Tuesday, November 20, 2012

Pelik Bila Gosip Itu Tiada hehehe...

Kalau siapa yang pernah baca blog eyza sebelum ni pasti akan ingat satu entri eyza pasal isu KAHWIN ni? Kalau nak tahu sila rujuk di SINI dan SINI. Dan kisah-kisah tu semua berlaku tahun lepas. Ibarat kata pepatah, what past is past. Tak payah nak ungkit dah hihi.




 

Tapi kali ini eyza buat entri bukan nak mengungkit hal berkenaan cuma terpelik sikit dengan telatah orang yang suka buat gosip tu sebab bila dah heboh isu eyza nak kahwin nie tak dak pulak dia menunjukkan muka nak bertanya hal ni. Kalau sebelum tue, sibuk sangat dia nak tanya macam-macam kat eyza. Siap datang ucapkan tahniah lagi pada benda yang tak ada lagi. Tapi bila benda dah sahih, tak dak plak kelibat dia datang ucapkan tahniah huhu...


Macam-macam kan perangai manusia nie hihi... Kalau benda tak betul, syok sangat dia bercerita dan bergosip. Tapi bila benda dah ada kesahihan, diam diri pulak huhu...





p/s : perghhh pastinya bestkan kalau bercinta selepas nikah?

Monday, November 19, 2012

Perancangan Yang Tak Menjadi... (~_~)

Minggu lepas eyza ada post citer pasal eyza kena hadiri bengkel di Shah Alam kan? Tapi atas sebab -sebab yang tertentu, eyza dan kawan sepejabat tak jadi pergi berkampung di Shah Alam. Makanya eyza kena lah datang kerja seperti biasa hehe...



Dan semalam kat opis eyza ada berlangsung majlis perasmian Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke 12 (KAKOM) yang mana dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi.




Kali nie opis eyza menjadi tuan rumah bagi penganjuran karnival ni. Sangat-sangat meriah suasana di sekitar kawasan ini dengan kehadiran kontingen-kontingen kolej seluruh Malaysia... Tapi eyza tak berkesempatan nak tengok game tu semua sebab tak ada orang nak jaga kaunter huhu...





Oh ya hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Kepada yang dapat keputusan yang terbaik iaitu 5A, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang bernasib baik jangan putus asa. Masih banyak masa nak buktikan kemampuan adik-adik semua. Melangkah ke alam sekolah menengah nanti banyak cabaran yang harus ditempuhi. Jadi masa tu kena belajar bersungguh-sungguh untuk menentukan masa depan yang akan datang.




p/s : cepat sungguh masa berlalu dah nak habis tahun 2012 huhu...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke