Wednesday, July 17, 2013

Tuesday, July 16, 2013

CheckUp... CheckUp... CheckUp...

Semalam eyza pergi KKIA buat check up. Rutin bulanan sejak disahkan pregnant...hihi.. Temujanji eyza pada sebelah petang, dalam pukul 2. Sekali masa sampai sana, tu dia haiih ramainya ibu mengandung termasuk baby-baby nak jumpa doktor. Makanya hampir separuh hari jugak la eyza nak tunggu proses eyza selesai.




Dan semalam jugak menjadi sejarah buat pertama kali dalam hidup eyza bila mana dalam satu masa, eyza disuntik 4 kali. 3 suntikan untuk cek HB dan satu suntikan tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Suntikan HB tu yang beri masalah bila nurse dah jumpa urat hijau di lengan kanan, tapi bila tarik picagari tiada darah yang keluar. Lepas tu nurse beralih ke lengan kiri dan mencari jugak urat hijau. Ditarik picagari pun tak ada jugak darah yang keluar. Ehh hairan jugak. Takkan tak ada darah langsung dalam badan eyza. Nurse pun dah blur. Last-last dia suruh eyza rehat kat tepi dulu sementara dia panggil pesakit yang lain.




Selepas selesai 2 pesakit, dia panggil eyza balik. Guna balik lengan kanan yang dah dicucuk awal tadi. Dan akhirnya keluar jugak darah. Kalau tidak jenuh la nak kena menanggung kesakitan berkali-kali setiap kali jarum suntikan menusuk lengan eyza. Tapi demi pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, eyza redha saja walaupun akan dicucuk berkali-kali. Bila hantar sampel darah tu ke makmal dan dapat keputusannya rendah dari bulan lepas. Owh patut lah darah tak mau keluar yea. Rupanya tak cukup zat dan kalsium dalam badan huhu...


Semalam masa nak tidur terasa jugak lenguh satu badan. Orang kata itu kesan bila kita dapat suntikan tetanus. Nak alih badan ke kiri pun rasa berat saja. Memang satu pengalaman yang sangat berharga bila jadi macam nie. Rupanya bukan senang untuk seorang wanita melahirkan anak yea.



p/s : next check up pulak 2 hari sebelum raya dan akan disuntik tetanus buat kali kedua!









Sunday, July 14, 2013

CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK

Selamat berpuasa untuk hari yang kelima buat semua...


Entri hari ini eyza nak join satu contest yang dianjurkan oleh blogger cik akak selepas eyza ditag abam remy...hehe...dah lama tak kena tag nie. Okey jom kita tengok pasal contest tu yea. Eyza copy paste jea ayat dari cik akak...



Bissmillahirahmanirahim .

Sempena bulan ramadhan nie cik akak nak merasmikan satu lagi contest..
Contest nie berlangsung 2 minggu sahaja....
Bermula 10 Julai 2013 dan tamat 23 Julai 2013

Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh cik akak dan rakan sponser yang oshem...





Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah


  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)
   









banner kredit KathyRbain


  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian
Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)


*Senarai Peserta*





Eyza tag :

Thursday, July 11, 2013

Alhamdulillah Berjaya Jugak

Syukur alhamdulillah hari ini dah hari kedua kita semua umat Islam berpuasa. Bermakna sudah berlalu 1 Ramadan dalam diari hidup kita.


Syukur sangat-sangat bila eyza berjaya menghabiskan satu hari berpuasa dengan selamatnya. Alhamdulillah tanpa sebarang masalah dari bermulanya  waktu sahur hingga ke azan maghrib menandakan waktu berbuka puasa.


Cuma sangat sedih la selepas minum air zam-zam dan makan sebiji buah kurma, perut eyza tak boleh nak makan nasi. Padahal perut dah berkeroncong kelaparan tapi apakan daya. Inilah dugaan yang harus eyza tempuhi bila mana berpuasa di kala pregnant. Tapi walaupun tak dapat makan dengan sempurna ketika berbuka, eyza sangat-sangat bersyukur sebab eyza masih lagi boleh berpuasa hari ini. Dan harap-harap eyza diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan ibadah puasa sehingga 30 hari. 


Dan mudah-mudahan berbuka puasa untuk hari kedua ni, eyza dah boleh makan sikit nasi. Kesian baby dalam perut kicking-kicking ibu dia mungkin kelaparan...hehe...

Wednesday, July 10, 2013

Mee Kolok ~ Habuan Mengidam (~_~)




Lepas rasa mengidam bila dapat makan Mee Kolok nie...nak pergi beli jauh sangat kat Sarawak nun...jadi eyza minta abang ipaq dan kakak eyza tolong buatkan untuk eyza.... Sedap...sedap...



p/s : opsss jangan terliur yea...hari ini kan hari pertama kita puasa hehe...

Salam Ramadan 2013




Hari ini hari pertama kita semua umat Islam berpuasa. Jadi eyza nak ambik kesempatan mengucapkan selamat berpuasa buat semua kawan-kawan. 






p/s : puasa pertama sebagai seorang isteri dan bakal ibu. harap bertahan selama 30 hari puasa.





Tuesday, July 9, 2013

Monday, July 8, 2013

Dugaan Di Kala Kerinduan

Di saat eyza berada dalam kerinduan memuncak pada mak dan abah eyza yang masa tu pergi UMRAH, eyza diduga dengan masalah kesihatan.


Dalam seminggu lepas mak abah eyza berangkat ke tanah suci, eyza diserang sakit mata. Hari Rabu (12062013) tu eyza dah rasa lain macam kat mata. Lepas tu bangun pagi Khamis (13062013), eyza rasa sebelah mata eyza dah kecik. Tapi eyza pergi kerja jugak.



~ dah mula nampak sepet sebelah mata eyza ~


Balik kerja petang Khamis tu terus eyza ajak hubby pergi klinik. Sebab mata eyza makin sakit dan pedih. Akhirnya doktor mengesahkan memang eyza sakit mata. Dia bagi ubat titis dan ubat glu. Maka bermulalah episod eyza mengumpulkan ubat dan MC. 



Hampir 2 minggu jugak eyza tak kerja dan asyik berulang alik ke klinik untuk mengambil MC sebab doktor bagi MC 2 hari jea. Jadi bila MC habis, kena pergi klinik lagi tambah MC.


~ kalau perasan mata eyza nampak biru bukan sebab eyeshadow tapi lebam  gara-gara asyik tenyeh mata ~


Memang terasa dugaan sungguh bila sakit, mak dan abah tak ada di sisi. Nasib baik ada incik hubby yang sudi menjaga eyza sepanjang eyza sakit nie. Terima kasih suamiku sebab sentiasa bersabar melayan kerenah isterimu yang ketika itu sedang sakit. Minggu pertama sakit tue, eyza langsung tak boleh nak makan. Bila makan jea mesti muntah. Incik hubby punyalah susah hati, duk asyik tanya eyza teringin makan apa. Tapi hanya gelengan jea mampu eyza beri. 


Dan alhamdulillah lepas mak dan abah balik dari UMRAH, eyza dah beransur-ansur baik. Berkat basuh mata dengan air zam-zam dan makan kurma Ajwa. Syukur, syukur.




p/s : dugaan sakit mata di saat preggy bila tak boleh makan ubat sembarangan...

Saturday, July 6, 2013

Cari Apa Tu?




Haa cik abang...duk jenguk-jenguk apa tu? Cari emas kaa dalam tu hehe...





Aik main selak-selak pulak anak padi tu...dah jumpa ka barang yang dicari tu cik abang?





Ooo benda tu yang cik abang cari...Siput gondang yea...Cepat tangkap dia sebelum dia musnahkan anak padi tue...



Masa ni eyza ikut hubby pergi pusing-pusing kampung tengok bendang (sawah padi). Jadi masa en hubby leka dok perhatikan anak padi dia, eyza ambik kesempatan snap gambar dia hehe...

Thursday, July 4, 2013

Petua Merawat Kaki Kejang @ Kaki Krem



Baru-baru ni masa eyza tengah sedap tidur dan nak ubah kedudukan kaki, tetiba kaki eyza kena tarik mengkarung a.k.a kaki krem. Bukan sekali tapi 4 kali berturut-turut kaki eyza krem dalam satu masa. Terus mengaduh kesakitan sampai mengejutkan encik hubby di sebelah. 


Bergegas dia bangun risau ingat eyza kena apa. Dia urut perlahan-lahan kaki eyza nak bagi stabil balik kedudukan dia. Kesian dia dalam mengantuk pun sanggup bangun nak urut kaki eyza. 


Agaknya inilah sebab bila tak suka minum susu. Kalsium pulak makin kurang akibat diserap baby. Maka amat mudah kaki nak krem.






Eyza tulis dekat FB pasal kaki krem ni. Dan ada seorang pensyarah bagi petua kat eyza. Katanya kalau rasa nak krem kaki kiri, cuba angkat tangan kanan tinggi-tinggi macam orang nak jawab soalan exam. Serupa gaya macam gambar di atas kot noo..


InsyaAllah benda ni berkesan sebab pensyarah tu sendiri dah cuba ujikaji ni sebelum dia bagi petua ni kat eyza. 


Jadi kepada preggy mummy atau sesiapa saja yang mengalami masalah kekejangan kaki atau kaki krem (tarik mengkarung) boleh lah mengamalkan petua ini. Tak salah mencuba kan sebab bukan kena bayaran pun...hehe




p/s : la ni kaki eyza memang makin kerap krem.  

Wednesday, July 3, 2013

Tuesday, July 2, 2013

Puasa Pun Belum Daa...




Puasa lagi sembilan hari tapi eyza dah dapat makan kuih raya hehe...ni semua hasil pemberian seorang kawan baik eyza...dia teringin nak makan kuih raya awal, jadi bila dia order dia bagi eyza sikit untuk rasa.


Alahai la ni dah canggih noo...Tak dan nak tunggu nak raya kita dah boleh rasa segala macam jenis kuih raya. Nanti bila dah raya mesti cari menu lain pulak dah sebelum puasa lagi mula makan kuih raya hehe...


Untuk tahun ni, eyza hanya tempah saja kuih raya. Rasa macam tak larat jea nak buat kuih raya. Nak duduk bersila kat dapur bentuk kuih pastu tunggu nak bakar pulak. Jadi jalan selamatnya eyza tempah saja dari kawan-kawan yang buat kuih raya. Eyza ada tempah 2 jenis kuih raya dari seorang blogger berbakat masak nie iaitu MUMMY ADRIANA. Kalau korang nak tempah jenguk-jenguk la FB dia naa...

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke