Monday, September 5, 2011

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang seakan-akan lesu tak bermaya.

Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.

Suasana dalam pesawat pengangkut TUDM itu tidak semeriah dan seceria ketika ia terbang bersama 50 sukarelawan dan petugas media ketika membawa bantuan makanan dan perubatan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Mogadishu pada 28 Ogos lalu.


(kredit to Berita Harian)



Membaca hasil tulisan seorang wartawan dalam akhbar Harian Metro tadi, serasanya ai boleh selami situasi yang dihadapi semua sukarelawan dan petugas media ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.





(kredit to Utusan Malaysia)




Salam takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga roh wira negara ini dicucuri rahmat dalam lindungan Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.




No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke