Thursday, July 28, 2011

Ramadan semakin menghampiri

Salam u olsss...


Sekejap saja rasanya kita dah nak menghampiri bulan yang penuh keberkatan yakni bulan Ramadan. Dikira2, dihitung tolak tambah darab dan bahagi lebih kurang 3 hari lagi kita akan menyambut bulan puasa.


Semakin menghampiri bulan Ramadan, semakin rasa rindu dengan bulan itu. Menghayati lirik lagu nyanyian Man Bai dengan Raihan yang bertajuk HARAPAN RAMADHAN terasa kerdilnya diri melakukan persiapan untuk bertemua bulan Ramadan.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna..

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua



Berharap Ramadan kali nie akan berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Mudah2an solat terawih dapat dilakukan sehingga ke hari terakhir Ramadan.




p/s : mudah2an iNCik dapat balik beraya tahun nie...

Wednesday, July 27, 2011

Gara2 Catriona Ross Bahrin

Salam u olsss.


Petang sebelum balik nak share sesuatu dengan u olsss...


Memandangkan ini blog tak glamer jadi bila dapat senarai dari nuffnang macam kat bawah nie walaupun tak sebanyak blog popular yang lain, tetap rasa teruja dan gembira. Maklumat ni ai kumpul dari pukul 4 pagi sehingga ke pukul 3 petang tadi.







Dan punca dapat senarai yang banyak macam kat atas tue rupa2nya ramai mencari maklumat pasal Catriona Ross Bahrin.




 Eh eh..tetiba terselit seorang pengunjung dari Egypt dan Kanada. Thanks pada orang jauh yang sudi melawat blog ini.


Mati Hidup Semula | Catriona Ross Bahrin

Salam u olsss...


Semalam sapa tengok program HALAQAH SENTUHAN QALBU? Menampilkan pelakon drama Catriona Ross Bahrin a.k.a CAT, program semalam menyingkap kembali nota hidup CAT yang seumpama MATI HIDUP SEMULA.



(kredit pic to MSTAR)



Kalau u olsss ingat hampir 4 tahun yang lalu, CAT pernah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang teruk pada seluruh anggota badan dia yang boleh diibaratkan kalau sesapa tengok seumpama nyawa CAT ketika itu seperti telur di hujung tanduk.


Namun berkat kekuasaan Allah s.w.t, akhirnya hari ini dapat lihat CAT kembali seperti sediakala beserta satu pembaharuan baru iaitu bertudung. 


Suka tengok penampilan CAT semalam, nampak cantik dan berseri dengan gaya macam tue.


Sapa yang tengok luahan nota CAT bersama panel undangan semalam pasti akan tersentuh hati bila berbicara mengenai MATI HIDUP SEMULA. Ibarat kata pengacara dia TUAN HAJI AHMAD NOOR SULAIMAN, hidup tidak akan bererti tanpa nyawa. Sementara masih bernyawa, hargailah nyawa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah.




p/s : Satu perkara yang buat ai tersentuh hati bila mendengar doa CAT yang memohon pada ALLAH s.w.t agar diberi kesempatan untuk dia meminta ampun dari mak ayah. Sayangilah ibu bapa!!!




Tuesday, July 26, 2011

Sistem yang menyusahkan

Entri bukan nak mengutuk jauh sekali nak mengata. Cuma meluahkan ketidakpuasan hati terhadap satu syarikat pengeposan yang opis ai memang selalu gunakan ia.





Rasanya sebagai pengguna, ai ada hak untuk memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.


Sebelum nie syarikat tue okey ajer tapi sejak dari minggu lepas, syarikat tu mula mengamalkan satu sistem hotline yang mana setiap kali kita ingin menggunakan perkhidmatannya haruslah menelefon ke talian hotline itu yang dikendalikan satu pihak lain.


Setiap kali call mesti soalan yang sama akan dikeluarkan sampai kadang2 ai rasa macam nak rakamkan saja segala jawapan dan bila disoal ai hanya mainkan saja rakaman itu. Jika dulu hanya dalam 10 saat saja segala urusan selesai, tapi kini memakan masa hampir 5 minit.


Ai faham dia cuba menyelaraskan sistem di seluruh Malaysia tapi kalau dah setiap kali panggilan memakan masa yang lama, agak2 nyer sistem nie praktikal tak untuk digunapakai???

Harap2 syarikat tue dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dia demi keselesaan pengguna. Takkanlah segala data mengenai sesebuah pejabat tak disimpan sampai setiap kali call kena minta semula?







Ader jugak Cik Anon Yang Baik Hati

Salam u olsss...



Selama nie ai ada dengaq banyak citer yang tak best pasal blogger dengan ANONYMOUS a.k.a cik anon (nama glamer yang selalu digunakan...)


Selalunya citer2 yang keluar tue pasal keburukan cik anon lah. Cik anon kutuk entri depa lah, cik anon baling batu sembunyi tanganlah dan macam2 perihal buruk cik anon.


Tapi kali nie ai nak share sesuatu pasal cik anon nie.Masa tue ai ada post satu entri berkenaan OOOO PATUTLAH KAPAL TERBANG AIR ASIA BOLEH TERGELINCIR dan tak sangka ada sorang cik anon nie reply macam kat bawah nie.







Yang bagusnya komen cik anon tue dari sudut positif. Maksudnya komen dia tue banyak memberi info kepada persoalan yang ai utarakan. Cuma hairan sket la dari mana cik anon tue tahu ai sedang mencari jawapan yer sedangkan blog ini bukan blog popular pun. Ermmm...




p/s : ini bukan entri menyebelahi mana2 pihak yer..setakat pemakluman ajer apa yang berlaku kat diri sendiri hehe...



Monday, July 25, 2011

Kenapalah suka mengocak ketenanganku???

Kenapa orang tue tak habis2 nak mengocak ketenangan yang sedang dialami sekarang nie??? Baru jer lepas post entri pasal dia kat SINI tapi dia mai buat hal lagi.



Tolonglah biarkan ai hidup dalam kegembiraan dan ketenangan. Apa lah yang ai dah buat kat u sampai u sakit hati pada ai.





Tensionnya kalau tiap2 hari dia datang mengganggu ketenangan ai. Tak puas lagi ker awak hina saya dan sekarang bila saya tak nak cakap dengan awak, awak mula buat cerita lain pula. Padahal saya tak nak cakap banyak dengan awak sebab saya tahu perangai awak macammana.


Cukup2lah buat cerita macam-macam pasal saya. Saya bukannya artis yang awak nak buat gosip liar kat sini. Berilah saya hidup dengan tenang dan aman. Bawak2lah insaf sebelum kubur kata mari dan rumah suruh pergi!!!




Hina sangat ker perempuan lambat kahwin???

Salam u olsss...


Entri  nie sepatutnya dipublish awal tapi tengah mencari kekuatan nak mempostkannya. Dan hari nie sempena hari Isnin, ai tekadkan hati menaip entri nie untuk di post.


Nak tanya dengan u olsss semua terutamanya lelaki, hina sangat ker bagi seorang perempuan yang masih belum berkahwin?


Ai dah tak larat nak tepis segala gosip2 liar (macam artis pulakkan...) yang buat tuduhan macam2 bila sehingga sekarang ai masih belum berkahwin. Ai pun ada jugak buat artikel pasal isu kahwin tue di SINI dan SINI tapi mungkin orang yang menghina ai tue buta IT kot sebab tue dia tak baca apa yang ai dah tuliskan.


Janganlah dok ingat perempuan2 yang lambat kahwin nie terlalu terdesak sangat nak kahwin sampai tak tahu fikir baik dan buruk. Awak terlupa ker yang awak pun ada anak perempuan, jadi apa perasaan awak bila orang tuduh anak awak nie macam awak tuduh saya.


Tapi awak jangan risau sebab saya tak pernah berdendam dengan awak. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t dapat sedarkan awak yang suka menjatuhkan maruah orang. Nasib baiklah perbualan tue tak didengari orang lain, kalau tidak pasti semua orang menganggap saya seperti yang awak katakan.


Kalau ikutkan hati saya yang tengah panas. memang saya minta enchek saya belasah awak jer tapi sebab menghormati awak yang sudah tua, saya abaikan jer. Kalau saya tak sabarkan enchek pasti sekarang nie awak tengah berehat di hospital. 






Buat orang yang menghina tue, satu saya nak cakap. Saya pun akan kahwin jugak cuma masih mengumpul duit. Enchek saya tue bukan nyer jutawan ker million dollar man kerr yang boleh sedia duit on the spot. Lain lah kalau iNCik tue pak we ai. Dengan gaji berpuluh2 ribu, setakat nak buat majlis perkahwinan wedding of the year pasti tak jadi masalah untuk dia.

Rasa dah letih nak potpetpotpet blablablabla nak jelaskan semua nie. Haiyaaa kalau awak nak saya cepat2 kahwin, apa kata awak sedekah duit awak untuk saya. Boleh???


Thursday, July 21, 2011

Rakyat Malaysia Suka Berkaraoke?


Salam u olsss..

Semalam ai sempat pergi pusat karaoke. Itupun sebab kesian kat adik ipaq yang dah berkali2 ajak karaoke. Asal ai balik reja jer, mesti dia ajak pi karaoke.




Jadi demi memenuhi hasrat dan permintaann dia ai col sorang member lagi yang kaki karaoke jugak. Ye lah satgi kesian lak kat adik ipaq ai dok nyanyi sorang2.


Waktu sampai tue dalam lebih kurang pukul 8.30 malam, tengok tak ramai lagi orang kat situ. Tapi bila dah keluaq abis nyanyi dekat pukul 10.00 malam, wow ramainya orang dok tunggu giliran nak masuk dalam bilik nyanyian tue.


Baru ai tahu rupa2nya rakyat Malaysia nie suka berkaroke ekk. Sebab tue apa saja pertandingan nyanyian yang dianjurkan, pasti berduyun2 orang isi borang nak masuk.


U olsss sendiri pun tengok kan berlambak2 program nyanyian yang dibuat kat Malaysia nie sebab menyokong minat dan hobi rakyat Malaysia sendiri yang suka berkaraoke dan menyanyi.


Agak2nya lepas nie boleh la kot penyanyi2 baru yang akan wujud di Malaysia menjual bakat di persada antarabangsa pulak.




p/s : tak berdaya menyumbang walau satu lagu pun semalam. sad sad...

Wednesday, July 20, 2011

Pertama Kali Tengok Kejadian Ragut

Salam u olsss...

Cuma nak cerita semalam pertama kali ai tengok kejadian ragut yang berlaku secara langsung.



 



Selama nie dok dengaq kes ragut yang berlaku dalam surat khabaq jerrr tak pun tengok dalam TV. Tapi semalam memang tengok secara live depan mata berlaku.


Masa tue dalam pukul 9 malam lebih kurang, ai tengah lepak dengan sorang member kat kedai mamak yang berdekatan dengan satu lampu isyarat.


Elok jer mamak tue hantaq roti tisu yang ai pesan, terdengaq suara beberapa orang lelaki dok  menjerit marah kat sorang mat motor. Mula tue ingatkan ada pergaduhan sesama kumpulan motor sebab sebuah motor hampir terbalik.

Sekali nampak mamat motor yang kena marah tue sedang berlari depan we olsss sambil dikejar beberapa lelaki. Tengok mamat tue dah tak hiraukan lalu lintas. Dia main rempuh jer sambil berlari ke belakang restoran.


Ingatkan dia dah melepaskan diri ikut lorong gelap belakang kedai makan tue sebab hampir 15 minit jugak adegan kejar2 berlaku. Ai tanya member ai yang turut ikut mengejar, dia kata mamat tue dah selamat digari.

Rupa2nya masa dia sedang berlari tue, kebetulan peronda polis melalui jalan tue. Apa lagi memang dia carik nahaslah. Tak pasal2 kena belasah dan tidur dalam lokap.Kawan seangkatan dia berjaya pecut motor larikan diri. Tinggallah dia terkontang kanting sorang2 kena belasah.







Makluman Penutupan Jalan

Salam u olsss.


Hanya sekadar makluman untuk semua pengguna jalanraya yang berada di Kedah amnya dan di Alor Setar terutamanya.

Sempena pusingan kelayakan Petronas Cub Prix yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 22-23 Julai 2011, beberapa batang jalan akan ditutup bermula hari ni, 20 Julai sehingga 23 Julai 2011.



Jalan2 yang terlibat ialah:
i) Jalan Stadium
ii) Jalan Bakar Bata
iii) Jalan Tun Razak
iv) Lebuhraya Darulaman


Jadi kepada pengguna jalan2 berkaitan, silalah cari jalan alternatif yang lain jika mempunya urusan di tempat2 sekitar jalan ditutup itu.

Tuesday, July 19, 2011

Surah Amalan dan Zikir Jika Ada Gangguan Jin

Zikir ini hendaklah dibaca seelok2nya di waktu pagi dan petang.



1. SURAH AL – BAQARAH, AYAT 1-4





2. AYAT KURSI 





3. SURAH AL BAQARAH, AYAT 256





4.  SURAH AL BAQARAH, AYAT 257





5. SURAH AL BAQARAH, AYAT 284-286





6. SURAH AL IKHLAS




7. SURAH AL FALAQ






8. SURAH AN NAS 

 

Hizami, Nak Header Satu!

Salam petang u olsss...


Jom ikut ai join satu aktiviti la kot (sebab tuan belog kata ini bukan contest hehe..) anjuran blogger Cikgu Hizami.


(klik SINI atau banner kalau nak join yer)


'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab saya memang tercari2 siapakah yang bermurah hati nak hadiahkan saya header disebabkan kekreativitian saya dalam pembuatan header sangat2 terhad'
(tidak melebihi 20 patah perkataan)


Oleh itu ai nak tag Kak Deeya untuk amik bahagian sekali.

Follower ke 123

Salam u olsss...


Entri nie dibuat sebagai menghargai follower SHIDA yang sudi mem'follow' belog ai nie.






Kenapa ai letak gambar kucing sebagai image dalam entri nie???


Sebab tuan belog SHIDA nie seorang yang addicted dengan kucing. Kalau tak caya klik la gambar kucing tue untuk u olsss terjah belog SHIDA.


Disebabkan kesayangan dia pada 2 ekor kucing dia yang bernama ABEN dan BABY, maka dia mengabadikan gabungan kedua2 nama itu sebagai url belog dia.


Jadi pada sapa2 yang berkongsi hobi dengan SHIDA, bolehlah u olsss beramah mesra dan bertukar2 fikiran pasal kucing di belog SHIDA tue yer.





p/s : suka kucing tapi geli nak pegang lah.

Monday, July 18, 2011

Jumpa orang yang sama nama

Kejadian berlaku masa pergi Mesyuarat Pemurnian kat Hotel Seaview, Langkawi.


(kita berkongsi nama yang sama-sorang PUAN sorang CIK hehe...)


Masa nak daftar bilik dan disebabkan kelewatan ai sampai di hotel, maka petugas hotel letakkan ai satu bilik dengan urusetia.

Nak tulis nama kat buku, baru perasan 'Eh sama nama la'.

Akhirnya jumpa jugak orang yang senama dengan ai. Punyalah susah sebelum nie nak cari nama yang sejibik sebutan nama ai. Dah la sama nama, daapt duduk sebilik pulak tue.

Mula tue segan nak amik gambar dengan dia sebab yer lah urusetia tue. Tapi sebab salah sorang member tanya ada gambar tak bila ai post kat fesbuk pasai sama nama nie, trosss tekadkan hati ajak dia bergambar. Cuma gambar tue agak kabur sket.

Pencarian URL blogger paling unik

Salam u olsss...

Tadi masa ai tengah berblogwalking terjumpa satu tajuk entri dari salah seorang pengkomen belog yang ai baca. Ingatkan pengkomen tue senaraikan nama url blogger paling unik tapi rupa2nya itu adalah satu peraduan yang terbuka kepada sapa2 yang rasa url blog dia unik.


Dan disebabkan ini satu peraduan maka ai nak cuba nasib mengjoinkan diri.. ;)



~ Klik SINI atau banner untuk join yer ~


Peraduan nie anjuran blogger Che Mad.

Ai pertaruhkan url DONIA BELOG SELAMBER AKU iaitu slumberzgurll.

Ekcelli tak der lah unik mana pun url tue tapi saja2 test kan diri. Sebab ai pilih url tue ialah :

1. susah nak dieja - kebarangkalian orang lain guna dulu sangat2 tipis (sekali taip jer trosss diluluskan blogspot untuk guna nama tue).
2. kenapa SLUMBERZGURLL - sebab ai suka benda2 yang selamba dan ringkas. Tak suka nak serabutkan kepala otak jadi ai abadikan keselamberan itu dalam url belog.
3. ejaan antara SLUMBER dan GURLL tue ada huruf Z sebab nak menambahkan kedengungan sebutan.


Okehhh itu jer lah sejarah ringkas kenapa ai pilih URL tue. Ai nak tag kepada 2 orang blogger yang punya  URL yang unik juga iaitu Cik Tomyam | Matsen

Sunday, July 17, 2011

Susahnya nak solat di Seaview Hotel Langkawi

Salam u olsss...

Juz nak share pengalaman ai masa menginap di Hotel Seaview, Pulau Langkawi.





Dari luar tengok hotel nie memang okeylah untuk jadi tempat penginapan tapi setelah menghuninya baru alami kesiksaan itu.


Rabu lepas ai kena ikuti satu mesyuarat kat Seaview Hotel Langkawi ni. Jadi bertolak dari Jeti Kuala Kedah naik feri pukul 3.oo petang dan lebih kurang pukul 4.30 petang selamat la sampai kat Jeti Kuah dalam keadaan kepeningan (lama tak naik feri, agak kemabukan skettt).

Dalam pukul 5.00 petang, mula check ini kat hotel. Dapatlah bilik di tingkat 3. Ingat nak sembahyang Asar dulu sebelum mula berkemas barang. Tengok siling kat atas cari arah kiblat tak dak pun. Lepas tu selongkar pula dekat laci meja solek dan almari kot terletak penunjuk arah Kiblat dalam tue. Pun tak jumpa jugak.



(bilik punya cun tapi servis hampehhh)


Malas nak memeningkan diri, ai col kaunter depan dia minta bantuan. Ada sorang perempuan angkat dan lepas tanya nombor bilik ai, dia kata kejap lagi dia antar orang untuk tolong tunjukkan. Tunggu punya tunggu dekat 30 minit, tak sampai2 jugak orang hotel nie. 


Ai col lagi kali kedua, dia tanya ai tak sampai lagi ker?


Tunggu dalam 5 minit lagi tengok tak ada tanda2 dia nak mai pun, ai tawakal jer lah soalt berdasarkan arah matahari.


Lepas tue masa tengah seterika baju kat luar kebetulan ada seorang tetamu yang satu aras dengan ai pun nak seterika maka ai tanya dia arah kiblat yang betul.


Disebabkan salah arah kiblat, trosss ai ambil wuduk lain nak solat semula. Masa tengah berwuduk tue dengar loceng bunyi, rupanya staf hotel tue baru nak mai tunjukkan arah kiblat.


Alahai baru tanya arah kiblat pun dah macam nie servis dia, agaknya kalau tanya yang lain mau makan masa 2-3 hari kot.






p/s : nanti pergi Langkawi tak nak dah la tinggal kat hotel tue walaupun dekat dengan pekan Kuah!!!

Hukum meluruskan rambut

Baca dalam METRO AHAD tadi kat ruangan 'Anda Musykil, Dr Mashitah jawab'.

Soalan ditanya lebih kurang macam nie.

Baru2 ini suami menyuruh saya untuk meluruskan rambut (rebonding). Apakah hukum meluruskan rambut walaupun mendapat keizinan suami? Adakah amalan saya diterima Allah?






Jawapan yang Dr Mashitah bagi ialah.

Hukum meluruskan rambut adalah HARUS, apatah lagi bagi seorang wanita yang berkahwin tambahan pula ia adalah sesuatu yang disukai suami. Mungkin ia dapat mengeratkan kasih sayang antara puan dan juga suami malah ia  adalah dituntut bagi suami isteri melakukan perkara yang boleh mengharmonikan rumha tangga.


Jadi kepada sesiapa yang dah melakukan teknik rebonding tue, pasti senyum sorang2 lah sebab benda tue diharuskan dalam Islam.




p/s : tetiba rasa nak pergi Rebond pulak ekkk...

Akhirnya boleh berbelog dengan selesa!!!

Salam u olsss...

Selama beberapa hari nie asyik berbelog kot henpon jerrr rasa tak puas. Sebab tak boleh nak berblogwalking tinjau belog kawan2. Dah tue, asal buka belog kot henpon jer mesti bateri akan abis (mungkin belog terlalu berat sampai tak tertampung).


Jadi hari ini rasa selesanya dapat tengok belog melalui PC, sempat la jenguk mana2 entri kengkawan yang tak sempat nak baca.


Kalau ikutkan ai jarang berbelog kot henpon tapi sebab masa tue tengah dilanda keboringan dan terlalu addicted nak berbelog bak kata mat joe, maka ai online jugak laaa.




Nasib baiklah masa stay kat Seaview Hotel Langkawi tue ada wireless, jadi tak der lah diri ini dilanda kebosanan tahap melampau.





p/s : macam2 nak taip nie tapi amik mood dulu laaa hehehe...

Thursday, July 14, 2011

Gian nak Bersiaran...

salam u olsss...

Masih bersiaran dari henpon yea sementara menunggu azan maghrib..still gian nak online sebab keboringan gler kat sini.

Tadi baru aja balik dari Haji Ismail Group. Sangat2 tak eksaited nak beli apa2 pun sebab tak dak hati nak mai sini.

Tengok ahli kumpulan semua pakat usung barang penuh di tangan tapi ai sket pun tak teruja.

Tak sabar menanti esok nak balik..kerinduan sesungguh hati..


P/s : sibuk ker inCIk? Sudah 2 ari tak dengaq jantan voice u...

Wednesday, July 13, 2011

Nak jugak ONLINE!!!

Baru sampai di Pulau Langkawi (try online guna henpon). Disebabkan keboringan tahap melanda, nak jugak online...

Lama dah tak naik feri, agak2 mabuk sket..huhu baru jea sampai tros ingat rumah..uwaaa nak balik..tak best dok sini.


P/s: cepat2lah Jumaat menjelmakan diri :(

Tuesday, July 12, 2011

Jangan Penuhkan Hospital dan Klinik Selepas Raya

Salam u olsss.

Hari nie ai nak sharekan dengan u olsss satu artikel yang agak menarik bagi ai.


'JANGAN PENUHKAN HOSPITAL & KLINIK SELEPAS RAYA'

Artikel nie hasil tulisan Puan Yati Rohana Rahim, Editor Pengurusan Kanan RASA kat dalam ruangan 'secangkir kata'.

Ai petik sket apa yang dia kata tue.


(kredit to GOOGLE)


Sesungguhnya Syawal ialah hari kemenangan bagi ummah dalam melawan nafsu. Bertemu dan menjamu selera dengan aneka masakan, kuih muih dan minuman yang 'berat-berat', sebenarnya satu lagi cabaran untuk kita. Bayangkan selepas satu bulan menahan selera sudah tentu perasaan untuk menjamu tekak terasa meluap-luap. Apatah lagu, jika dihidangkan barisan makanan yang enak2 belaka pastinya cepatlah kita terlupa dengan latihan menahan lapar yang telah dijalani sepanjang bulan Ramadan.

Ada yang berkata, "Apa salahnya setahun sekali kita makan sepuas hati, nanti dietlah balik".

Pemikiran sedemikian akan menjerat kita kepada masalah kesihatan selepas raya. Almaklum, makanan2 hari raya amat tinggi kandungan gula, garam dan kolesterol. Jadi jika diambil berlebihan sudah pasti mengundang masalah seperti kepala terasa pening, darah tinggi serta peningkatan kadar gula dalam badan.

Jika hal ini berlaku, semestinya pengunjung2 klinik swasta dan hospital akan bertambah dari hari kebiasaan.

Jadi sebelum u olsss terperangkap dengan permasalahan ini, ambillah langkah pencegahan dengan mengawal pemakanan setiap masa.






p/s : Selamat Berpuasa Syaaban pada yang tengah ganti posa tue hihi...


Monday, July 11, 2011

Ruqyah | Pernah buat?

Salam u olsss...


Nak tanya u olsss pernah tak buat RUQYAH? Ker u olsss tak tahu RUQYAH tue apa hihi...







Kalau u olsss selalu tengok program AL KULLIYAH kat TV3 atau pun sinetron Indonesia, mesti u olsss pernah tengok RUQYAH tue macam mana.


Semalam ai ada join satu sesi RUQYAH yang tengah buat promosi kat kawasan tempat tinggal ai.


Masa nak pergi tue rasa cuak jugak sebab dok tengok dalam TV, bila ayat2 Ruqyah mula dibacakan, esakit akan mula beri tindak balas yang menakutkan kalau ada sesuatu di dalam badan.


Tapi alhamdulillah sesi yang ai pergi nie, tengok tak ada lah tindak balas yang luar biasa dari pengunjung. Mungkin sebab baru pertama kali melakukannya.


Ingat hari nie nak kongsi dengan u olsss pasal RUQYAH tue tapi terlupa pulak bawa nota. InsyaAllah nanti kalau ai ada bawa, ai kongsikan dengan u olsss semua yea.





p/s : rupanya RUQYAH nie boleh dibuat sendiri di rumah.

Sunday, July 10, 2011

Sudah temui jawapannya | Sapa pandai tafsir mimpi?

Salam u olsss...

Ingat tak hampir 2 bulan yang lalu ai ada pernah menaikkan satu entri menanyakan sesapa yang pandai tafsir mimpi. Kepada yang terlupa boleh rujuk kat SINI naa.

Dan ada jugaklah 2 orang pembaca yang mengulas kat ai macam kat bawah nie.



Thanks pada matsen dan akubiomed atas segala komen dan keperihatinan u olsss berdua.

Kali nie, ai nak bagi tau yang ai dah dapat jawapan untuk persoalan yang ai pernah utarakan. Cuma jawapan tue tak adalah terperinci sangat seperti mimpi ai.

Masa ai tengok Program 'TANYALAH USTAZ TV9' hari Jumaat yang lepas, kebetulan panel jemputan Ustaz Syarhan (pakar perubatan Islam) sedang menjawab persoalan yang lebih kurang sama macam mimpi ai tue.

Ini jawapan yang Ustaz Syarhan tue utarakan iaitu:

Jika bermimpi dipatuk ular, bermaksud sihir tue sudah meresapi masuk ke dalam badan.

Jika bermimpi dibelit ular, bermaksud sihiri sedang menjengah peluang nak masuk.

Sama halnya jugak jika bermimpi bermain dengan ular.


Jadi ai buat kesimpulan yang mimpi berkiatan dengan ular bermaksud ada seseorang berniat nak menyihir kita atau berbuat sesuatu yang tak elok pada kita atau keluarga.


Dengar apa jawapan tue, buat diri rasa takut dan diselubungi misteri saja. Apa2 pun macam akubiomed kata selalulah berdoa meminta pertolongan dari Allah s.w.t. sebab hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui akan segala sesuatu. Tak berniat atau bercadang pun nak selidik atau panggil pasukan CSI tolong siasat siapa punya angkara. Hanya percaya semua tue adalah qada dan qadar yang telah ditetapkan pada semua manusia.




3 jari pecah berdarah!

Lewat malam Jumaat yang lepas, dapat berita my iNcIK mengalami kecederaan ketika sedang bekerja.

Kaget + terkejut jugak dengaq stori dari dia. Jari sebelah kanan termasuk dalam mesin masa tengah kerja tue. Habis 3 jari dia pecah berdarah. Kesianlah nak makan pun tak boleh. 


(gambaq ihsan google jerrr)



Ai nak tolong pun tak kedapatan sebab iNcIK jauh sangat dari daratan.

Apa yang boleh buat hanya berdoa supaya jari iNcIK cepat sembuh sebab nanti iNcIK makin kuruih lahh kalau tak makan...





p/s : patutlah 3 hari tak col, rupanya jari tak leh mendail...:(

Thursday, July 7, 2011

Ada ucapan lain selain "HELLO"???

Salam u olsss...

Hari ini rasa malasnyer nak buat apa2 kerja pun termasuklah nak menaip nie padahal semalam terlebey rajin sampai 4 entri sekali post hihihi...

Kemalasan nie sebenaqnya rentetan dari tahap keboringan yang melanda diri ai akibat tugasan kerja yang sama tiap2 hari.

Mai2 keje dengaq bunyi telefon, hanya ini jer yang selalu ai cakap --> HELLO







Dari pukul 8.00 hingga 5.00, hanya ayat HELLO jerrr yang dicakapkan.

Agak2 u olsss, ada tak ucapan lain yang boleh dituturkan selain ayat HELLOOOOO........






La nie dengar telefon bunyi pun dah sangat2 menyampahnya. Kalaulah ada robot boleh tolong jawabkan, alangkah indahnya donia ini.




Wednesday, July 6, 2011

Maaf, tiada niat nak menipu!

Sambungan dari entri INI!




Jika boleh menipu untuk kebaikan, itulah yang cuba dilakukan.

Maaf tiada langsung niat nak menipu tapi untuk tidak memanjangkan keadaan terpaksalah mereka ayat yang bukan2.

Hadoiii tetiba rasa bersalah sangat2 pulak cakap macam tue. Sungguh tak sangka soalan itu yang akan ditanya. Nasib baik tak tergagap2 nak menjawab hehe...

Sorilah u ekkk..Kalau i bagitau jawapan yang sebenaqnya, nanti u kecik ati lak. Tue la u sapa suruh u memandai2 anggap benda tue ditujukan buat u. Haiyaaa sikalang u buat i tambah fenin.







p/s: Terlajak kerete boleh undur balik, tapi terlajak menaip orang dah salah anggap.

Haiyaaa adik, u bikin sis saspen laaa!!!

Semalam malam masa tengah rileks santai sambil baca novel, tetiba bungi kring kring (henpon buruk bunyi camtue laaa sob sob...).

'Eh nombor fon sapa lak nie?'

Maka dengan lemah lembutnya jawablah panggilan itu.

Kedengan suara seorang perempuan. Warkkk takutnya girlpren sapa col ai nie (dup dap dup dap dalam hati sebab dari pukul 8.30 - 10.00 dapat panggilan dari 3 orang membe yang lelaki yang kebetulan single mingle).






Mula mukadimah dia sebut macam nie 'ini mak...', lagilah bertambah cuak. Haishhh mak sapa lakkk dari ketiga2 orang tue nak marah.

Bila dia habiskan ayat selepas tue 'ini mak N...' trosss ooooo...senyum sorang2 dalam hati. 

Rupanya itu panggilan dari mak seorang kenalan ai yang bertugas di Selangor. Anak dia, N nak datang ke opis ai dan pagi sebelum tue N dah mesej nak minta tolong amik sesuatu dari family dia (kebetulan N senegeri dengan ai).

Tapi sungguh tak disangka N minta mak dia sendiri yang call nak tanya lokasi perjumpaan.

Haiyaaa adik, u bikin sis berada dalam keadaan saspen jer..Lain kali mesej lah dulu bagitau yang sis kena deal direct dengan ur mum.....Memang nak kena ketuk kepala laaa adik nie.





p/s : moral of da story --> dengaq dulu bagi habih sebelum pikiaq macam2 hehe...

Gerai saya nombor EIGHT!!!

Hihihihi....

Gelak guling guling dulu sebelum bagitau u olsss....opsss tak baik gelak banyak2. Okehhh lets start da stori...

Alkisahnya kat opis ai ada buat tempat sewaan kiosk bagi peniaga luar cari rezki kat sini. Dalam banyak2 peniaga tue ai tertarik dengan gelagat seorang peniaga nie.



(sumber dari google)



Setiap kali dia berurusan dengan orang pejabat, mesti akan speaking London punya lah walaupun sebutan ayat dia satu2. Salutelah sama dia walaupun cakap omputih tak berapa lancar tapi dia tetap nak cakap gak.

Tadi dia dok berurusan dengan salah seorang orang kuat kiosk nie kat depan ai. Mula memang tak amik kisah pun apa dia berdua cakap sebab sibuk menaip entri lagi pula tak terkeluaq lagi ayat omputih dia.

Tapi bila orang tue tanya dia 'gerai awak no. 8 kan?'. Dengan selamba dia jawab, nombor EIGHT. Ai yang dengaq dah senyum sumbing sorang2 hehe...

Pastu terkeluaq lagi ayat dia. 'Dokumen awak nie tak cukup.' Selamba jugak dia kata macam nak perbetulkan ayat. 'NOT ENOUGH'

Hahaha ai dah rasa macam nak terhambur gelak dah dengaq perbualan depa dua nie seterusnya.

Membe opis ai nie dah terkulat2 tengok gaya dia. Last2 membe nie trosss speaking London jugaklah.





p/s: teringat pepatah --> MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG HARIMAU MENGAUM!


Tipu Sunat untuk Kebaikan?

Salam u olsss...

Nak tanya u olsss betul ker ada istilah TIPU SUNAT ekkk???



(gambar sekadar hiasan-dari google)


Boleh ker seseorang tue menipu demi kebaikan dan kesejahteraan kedua2 belah pihak?



p/s : rasa bersalah pulak menipu macam tue...

Tuesday, July 5, 2011

Kita Insan Biasa

Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu...

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Kusedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa...
 
  

Tolonglah jadi insan prihatin

Salam u olsss...



Sebenarnya dah lama ai nak citer pasal hal nie cuma hari nie baru berkesempatan nak tulis.

Itupun sebab pagi tadi ai terserempak lagi dengan situasi berkenaan. Sebenarnya ai nak story sket pasal kesah AMBULANS dan sirennya yang neno! neno! tue...

Alkisahnya kenapa pemandu2 yang menggunakan jalan raya tiada sifat prihatin ekk?? Dari kejauhan sudah terdengar bunyi siren ambulans tapi masing2 ambil sikap buat tak dengar. Ai lihat tak ada sorang pun yang menginjak beri laluan kepada AMBULANS nie. 

Cuba u olsss bayangkan kalau pesakit di dalam AMBULANS tue salah sorang ahli keluarga u olsss, mesti bengangkan dengan sikap pemandu2 kereta nie.

Benda nie bukan sekali dua ai tengok, tapi dah berkali2 terjadi. Agaknya lepas nie kena ada polis escort ambulans kot  baru kenderaan2 nie semua nak bagi laluan.

Buat semua pengguna jalanraya tak kisahlah apa jenis kenderaan yang anda pandu, TOLONGLAH JADI SEORANG MANUSIA YANG LEBIH PRIHATIN bila terdengar siren2 kecemasan. Jika anda tak mampu menjadi seperti doktor merawat pesakit, sekurang2nya sikap prihatin anda dapat membantu orang yang sakit dapat rawatan dengan cepat. Ingatlah hari ini hari mereka, entah esok entah lusa hari anda pulak!


Monday, July 4, 2011

Mummy Qila & Ariq First GA

Permulaan entri untuk bulan Julai dimulai dengan entri berkaitan contest. Udah lama tak join apa2 contest jadi kali nie nak join contest dari blogger Marsha a.k.a Mummy Qila dan Ariq.





Blog SELAGI ADA MATAHARI, BULAN dan BINTANG nie merupakan blog yang harus dibaca setiap kali ai login kat blogspot. Bila view blog jer mesti akan tercari2 blog  SELAGI ADA MATAHARI, BULAN dan BINTANG ini nak baca entri terbaru yang kak Marsha coretkan.

Ai mula rapat dengan dunia blog setelah berkali2 membaca coretan hati kak Marsha. Buat tergelak sorang2 bila baca perihal dirinya dan keluarga terutama sekali bila baca telatah Qila dan Ariq.

Suka baca cerita pasal hidup Kak Marsha dengan anak2, kisah perchentaan dengan hubby dia yang walaupun jauh di mata tetapi tetap romantik. Cerita2 yang disampaikan kak Marsha terasa dekat di hatilah. Rasa macam terbawa2 ke dalam cerita itu.

Apapun sempena bulan Julai nie, ai nak wish HAPPY 4th ANNIVERSARY untuk Kak MARSHA dan HUBBY. Semoga kekal romantik hingga ke akhir hayat.

Ai tag kepada semua pembaca blog nie, kalau nak join contest ini klik SINI yea!





Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke