Wednesday, March 20, 2013

Wednesday, March 13, 2013

Friday, March 8, 2013

Nikah Hari Jumaat?

Eyza sekadar nak berkongsi maklumat yang eyza dapat dari satu laman web nie. Saja nak share hari indah dalam Islam nie sebab eyza pun nikah pada hari Jumaat....hehe






Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Diriwayatkan daripada Muslin bin Abdullah daripada Sa'id bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a. dia berkata: Baginda Rasul S.A.W. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. 

Maka jawab baginda Nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan."

Sahabat bertanya : "Mengapakah dikatakan demikian itu Ya Rasululllah?"

Jawab Nabi : "Kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu.


Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.



(sumber : http://trazali.multiply.com/journal/item/44)






p/s : jadi kepada yang belum bernikah, ayuh pilih hari Jumaat sebagai hari istimewa penyatuan dua hati!



Thursday, March 7, 2013

Pentingnya Periksa Tahap Kesihatan!

Semalam kami geng pejabat dikejutkan dengan berita yang menyedihkan mengenai akak yang satu opis kami nie yang berada dalam keadaan kritikal dan koma. Akak ni masih muda dalam lingkungan umur baru nak masuk 40 dan masih bujang.





Alkisahnya eyza dan 8 orang geng Alor Setar ni memang sewa van untuk pergi kerja hari-hari. Pagi semalam dalam pukul 7.25 pagi tu tengah dia dok sembang dengan kami sementara tunggu van sampai, dia macam nak terjatuh. Dia kata kaki kebas. Lepas tu elok van sampai dan kami nak naik, tetiba dia cakap dia rasa pening dan tak boleh jalan elok. Dan kawan eyza pegang tangan dia papah bagi naik. Kemudian dalam van tu dia kata dia tak boleh pergi kerja dan nak balik rumah. Jadi kami ambik keputusan nak hantar dia ke rumah. Tapi dalam perjalanan tu kami tengok dia dah lain macam. Sebelah badan dia tak boleh nak gerak. Percakapan dia pun dah jadi tak teratur dan dia dah mula tak ingat apa jadi dekat dia. Terus kami bawak dia ke KMC dan dia dimasukkan ke bahagian kecemasan. 






Rupa-rupanya tekanan darah dan gula dia naik mendadak. Doktor cakap tekanan darah dia 220 dan gula 22. Memang sangat tinggi bagi seorang yang normal. Lepas tu doktor kata nak scan kepala dia. Dan masa doktor nak scan tu lah kami semua mula bergerak ke ofis sebab keluarga dia pun dah sampai.


Dan lebih kurang pukul 10 lebih kami dapat berita, dia berada dalam koma dan tengah kritikal. KMC tolak kes dia ke HSB sebab mereka tak boleh nak buat apa dah.  Jadi dalam pukul 11 pagi tu eyza dan kawan-kawan pergi melawat dia di unit kecemasan HSB. Tapi kena masuk tengok seorang demi seorang sebab dia diletakkan di kawasan ZON MERAH. Doktor kata nak operate dia sebab ada pendarahan dalam kepala akibat tekanan darah yang terlalu tinggi.


Dan alhamdulillah operate dia berjalan lancar dan selesai pukul 7:15 malam. Tapi sehingga ke saat entri ini ditulis dia masih belum sedarkan diri. Eyza mohon doa dari semua, untuk mendoakan kesihatan kawan eyza nie kembali seperti sediakala walaupun kadang-kadang kita tahu peluang dia sangat tipis. tapi mana tahu kan berkat doa semua akan ada keajaiban berlaku dekat dia. 



p/s : la ni nak makan pun kena hati-hati lepas tu kalau rasa tak sihat tu cepat-cepat lah jumpa doktor!!!

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, March 5, 2013

Ada ISI?

Apa yang ada isi tu yea? Tetiba eyza diajukan soalan macam tu gara-gara nampak eyza letih dan tak bermaya hihi...Semua tu hanya lakonan saja sebab hati tengah merindui MR DIMPLE.



Pada yang rajin bertanya atau berniat nak bertanya, eyza nak maklumkan perut eyza memang sentiasa berisi makanan hehe...Baru tak sampai sebulan eyza kahwin, takkan kena dapat soalan cepumas macam tu dah kot. Apa-apa pun eyza memang sentiasa berdoa mohon pada Yang Maha Esa semoga dimurahkan rezki kami berdua untuk mendapatkan zuriat.


Buat bacaan semua, eyza nak share satu petua untuk cara dapatkan zuriat yang diberikan oleh Ustaz Sharhan. (sumber : http://ayucintakamu.blogspot.com/2012/01/ustaz-sharhan-cara-dapatkan-zuriat.html )


1- Sediakan madu asli dan telur ayam kampung (14 biji  seorang; lelaki dan perempuan)

2- Minum 1 biji 1 hari dan minum dengan cara selang sehari.

3- Sebelum minum, baca ayat-ayat di bawah :

     i) Surah An Nahl, ayat 69






      ii) Surah Attin






         iii) Selawat 7 kali



Semoga segala usaha kita diberkati Allah s.w.t. dan  membuahkan hasilnya.



p/s : bos eyza pun dok rajin nasihat suruh jaga makan huhu....


Monday, March 4, 2013

Dugaan | Terima Kasih Encik Jurugambar

Inilah dugaan dalam majlis perkahwinan untuk kami sekeluarga. Redha dan pasrah menerimanya. Namun tetap bersyukur majils tetap berjalan lancar walaupun ada masalah sikit.





Alkisahnya hujung bulan Disember lagi eyza dah tempah kawan eyza untuk ambik gambar kahwin nanti. Dan dia pun dah set dalam jadual dia 3 hari berturut-turut eyza booking dia. Dan eyza tak sangka bermula majlis nikah tu lah hal ini berlaku. Tapi eyza memang tak salahkan dia pun sebab apa yang terjadi kat dia tu memang satu situasi yang tak dijangka.


Apa pun eyza nak ucapkan berbanyak terima kasih pada encik jurugambar kami kerna telah menyempurnakan kenangan hidup kami dengan jayanya. Eyza suka semua gambar-gambar yang dia ambik.  Cantik dan menarik sangat lepas dah siap cuci.


~ DP profile FB encik jurugambar Eyza ~


Eyza dan suami serta keluarga sangat-sangat terharu dengan encik jurugambar nie. Dia tak mau terima bayaran dari kami sebab dia rasa dia bersalah timbulkan masalah masa tu. Kami dah cakap kami okey jea, tapi dia tetap berkeras buat semua ini secara percuma. Kami doakan semoga rezki dia bertambah murah dalam bidang yang dia ceburi tu. Suka sangat menolong orang lain tanpa fikir kerugian di pihak sendiri.






p/s : sayang kamu, rindu kamu MR DIMPLE!

Sunday, March 3, 2013

Jangan Sampai Saya Hilang Rasa Hormat!!!

Jangan sampai saya hilang rasa hormat!!! 


Sapa nak hilang rasa hormat tue yea....Yang penting bukan EYZA hihi...sebab insyaAllah EYZA masih ada rasa hormat bercakap dengan orang yang lebih tua walaupun dalam hati tengah marah.




Alkisahnya masa eyza tengah sedap tidur petang kelmarin, eyza dengar bunyi orang hon kereta bertalu-talu. Ingatkan ada orang duk panggil tuan rumah sebelah. Lepas tu eyza dengar orang duk goyang-goyang pagar rumah eyza sambil menjerit-jerit bagi salam. Demi dengar saja suara tu, terus eyza malas nak ambik port. Rupa-rupanya itu suara anak jiran sebelah rumah eyza. Seorang perempuan dan pendidik tapi perangai ter'kurang ajar' sikit.


Dia mai marah-marah sebab eyza parking kereta depan rumah sorang pak cik nie yang kebetulan berdepan rumah dia. Dia menjerit marah sebab adanya kereta eyza kat situ, menyusahkan dia untuk masuk kereta dalam rumah dia. Walhal pak cik yang eyza parking depan rumah tu tak bising apa-apa pun.


~lain kali letak simbol ni depan rumah sendiri dan rumah jiran depan tu yea ~


Sebenarnya ini bukan kali pertama dia mai menjerit-jerit marah kat kami sekeluarga. Dah banyak kali dia buat macam tu. Biasalah duk rumah taman, kawasan ruang luar tu muat-muat letak 1 kereta saja. Kadang-kadang kami tak sengaja, parking depan rumah tapi terlebih muncung depan kereta masuk sikit rumah dia. Terus dia mai rumah dengan bercekak pinggang, marah-marah suruh kami undurkan kereta ke belakang. Sampai satu peringkat tu, dia susun batu bata penuh dekat situ bagi isyarat jangan lebihkan lagi muncung kereta ke rumah dia. Last-last bila orang tengok betapa buruknya perangai dia, dia upah orang buat tembok di sebelah kanan dan sebelah kiri rumah dia. Dan akibat ada kedua-dua biji tembok tu la yang menyusahkan dia nak masuk kereta. Sebab tu semalam dok mai marah-marah sebab dia tak berjaya nak masukkan kereta dia walaupun eyza parking bukan dalam kawasan rumah dia. Tapi bila dalam pukul 6 petang tu eyza keluar rumah dan lalu depan rumah dia, tak ada pulak kereta dia dalam rumah tu. Tak mau masuk parking tapi bising-bising suruh kami ubah kereta.


Dan ayat "jangan sampai saya hilang rasa hormat" tu dia menjerit marah kat ayah eyza. Terpikir jugak selama ni mana pernah dia hormatkan jiran-jiran, jadi bila masa yang dia nak hilang rasa hormat tu sedangkan dia dah lama tak hormat kami semua. Cuma kami simpati kat anak-anak murid dia dapat seorang chegu yang meroyan tak tentu hala. 




p/s : inilah jadinya kalau berkapel dengan lelaki bukan Melayu sampai terikut cara hidup mereka; kurang akhlak dan budi bahasa!!!

Saturday, March 2, 2013

Sayangkan Suami, Tinggal Tinggalkan

Eyza terkenang pepatah orang tua dahulu kala. Kalua sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Kalau sayangkan anak, tangan-tangankan. Tapi dalam kes eyza ni boleh dak digunapakai ayat yang diubah suai eyza sendiri hehe... Kalau sayangkan suami, tinggal-tinggalkan.




Sebenarnya 10 hari selepas kami sah menjadi suami isteri, eyza kena pi berkursus di Pulau Langkawi. 3 hari 2 malam pulak tu. Niat di hati tak mau pergi, tapi sebab tuntutan kerja maka gagahkan juga pergi. Waktu tu terasa masa berlalu sangat lambat. Kalau boleh eyza nak hari terakhir berkursus tu sampai cepat-cepat hehe...Tak tertahan menanggung rindu pada MR DIMPLE.





En suami pun masa hantar eyza kat opis nampak cool dan relax saja. Eyza ingatkan dia okey la tapi masa eyza sampai kat Langkawi tu baru dia bagitahu dia tak sedap badan. Rupa-rupanya dia demam rindu. Eyza dekat sana dah susah hati bila tau dia demam. Yea lah masa eyza pergi dia nampak sihat saja. Sekali bila eyza dah jauh, dia demam pulak. Rasa macam nak panggil DORAEMON suruh percepat masa saja hehe...





Kursus kali ni tak berapa nak enjoy sebab ada sorang ahli grup terlebih lagak. Kami respect dia sebagai orang yang bakal pencen tapi cara dia tu memualkan semua orang. Hanya dia saja yang betul, kami ahli-ahli dalam tu asyik salah saja. Sampai dia pi report kat ketua grup 1 lagi kata kami tak bagi kerjasama. Macam mana kami nak bagi kerjasama kalau pendapat yang kami bagi semua dia tak nak terima. Kena ikut apa yang dia rancang sahaja.


Alahai macam zaman sekolah rendah pulak duk main report bagai nie. Tapi sebab kami nie malas nak bertekak bagai, jadi terima saja tuduhan dia. Dan yang paling tak best, bila pi Langkawi tapi tak boleh nak shopping huhu...Kena pi lain la nanti.





p/s : sepanjang kursus memang eyza asyik kena usik saja la dengan kawan-kawan hehehe...maklumlah masih dalam mood honeymoon kan hehe...  (~_~)

Friday, March 1, 2013

Bengang dengan Kerenah Orang

Eyza tengah dilanda kebengangan saat ini sebab perangai orang lain yang sangat menyusahkan semua orang. Alkisahnya ini sebab kes permohonan pertukaran. 




Sejak penghujung bulan Januari lagi eyza dah peringatkan setiausaha pengarah untuk ingatkan bos untuk mengesahkan maklumat pertukaran kami semua sebab di jabatan kami semua pertukaran melalui online.  Dan hari terakhir sebelum eyza mula bercuti panjang iaitu pada 5 Februari pun eyza peringat dia lagi sekali. Dia kata YA YA. Dan eyza ingatkan benda ni dah settle lah sebab tarikh terakhir untuk bos klik permohonan pada 7 Februari. Jadi sepanjang waktu bercuti ni eyza tak kisah sangat lah pasal benda nie.


Dan bila eyza masuk kerja sekejap pada 14 Februari, member eyza yang jugak minta tukar tu suruh eyza semak permohonan. Sekali buka, terkejut tengok.






Aduiii sampai hati dia buat kami semua macam nie. Walaupun kami tahu belum tentu kami dapat bertukar, tapi sebab sikap dia tu semua orang jadi terkilan. Kami tak marah kalau tak dapat bertukar, tapi yang buat rasa bengang dan sedih tu, sebab permohonan kami tak dapat diproses di peringkat seterusnya gara-gara dia tak maklumkan dekat bos untuk klik permohonan kami. Bila eyza tanya dekat bos, bos cakap PA saya tak maklumkan apa-apa pun dekat saya. 


Kecewa sangat-sangat bila buka laman web tu. Berharap akan ada keajaiban berlaku tapi sekadar angan-angan mat jenin sahaja lah.





p/s : berchenta seharusnya membawa semangat kebaikan bukan mendatangkan masalah kepada semua orang!!!

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke