sistem tugas eyza ada masalah yang menyebabkan kerja eyza tergendala.


~ rasa nak buat macam nie jer bila dah rasa MALAS ~


Eyza sekarang ni sedang mengisi borang permohonan pertukaran. Doa-doakan semoga eyza berjaya dapat bertukar yea. Dah letih berulang alik selama 7 tahun ni. Harap ada rezki eyza kali ini. Amin.

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke