Thursday, January 31, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan menjanjikan yang terbaik buat semua orang. Eyza nak join GA lagi hehe... yeyyy nak saport sahabat terbaek eyza di alam maya sapa lagi kalau bukan REMYHAZZA



~ header baru REMY; terserlah kemachoan dia hehe... ~



Remy anjurkan GA nie sempena ulangtahun ke 2 blog AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF. Wahhh rasa macam baru jea eyza kenal blog remy, tup tup dah masuk 2 tahun pun. Blog yang sungguh ohsem memang best untuk diterjah hari-hari. Cuma kadang-kadang akibat kekangan masa, eyza tak sempat nak baca semua entri dia. Hanya ada masa terluang jea eyza selak balik entri-entri Remy yang eyza ketinggalan nak baca.


Syarat-syarat yang Remy minta ialah :

1) terbuka kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog remy hazza nie
2) follow blog remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com (yg nie wajib ler...kalau dah follow itu lagi senang... )
3) kalau sudi like FB fanpages blog remy atau google+ remy ( tak paksa )
4) buatkan satu entry yg bertajuk "2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"
5) copy banner kat atas dan tampalkan dlm entry tu.
6) Ajak lah sahabat kenkawan semua utk join segmen nie
7) Kemudian, tinggalkan link entry kenkawan semua kat bhgn komen entry nie tau !!!! senang remy nak jejak nanti......
8) Tarikh akhir segmen nie akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 28 February 2013....(sebulan)


Semua syarat-syarat yang Remy minta eyza dah buat hehe...Jadi tunggu apa lagi, jom semua kita serbu blog Remy dan join GA dia yang ohsem ini. 







Makan mee udang dekat sungai dua
Pergi bersama jejaka yang hensem
Selamat menyambut ulang tahun yang kedua
Buat Remy dan blog yang ohsem






p/s : menghitung hari, detik demi detik....  (^_^)

Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~




Eyza nak jon segmen lagi hehehe... Kali ini anjuran Kasih Lestari Abadi dengan tajuk segmen dia ialah : Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~.



~ baru 562 follower eyza ~



Follower eyza tak ramai mana pun tapi macam apa yang REMY katakan, 'biar tak ramai follower, asalkan ada pengikut setia yang sudi membaca isi coretan dalam blog kita'. Jom semua kita meriahkan segmen anjuran Kasih Lestari Abadi ni sambil kita follow dia. 



p/s : tak larat nak layan orang laa dalam keadaan dok selsema nie....huhu

Hanya Doa Ku Panjatkan

Semalam masa eyza dok FB, ternampak satu link yang diberi oleh blogger otai EYRIQAZZ. Link yang cukup menyentuh hati eyza untuk cepat-cepat klik dan baca. Kalau korang nak baca boleh klik kat SINI.



Ni gambar saudara Jejai ketika masih sihat (kredit to TERATAKARMO )~



Keadaan dia sekarang  (kredit to AzmanIshak ) ~



Hanya sekalung doa mampu eyza panjatkan buat saudara Je Jai yang kini sedang berusaha melawan penyakit yang dihidapinya itu. Eyza mula kenal saudara Je Jai sejak penghujung tahun 2010 melalui blog GREAT TEACHER ONIZUKA. Walaupun tak pernah bersua muka secara berdepan dan hanya kenal melalui blog sahaja, tapi kesudian saudara Je Jai menghadiahkan header secara percuma untuk Eyza amat eyza hargai. Bantuan dari seorang kawan blogger yang tidak pernah eyza bersua muka sangat memberi semangat untuk eyza teruskan berblogging.


~ header eyza yang dihasilkan Je Jai ~


Dan sebagai membalas jasa saudara Je Jai nie, eyza buatkan satu entri khas memohon jasa baik korang semua untuk sama-sama membantu saudara Je Jai. Marilah semua kita menyumbangkan walaupun tak banyak namun dapat membantu Je Jai sekeluarga meneruskan kelangsungan hidup.

Mazliana binti Othman (A/C Maybank : 164089741562)








 p/s : doa jugak salah satu sumbangan yang boleh diberikan buat penyembuhan Je Jai!




Monday, January 28, 2013

Surat Pengesahan Bujang???


Sebelum ni eyza ada jugak dengar bab surat pengesahan bujang nie untuk dikemukakan ke pejabat agama. Tapi untuk pihak lelaki saja. Dan bila ada seorang pensyarah perempuan ni datang kat opis eyza minta surat tu, rasa tercengang pulak eyza. Eh biar betul ne?


Jadi tanpa rujukan mana-mana pihak sebab tak ada sapa yang boleh dirujuk, eyza minta member opis buatkan satu untuk eyza. Persediaan awal sebelum pergi ke pejabat agama.


Bila dah siap buat baru tergerak di hati eyza nak call pejabat agama dan jeng jeng jeng.. Pegawai pejabat agama tu kata yang diperlukan hanyalah borang permohonan, salinan IC, sijil kursus, surat HIV dan tuan empunya diri saja masa nak hantar borang tu huhuhu... Rupa-rupanya di Kedah prosedur dia tak terlalu ketat sangat. Malah untuk pihak lelaki pun dia tak minta... Adoi itulah cepat sangat buat kesimpulan sendiri kan?





p/s : walaupun prosedur mudah tapi ada sesuatu yang berlaku berkait dengan pejabat agama uhuhu....

Thursday, January 24, 2013

Biodata Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam dan merupakan Rasul bagi seluruh umat di dunia.Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah s.w.t kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.





Biodata Nabi Muhammad s.a.w :

Nama : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : 12 RabiulAwwal (20 April 571M) pada pagi Subuh hari Isnin. Tahun kelahiran Nabi lebih dikenali sebagai Tahun Gajah , sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Makkah.
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib iaitu bapa saudara Nabi.
Nama Bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w)
Ibu Susuan Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susuan Kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



Salam Maulidur Rasul 1434H




Eyza ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua pembaca blog eyza. Dan selamat bercuti di hari ini yea. Kepada negeri-negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu kiranya bercuti panjang la selama 3 hari. Manakala di negeri-negeri lain kena kembali bekerja pada hari Jumaat atau ada yang sambung cuti nie hehe...


Tema sambutan MAULIDUR RASUL tahun ini ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.








p/s : cuti banyak hari nie boleh la dok belek benda apa tak siap lagi huhu...countdown!

Wednesday, January 23, 2013

Erkkk Macam Ni Ker Penangannya

Tajuk entri eyza ini boleh dikatakan bersambungan dari entri eyza sebelum nie yang eyza hanya post gambar sahaja.







Gara-gara eyza dah mula mengedarkan kad jemputan, puas la eyza kena menahan telinga mendengar usikan kawan-kawan. Untung jadi orang depan nie, semua orang kenai. Makanya bila ada berita gembira macam nie memang eyza kena habis-habisan la dengan mereka semua nie.


Ada yang bagi nasihat, usik-usik manja dan tak kurangnya yang macam nak marah eyza sebab tetiba jea nak kawen haha... Hadoiii takkan lah eyza nak kena canang satu opis kot. At least eyza bagi jugak kad jemputan.. Kalau tetiba jer mai dengan inai penuh kat tangan, okey lah jugak nak marah kat eyza...huhu


Kepada mana-mana rakan blogger yang dah terima kad jemputan dari eyza, dialu-alukan sangat datang memeriahkan suasana sambil kita makan buah limau hahaha...especially buat cayunk kita --> MUMMY ADRIANA.




p/s : owhh plishhh hati eyza bukan milik kelasi kapal tu yea sebab hati eyza milik E sahaja...

WW - KAD







p/s : cilok dari facebook MUMMY ADRIANA hehe...  

Tuesday, January 22, 2013

URL blog dah bertukar!

Semalam eyza tak dan nak hapdet blog sebab dok kalut buat sesi penukaran URL blog. Dan secara rasminya semalam 21 JANUARI 2013, blog eyza telah bertukar URL name dan jugak yang penting sekali eyza dah bertukar domain. Dah tak ada dot blogspot tapi dah bertukar ke dot MY.





http://www.slumberzgurll.blogspot.com











http://www.fizairi.my





Sebenarnya eyza dah lama nak bertukar URL blog nie sebab taiko MAT TIGER dah banyak tegur. Dia kata  nama blog eyza yang lama tu susah nak eja dan ingat. Jadi eyza harap lepas dah tukar nama baru ni, bro EYRIQAZZ akan lebih mudah mengingati blog eyza ini hehe...



Teguran Pertama (13 April 2011) dari bro EYRIQAZZ :






Teguran kedua (30 Oktober 2012) dari bro EYRIQAZZ :







Tapi eyza masih belum buat penukaran header dan keseluruhan dalam blog walaupun dah bertukar URL huhu... tak sempat nak buat la sebab semalam masa dok tukar URL tu sakit kepala sangat-sangat. 

Wednesday, January 16, 2013

WW - Kantoi!!!









Macamana nak berahsia lagi bila dah terKANTOI atas silap diri sendiri yang terperangkap dengan soalan cepumas itu huhu... 


Tapi sehingga ke saat ini eyza percaya itu bukan serkap jarang dari dia sebab eyza yakin ada dalang di sebalik semua ini!


Go gO Go... Anggap saja rezki dia nak tahu benda baik itu hahaha...Malas nak serabutkan otak fikir benda nie...Untuk kamo --> rakan sejawatan eyza a.k.a Pak Long = syabas seba berjaya tahu benda tu hasil serkap jarang seperti yang kamu sendiri katakan...





p/s : tak sempat nak tengok tadi Tanyalah Ustaz yang bertajuk Janganlah Bersedih....

Tuesday, January 15, 2013

Harus Stress Lagi Kah?

Baru jer minggu lepas eyza dilanda stress sampai sakit kepala yang amat sangat. Tetiba hari ini ada orang dok buat hal pulak kat opis. Rasa macam nak stress balik jea.








Kes nya hanya remeh temeh tapi dipandang berat oleh si pengadu sampai sanggup bersusah payah pergi buat aduan dekat Biro Pengaduan Awam. Rajin bebenor la si pengadu tue yea.








Bila eyza tanya apa kes yang diadu tu, orang bahagian aduan tu bagitau pengadu tu buat aduan berkenaan barang yang dia order secara online yang diterima di pejabat kami lambat sampai ke tangan dia.  Tak kan lah tak tahu kalau dah pos ke opis, ada prosedur yang nak kena ikut sebelum sampai ke tangan awak. Alahai kalau dah nak barang tu sampai cepat ke tangan awak, janganlah letak alamat opis. Pi buh alamat umah banglo bertingkat-tingkat nun.





p/s : jenuh la eyza nak hafal nama SUAMI masing-masing yang dekat 200 orang nie!!!

Monday, January 14, 2013

Dugaan Itu Satu Cabaran


Sekuat mana pun kita pasti akan diujiNya untuk menjadikan diri kita lebih tabah dalam menghadapi segala masalah dalam hidup. Apatah lagi jika kita sedang merencanakan sesuatu benda. Pasti ada ketika kita diuji dan diberi dugaan oleh Yang Maha Esa.





Harap sangat eyza mampu lalui dugaan ini dengan tenang di kala menghitung hari yang cuma tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja lagi.






p/s : Go...Go...Go... FAIZATUN FARID...U can do It! Small Matter jea tue...

Thursday, January 10, 2013

Stress Kah?

Dua hari lepas eyza diserang sakit teruk yang sangat dasyat. Sebelum nie eyza masih boleh kawal lagi rasa sakit kepala tu dan mampu bertahan sehingga ke akhir waktu pejabat. Tapi hari tue, awal pagi eyza dah rasa berat kepala dengan rasa mualnya. Memang tak sedap la perut dan kepala eyza waktu tu. Sampai eyza tak dan tunggu waktu rehat, eyza minta tolong member back-up tempat eyza dalam pukul 12.30 tengah hari tue. Eyza nak baring sekejap bagi kurang rasa sakit tue. 






Kawan yang perasan perubahan eyza dok kata, eyza sakit kepala nie sebab stress nak kawin hehe...lawak la pulak anggapan mereka ni.






Yang doktor peribadi a.k.a enche tunang pulak kata mungkin eyza alami tekanan darah rendah hihi...





Macam-macam tanggapan mereka nie sebab eyza jarang sakit kepala yang teruk macam tue kat opis. Tapi eyza rasa sakit kepala ni sebab perut eyza kosong. Angin naik ke kepala tu yang kepala rasa berat semacam. Minggu lepas eyza banyak skip makan tengah hari. Waktu makan tengah hari eyza masa tu bertukar ke pukul 8.30 malam. Pulak tu sepanjang minggu lepas, eyza banyak minum minuman kafein. Agaknya kesan-kesan tu semua baru terasa minggu nie kot.





p/s : tinggal tak sampai sebulan lagi tapi banyak yang tak siap lagi huhu...

Wednesday, January 9, 2013

WW ~ Debaran







Daisypath Wedding tickers










p/s : boleh mula mengepos KAD...

Tuesday, January 8, 2013

Sauna Sampai Pitam

Alkisahnya lebih kurang 2 minggu lepas, eyza ada buat rawatan kat satu pusat kecantikan. Salah satu rawatan dia ialah SAUNA.


~kredit to GOOGLE ~


Sauna nie ambik masa lebih kurang 30minit sahaja. Dicampuri dengan herba-herba tradisional, eyza duduk dalam beg sauna tu sambil biarkan wap dia meresap ke dalam badan.



~kredit to GOOGLE ~



Lagi 10 minit nak habis, eyza mula rasa lain macam. Rasa macam benda berpusing-pusing depan mata yang boleh buatkan eyza terlentok. Eyza jerit panggil adik yang in charge tu dia tak dengar. Last-last eyza keluar sendiri dari beg tu. Perghhh rupa-rupanya eyza hampir nak pitam sebab terlalu panas. Sepatutnya sebelum sauna tu eyza kena minum segelas air putih tapi eyza malas nak minum hehe... Itulah akibatnya kan. Lepas nie rasa serik la pulak nak buat rawatan pakej tu kat tempat tu sebab ada staff dia terlalu kasar perbuatan lah. 



~kredit to GOOGLE ~




p/s : lambatnya nak tunggu waktu rehat pukul 1 hehe nak pi tidoq sebab kepala makin sakit 

Monday, January 7, 2013

Jumpa Selepas 10 Tahun

10 tahun yang lalu kira-kira dalam tahun 2002/2003 eyza sambung belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Masa zaman tu ruangan chat room di Yahoo Messenger(YM) agak popular di kalangan pelajar-pelajar. Eyza pun tak terkecuali sebab eyza dah tahu serba sedikit pasal YM nie jadi eyza dok jadi tok guru pada kawan-kawan yang tak tau apa itu chit chat. Masa tu eyza kenal dengan senior kat tempat eyza belajar nie. Dia tua setahun dari eyza dan kami telah jadi abang-adik angkat hahaha gedikzz kan masa tue.


Persahabatan kami berlanjutan sampai eyza masuk U. Dia masa tu di UiTM Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Eyza di UUM dalam bidang Multimedia. Entah macamana kami boleh terlost contact masa masing-masing sibuk dengan pengajian. Eyza ada jugak tergerak nak cari dia tapi semua maklumat pasal dia dah hilang. Yang eyza ingat hanya nama penuh dan tempat tinggal dia jer hihi.. Jadi misi mencari eyza terhenti setakat tu saja sampai lah semalam tergerak di hati Eyza nak gugel nama penuh dia. Memang agak mencabar bila tak banyak data pasal dia. Terhampir putus asa jugak semalam tapi tetiba eyza terpandang dalam carian tue satu nama yang macam dia dan sebelah nama tu dia tulis ENGINEER. Terus eyza recall memori lama dan cepat - cepat eyza bukak blog tu dan tengok betul ka tak. Dan eyza masih tak pasti adakah dia orang yang eyza cari. Makanya eyza selongkar-selongkar entri yang lama sehingga satu entri yang membuat eyza yakin 100% dia adalah orang yang eyza cari. Bukan entri apa pun tapi sebab dalam entri tu ada satu gambar yang tertulis nama panggilan dia zaman dulu-dulu. Itu yang eyza yakin sangat dia memang orangnya. Tambah-tambah bila memori eyza automatik teringat dia pernah bagitahu pasal adik beradik dia semua lelaki. Dan satu benda yang sangat-sangat betul pasal dia ialah mengenai tarikh lahirnya hehe... Syabas memori sebab berjaya imbas kembali maklumat lama hehe...


~ sori balqish sebab eyza cilok pic tanpa kebenaran ~


Dia yang eyza kenali 10 tahun lalu seorang yang kurus melidi tapi semalam bila tengok kat blog tu, dia dah berubah 100 peratus hehe...Agaknya sedang bahagia bersama isteri dan anak. Eyza tak komen pun dalam tu sebab takut dia dah tak kenal eyza hehe...Niat di hati nak tempek pic lama dia tapi sebab laptop eyza rosak dan pic dalam tu semua hilang huhu...Dan tersatu kebetulan pulak bila wifey dia sama tarikh lahir dengan eyza hehe...


Alhamdulillah dalam tahun baru ni saja eyza dah berjaya menemui semula 4 insan yang sangat rapat dengan eyza tapi telah terputus hubungan. Entah macamana boleh eyza tergerak nak mengugel semua nama insan-insan nie hehe....


~ abang dan kakak angkat eyza masa kat U; terlost contact akibat kehilangan phone eyza ~


p/s : walaupun dah berjaya jumpa 4 insan tu tapi eyza rasa sedih sebab seorang kawan terbaek eyza mula menjarakkan diri dari eyza...  :(

Sunday, January 6, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......




Eyza nak join segmen yang dianjurkan blogger APIT yang bertajuk Segmen : Saya Blogger Negeri ....... dengan tujuan untuk meramaikan blogger dari negeri itu hehe...


Maka dengan ini eyza nak bagi tahu yang eyza adalah blogger dari 



 ~ KEDAH ~



Apa yang menarik mengenai KEDAH yang selamanya tetap di hati eyza terutamanya di tempat eyza tinggal ialah ia bebas dari traffic jam yang menyesakkan hati dan minda hehe...dengan ber'bin'kan AMAN, KEDAH DARUL AMAN memang sebuah negeri yang aman dengan pemandangan yang menyejukkan mata memandang bila ada kawasan sawah padi hehe...


Jom semua blogger Malaysia, pakat join ramai-ramai segmen dari APIT yang berjalan sepanjang tahun tanpa tarikh tutup.

Thursday, January 3, 2013

Corat Coret Momen 2012

Rasanya masih belum terlambat untuk eyza sharekan dengan semua corat-coret yang berlaku di tahun 2012 dalam diri eyza. Sebelum nie eyza tak sempat nak taip sebab beberapa hal yang penting perlu diselesaikan segera.


Tahun 2012 bermula dengan azam baru dalam hidup eyza. Eyza bertekad menjadi orang baru untuk melupakan kesedihan atau kenangan tak best di tahun 2011. Jom eyza selongkar balik apa yang berlaku di dalam tahun 2012.



FEBRUARI

Di bulan Februari nie eyza mula kenal dengan rakan blogger yang sama kepala dan sengal iaitu MUMMY ADRIANA. Juga di bulan nie, sahabat baik eyza dihantar bertugas ke luar negara selama 2 bulan. Pastu dalam bulan Februari jugak eyza dapat berita member eyza nikah senyap-senyap di Siam sebab dapat halangan dari family perempuan huhu...Manakala pada 26 FEBRUARI 2012 ~ lahir anak sedara eyza yang ketujuh (MOHAMMAD FIRDAUS RIZQI)


APRIL

15 APRIL 2012 ~ kisah MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali bila sahabat terbaek eyza di alam maya iaitu iNCIk kembali dari pertapaan dia selama 2 bulan di beberapa negara luar.


MEI



Bulan yang paling eyza nanti-nantikan terutamanya di penghujung bulan MEI. Sebab pada 24hb Mei 2012, eyza sekeluarga sekali lagi mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Gembira tak terkata bila eyza dapat peluang untuk buat UMRAH lagi.


JUN

Juga saat dinantikan bulan JUN sebab tak sabar nak balik Malaysia lepas umrah. Rindu pada family semua.



OKTOBER

Bulan yang rasanya menyebabkan eyza tak senang duduk. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila pada bulan nie ada satu rombongan datang merisik. 20102012 ~ tarikh yang menjadi titik permulaan untuk menyatukan dua hati.


NOVEMBER




Mood kegembiraan menyapa di bulan ini bila pada tanggal 101112 dengan secara rasminya eyza bergelar tunangan orang. 


DISEMBER

Bulan kelahiran eyza - 05122012. Tiada sambutan macam tahun lepas tapi sangat eyza hargai bila ada yang sudi mesej eyza. Mesej2 dari family dan orang tersayang cukup membuatkan ia satu hadiah bermakna buat eyza. Dan pada tanggal 121212 jugak menjadi tarikh bermakna dalam hidup eyza bila doktor pakar sahkan eyza bebas dari sebarang penyakit. Bermakna eyza seorang yang sihat!



InsyaAllah eyza berharap kedatangan 2013 akan memberi sinar kebahagiaan buat diri eyza dan keluarga terutamanya untuk mak dan ayah eyza yang selama ni sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anak-anak.




p/s : segala memori tak kisah la manis ker masam ker pahit ker tawar ker, bila dikenang-kenang balik pasti rasa nak senyum sorang-sorang jea hihi...  (~_~)

Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Walaupun sudah terlewat satu hari tapi sempena tahun baru ni, eyza nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat semua yang sudi singgah jejak dan baca coretan di blog eyza nie.








Eyza tak sempat nak hapdet belog langsung nak tutup memori 2012 sebab beberapa hal yang tidak dapat dielakkan dan juga kekangan masa yang berlaku. Ini pun baru masuk opis setelah 3 hari eyza cuti. Terpaksa ambik cuti kecemasan demi menyiapkan beberapa tugasan.


Yiehaa sudah masuk tahun baru 2013. Tahun yang sangat mendebarkan bagi eyza. Pejam mata menghitung hari insyaAllah tarikh yang ditunggu itu pasti tiba hehe.. Mohon doa dari kalian semua untuk mendoakan kebahagian eyza dan anda semua. Kita bertemu lagi nanti yea! 


Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke