Tuesday, May 31, 2011

Sapa pandai tafsir mimpi?

Hai u olsss...

Ai nak tanya kat u olsss semua yang baca nie kot sesapa pandai tafsir mimpi.

Sebab ai dok search dalam google tengok maksud diberi macam tak berapa nak boleh percaya 200% sangat. Sebab apa yang ai dapat dari google dengan apa ai dengaq dalam TV agak bercanggah sket maksud. Hari tue ai dengaq seorang ustaz nie bagi maksud berkaitan apa yang dok mimpi nie tapi ai boleh terlupa pulak apa dia cakap.

Jadi hari ini ai naklah tanya u olsss kot boleh tolong huraikan maksud mimpi ai nie.



 (gambaq tak der kaitan dengan persoalan - sebab tuan belog takut nak letak pic mangsa hihi)



Mimpi nie dah dua kali terjadi kat ai (harap2 tak der kaitan dengan sapa2 pun).

1. mimpi ular berwarna hitam masuk dalam rumah tapi asyik mengekori ai sehingga ke ruang tamu

2. mimpi ular berwarna kuning bersedia nak patuk tapi ai berlari sambil memegang seorang budak kecik


Bila terjaga lepas mimpi macam tue, mesti secara automatik akan rasa sesuatu kat kaki macam ada benda gigit tapi dok tenung tak nampak kesan apa2 pun.


Pada sapa2 yang pakar bab mimpi nie, bolehlah bantu ai menyelesaikan kekusutan ini.




p/s : buat pertama kali dalam sejarah, makan nasi tak habis pun...apakah ini akibat???

Yeahhhhh i'm back!

Assalamualaikum...

Hari ini ai kembali bekerja setelah 4 hari bersenang lenang bercuti2 Malaysia.

Ingatkan hari ini setelah bercuti panjang, dapatlah naikkan mood untuk bekerja tapi rupa2nya hampehh hihi... Sampai2 jerrr kat depan pondok pengawal trosss rasa lemah semacam jerrr..Trosss rasa bohsannyerrrr nak kerja. Alahai kalaulah ini pejabat ana yang punya pasti dah sambung coti2....

Apa2pun kena juga bekerja demi mencari rezki untuk sesuap nasi (sebab duit dah berkurang huhu...). Demi tanggungjawab pada negara, saya yang menurut perintah.

Okehhh nanti ai hapdet ke mana ai menghilang selama 4 hari nie yerrr.. Adakah pergi mengubati hati yang luka ataupun enjoy tak hengat donia??? Tunggu yerrrrr (walaupun membebel sorang2 jer tak der orang nak baca kan hihi).



p/s : oh jam cepatlah kau bergerak sebab daku tak sabar nak punch out dah!!!

Thursday, May 26, 2011

Yahuuuu nak bercuti

Hai...Salam u olsss

Sekadar makluman saja! (bajet macam ada orang baca kan hihi...)

Selama beberapa hari akan datang belog ai akan berusang tanpa sebarang entri sebab tuan punya belog ingin bercuti...

Bercuti ke mana? Haaa nanti ai update naaa sekembalinya ai ke opis nanti.

Jadi maaflah yerrr kepada yang datang berkunjung ke belog ini sebab tiada entri baru akan dipublishkan sepanjang tempoh ai bercuti. hihi... (sebenaqnya malas nak update bila tengah cuti )

Doa2kan sekembalinya ai dari bercuti, prestasi kerja akan meningkat dan mood akan ceria2 selalu yea...

Buat guru2 dan pelajar2 sekolah yang akan mula bercuti esok (bagi Kedah, Terengganu dan Kelantan) selamat bercuti selama 2 minggu yer dan selamat makan kenduri yaaa sempena cuti persekolahan ini.

Prestasi kerja mula menurun



Sekarang nie prestasi kerja rasa2 makin menurunlah. Dari tiptop mula menjunam ke bawah. 

Semua gara2 dah tak larat nak melayan kerenah orang yang memeningkan kepala otak. Mood pun mula berubah. Haishhh boshhh cepat2 tukarkan saya. Even ai suka kerja di sini tapi sangat2 stress kena berhadapan dengan masalah yang sama tiap2 hari.

Kalau berterusan macam nie, agaknya macam manalah nak buat kerja.



p/s : banyak benda nak ceritakan tapi sebab tensen sangat2 tangguh dululah.

Wednesday, May 25, 2011

PERODUA Lagi Best?

 



Anda rasa anda peminat setia PERODUA??? Ingin memenangi wang tunai sehingga rm10,000 atau iPAD 2???
Jika jawapan anda YA, maka cubalah untuk jadi antara yang bertuah di kalangan peminat PERODUA.

Apa yang perlu anda buat ialah hanya menghantar video nyanyian, tarian atau lakonan anda ke laman FACEBOOK rasmi PERODUA (taipkan kata kekunci "Perodua Lagi Best" untuk carian dalam FaceBook).

Mudahkan. Jadi tunggu apa lagi. Cepat2lah layari laman rasmi PERODUA untuk maklumat lanjut!




AWAS! Anda sedang diperhatikan


Apa perasaan u olsss kalau hidup u olsss diperhatikan ATAU kehidupan harian diintai?






Mesti u olsss akan berada dalam suasana yang tidak selesa, takut2 nak buat sesuatu atau pergi mana2 nak berteman?






Itu situasi yang tengah ai alami sekarang nie. Pagi tadi tetiba dapat mesej dari seseorang yang tak dikenali bertanya kenapa ai diam jer bila ditegur. Bila ai tanya kita pernah jumpa ka dan dia menjawab rasa2 u pernah tak?

Bila dia soal balik macam tue, trosss rasa cuak jugaklah. Sapa pulak dia nie yang boleh tanya macam tue. Haishhh trosss jadi takut jerrr adakah ai sedang diperhatikan seseorang. 

Cuma ai tak buatlah perangai macam kucing kat atas tue bersembunyi bawah kertas sebab macam tak muat jerrr nak duduk bawah kertas hehehe...

Agak2 u olsss kan sapa lah insan misteri tue? Takkan 'i' plak kot!  Musykil musykil...

Apa2 pun ai nak share dengan u olsss satu gambaq yang ai jumpa kat google bila ai taip ayat 'takut'....Selamat melihat yer...









Tuesday, May 24, 2011

Senyumlah walaupun tengah marah

U olsss tau ai hanya membilang hari saja sekarang nie...Lebih kurang 2 minggu lagi tarikh itu akan menjelma.

Jadi sekarang nie ai tengah mempraktiskannya sebelum dilaksanakan nanti.


U olsss jangan pikir apa2 lak tau bila ai cakap tengah membilang hari...Semuanya kerna tajuk ini hihi...


Sebenaqnya ai kena attend satu seminar mesra pelanggan yang akan dibuat di Putrajaya awal bulan Jun nie.


Seminar nie bertujuan antaranya untuk meningkatkan komitmen, penghayatan serta amalan senyum ketika menyampaikan perkhidmatan. Huiii ayat meningkatkan amalan senyum tue yang buat ai nak sengih sorang2 jer...Camner rupanya nak buat amalan senyum ni kan?


Nanti kalau kena marah pun ai tetap kena pamer senyuman jugaklah. Agak2nya senyuman dalam kemarahan jadi dak muka cam baby kat bawah nie hehe...





Apa yang penting macam stick note kat bawah nie.



Tak pun ikut macam tajuk lagu Malique dan Najwa --> SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA!




p/s : nanti kalau ada kesempatan bolehlah berjumpa blogger notty_yntz sebab dia dok Putrajaya.

Kahwin Lewat Satu Trend Kerrr???

Pagi tadi masa tengah bersiap2 nak pergi kerja, sempat tengok ulasan akhbar yang dibuat pengacara Selamat Pagi Malaysia berkenaan topik utama kat akhbar Utusan Malaysia --> LEWAT KAHWIN SERIUS




Kat sini ai nak petik sket apa yang dibincangkan dalam akhbar Utusan tue.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Dan disebabkan topik tue ada kaitan dengan ai, maka ai nak jugaklah share dengan u olsss semua pasal isu kahwin lewat. Sebelum nie pun ai ada buat entri pasai isu kahwin nie kat SINI cuma ulasan ai dibuat secara umum sahaja.

Sebenaqnya alasan macam dalam akhbar tue cakap iaitu 'tidak ada calon yang sesuai' tue pun antara salah satu sebab kenapa ramai wanita hari ini kahwin lewat. Tapi bukan bermaksud CALON YANG SESUAI tue mesti kena dari golongan orang kaya ker putera kayangan ker sebab SESUAI nie sesuatu yang subjektif untuk diberi pengertian.

Macam ai sendiri pernah terlibat dalam isu TIADA CALON SESUAI cuma orang itu dikategorikan tidak sesuai dari sudut TANGGUNGJAWAB (sebab tue sampai sekarang tak kahwin lagi hehe...)

Bila sebelum kahwin seseorang sudah melepaskan TANGGUNGJAWAB dia, u olsss agak2 selepas kahwin dia ada TANGGUNGJAWAB tak??? Sebab apa tau ai tanya macam tue? Sebab ai sendiri pernah merasai pengalaman macam tue tapi itu bukan bermakna ai dah serik nak rencana soal kahwin cuma ai kena berhati2 jer lepas nie.

Agak2 u olsss kan kalau duit hantaran dan mas kahwin, pihak perempuan kena sediakan sebab pihak lelaki bagi alasan duit dia dipinjam kawan yang nak melabur skim cepat kaya boleh ker dipercayai???

Atas alasan tuelah ai katakan si dia nie tak BERTANGGUNGJAWAB tau bukan sebab ai nie kedekut atau berkira duit tapi sebab si dia nie dah buat benda yang serupa pada perempuan lain. Niat utama dia ialah untuk mengikis duit perempuan.

Syukur alhamdulillah bila ai cepat2 tersedar akan hal ini itupun selepas ai balik dari umrah. Kiranya Allah s.w.t nak bagi petunjuk kat ai masa kat sana.

Itu salah satu pengalaman yang ai alami yang jadi penyebab kenapa sampai sekarang nie tak kahwin lagi.

Kiranya masalah kahwin lewat nie bukanlah satu trend di kalangan wanita yang bekerja sebab setiap manusia baik lelaki mahu pun perempuan pasti berkeinginan melayari hidup berumah tangga sebab itu satu perkara yang normal dalam kitaran hidup seseorang insan bergelar manusia.

Untuk mereka2 di luar sana yang masih hidup membujang, cuba fahami petikan yang ai baca dalam web iluvislam berkenaan jodoh nie.



Monday, May 23, 2011

Tourism Malaysia dan Kesannya ke atas Tourism di Malaysia

Salam semua..

Anda semua suka tak melancong? Tipu lah kan kalau ada orang kata ‘saya suka duduk rumah saja’ sebab setiap kali saya keluar tengok betapa ramainya orang yang tak duduk di rumah sahaja. Sementelah Malaysia sendiri ada tempat2 yang menarik untuk dilawati kan?
Secara kebetulan, saya sekeluarga nak bercuti ke Terengganu. Bila saya semak kat pak cik google pasal pusat pelancongan di Malaysia, saya terjumpa sebuah web TOURISM MALAYSIA yang ada semua maklumat lengkap sebagai panduan untuk bercuti.

Sedikit info pasal TOURISM MALAYSIA ini merupakan sebuah web di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang diterajui oleh Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen. Malah TOURISM MALAYSIA pernah memenangi anugerah atas kecemerlangannya selama 2 tahun berturut2.


Bila saya klik pada menu Tourism Malaysia, saya dibawa ke sebuah web yang amat2 berguna sebagai panduan perjalanan. Disebabkan saya nak ke Terengganu maka saya cuba cari segala maklumat berkaitan Terengganu. Alhamdulillah pencarian saya berhasil bila saya diberikan senarai tempat2 menarik sekitar Terengganu seperti Istana Maziah, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Rantau Abang dan banyak lagi tempat2 yang ada yang mana anda boleh tengok sendiri kat gambar di bawah ini.


Sebut Terengganu mesti teringat keropok lekor dia kan?
Yang best tue bila anda klik nama2 tempat tue segala maklumat tentang tempat tue diberi. Kiranya MACAM-MACAM ADA lah (tiru konsep ASTRO jap hehe…).

Bagi yang gemar ke pulau, pastinya Pulau Redang menjadi destinasi pilihan macam saya nie. Akibat terpengaruh dengan keindahan Pulau Redang seperti saya tengok dalam rancangan 3 hari 2 malam kat TV9, buatkan saya teringin nak ke sana untuk tengok matahari terbenam.

Namun, kata orang setiap kelebihan pasti terselit sedikit kekurangan tetapi bagi TOURISM MALAYSIA tidaklah terlalu ketara kekurangan itu Cuma terdapat sedikit kelemahan yang saya rasa masih boleh diperbaiki supaya TOURISM MALAYSIA boleh diangkat sebagai salah satu kaedah untuk memajukan industri pelancongan Malaysia terutamanya kepada pelancong luar Negara amnya dan pelancong dalam negeri khususnya. Setelah saya menyelusuri hampir keseluruhan web ini, ada beberapa perkara yang boleh saya cadangkan untuk TOURISM MALAYSIA memajukan industri pelancongan Malaysia ke serata dunia. Antaranya ialah :

i. Membina imej – kegiatan-kegiatan seperti publisiti dan perhubungan awam dapat menampilkan imej positif firma dan juga produk di mata masyarakat. Contohnya, TOURISM MALAYSIA boleh mengambil pendekatan menaja rancangan atau program di televisyen dan radio supaya pengguna sedar akan kewujudan web ini.

ii. Penyampaian mesej yang lebih berkesan (gaya tarikan terhadap produk) – maklumat yang dipaparkan dalam web agak kurang mesra pengguna. Jika pembaca nak dapatkan maklumat lebih lanjut, pengguna perlu scroll hingga ke bawah untuk melihatnya yang adakalanya boleh membuatkan pengguna terlepas pandang sesuatu maklumat. Jadi disarankan maklumat itu diletakkan dalam keadaan menegak sebab saya lihat masih ada ruang kosong di sebelah kiri web.

iii. Dwi bahasa – ketika mula-mula membuka web ini, saya dapati maklumat yang dipaparkan ialah di dalam Bahasa Inggeris. Saya tercari-cari juga menu pilihan bahasa tapi tiada. Sepatutnya maklumat perlu dibuat dalam dwi bahasa kerana web ini juga dikunjungi warga Malaysia sendiri.

Secara jujurnya dari perspektif pandangan peribadi, saya rasa TOURISM MALAYSIA berjaya mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia. Keputusan melahirkan sebuah portal web mengenai TOURISM MALAYSIA bagi saya adalah satu langkah yang tepat untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.


Menggunakan kaedah pemasaran langsung iaitu pemasaran atas talian memudahkan sesiapa sahaja melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cara mudah, menjimatkan masa dan kos serta boleh didapati walaupun ketika musim panas, sejuk atau tengkujuh yang dapat menstabilkan promosi. Selain itu, pengguna juga dapat buat perbandingan mengenai harga dan perkhidmatan yang ditawarkan secara terus.

Web ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh pelancong dalaman tetapi juga untuk rujukan pelancong luar Negara kerna selain maklumat disediakan dalam Bahasa Inggeris, terdapat juga brosur mengenai destinasi pelancongan ini dalam versi pelbagai bahasa seperti Thailand, Japanese, Italian, Germany dan Indonesia.



Jadi kepada anda yang suka bercuti2 di luar Negara, apa kata cuba bercuti-cuti Malaysia pulak. Sokonglah industri pelancongan Malaysia kerna jika buka anda rakyat Malaysia sendiri, siapa lagi nak kenalkan Malaysia ke serata dunia. Jom kita melancong…




p/s : ini entri sempena Sponsored-Post yang diberikan saudara Eyriqazz kepada saya.  Maaf jika ayat2 terlalu formal.

Mempelam Harumanis yang hanya HARUM pada bau saja!!!

Hari Sabtu baru nie ai sefamily ke negeri sebelah dengan tujuan nak pi dengaq preview satu produk kesihatan. 

Puas memusing carik hotel yang katanya tempat diadakan, bila dah sampai dapat jawapan macam nie dari petugas hotel tue.
'Maaf cik, kalau ikut jadual kami, preview produk tue akan dibuat esok.'

Hadoiii dapat jer jawapan macam tue, rasa bengang gilerrrnya. Penat jer siap awal2 pagi nak pi dengaq.

Jadi alang2 dah dok Perlis amik kesempatanlah ronda2 situ. Pastu masa perjalanan balik tue tengok sepanjang jalan ada orang jual buah mempelam harumanis. Pastu berhenti lah kereta kat sebuah gerai nie yang dipunyai sorang pak cik tua.

Tanya dia sekilo baper pak cik. Dia cakap sekilo rm10. Okehh laa memandangkan buah nie hanya ada setahun sekali maka amiklah dua kilo. Tapi dua kilo pun adalah dalam 8 bijik saja.

Minta pak cik nie tolong pilihkan sebab dah dia tukang jual jadi dia lebih arif lah pasai buah tue. 

Masa bawak masuk buah nie dalam kereta, memang satu kereta bau sungguh harum. Padanlah dia digelar HARUMANIS. Memang harum dan sungguh manis.

Balik rumah tue trosss buka beg plastik nak tengok sambil makan. Tapi sungguh kecewa bila tengok keadaan buah tue. U olsss tengok lah sendiri pic yang amik semalam kat bawah nie.




Sungguh tak disangka pak cik tue tolong pilihkan buah2 yang buruk dulu untuk dijual. Ingatkan bagi dia pilih dapatlah yang terbaek.






Semalam ai kupaskan sebijik. Kalau u olsss perasan kat hujung bijik mempelam tue nampak kesan hitamkan haaa tue laa kesan buah yang dah buruk.






Memang tak puas hatilah makan buah tue sebab bukan senang nak tunggu musim dia setahun sekali. bila dah dapat, terkena yang buruk pulak.

Buat pak cik tue yang meniaga kat tepi jalan nak menuju ke Simpang Empat, bawak2 lah insaf. Tak berkat rezki pak cik menipu pembeli2. Jangan sebab perangai pak cik sorang, habis semua peniaga HARUMANIS digelar penipu. Kalau buah tue dikategorikan buruk, tak payahlah nak jual jugak. Kalau nak jual jugak pun, habaqlah kat pembeli buah nie buruk sket tapi boleh dimakan lagi.

Sunday, May 22, 2011

Help!!! | Kereta Honda City Warna Grey WST 525 Dicuri


Menerima mesej dari Seorang rakan blogger,Jogger (2 dari kiri) tengah hari tadi . Minta tolong semua untuk turut sebar-sebarkan berita ini (entry,Faceboook, etc) :

"Kereta Honda City Warna Grey WST 525 dicuri di Kinrara hari ini. Minta hubungi pihak polis jika ada ternampak "

P/s : Kereta yang dicuri itu adalah Milik Bro Jogger.

Minta tolong ya. Semoga dengan pertolongan anda semua, kereta itu dapat dijumpai semula. 
 
 
 
p/s/s : saya dapat email dari bro eyriqazz untuk tolong sebarkan. Jadi memang ada kesamaan entri dengan dia sebab saya copy paste trosss dari dia...

Thursday, May 19, 2011

Keputusan peperiksaan yang buat ai takut




Hari ini secara rasminya keputusan peperiksaan student kat opis dikeluarkan.

Bukan saja bebudak nie berdebar2 nak tahu keputusan mereka tapi ai jugak ikut berdebar2..Sebab kelmarin petang ai dapat amanah dari seorang mak cik nie.


Dia call dekat nak balik dah. Minta tolong cek keputusan anak dia. Katanya semester lepas, anak dia dapat 4 flat jadi dia berharap sangat tahun nie pun kekal lah keputusan tue.

Jadi pagi tadi ai call lerrr bahagian peperiksaan nak cek keputusan anak dia nie. Dengar saja pegawai tue sebut angka 3 trosss ai plak jadi takut. Bukan apa, cuma takut nak habaq kat mak dia. Takut mak dia kecewa bila dengaq keputusan anak dia menurun.


Sebab dah janji dengan mak dia, maka ai call jugak lah nak maklumkan keputusan anak dia. Dan seperti dijangka, memang mak dia keciwa sket laa bila anak dia tak dapat maintain 4 flat.


Masa tue ai hanya boleh minta dia bersabar jer la. Mungkin bukan rezki anak dia untuk dapat 4 flat tue. Tapi kalau ikut secara keseluruhan, keputusan tue tetap yang terbaeklah untuk dapat tempat di universiti.



Are you a Facebook addict ???

Wednesday, May 18, 2011

Herbalife - Sapa pernah guna?

Salam u olsss...

Sebenaqnya hajat di hati nak taip entri nie di awal2 pagi lagi tapi sebab dari mula buka kaunter sampai ke sekarang, tak henti2 dapat panggilan maka terpaksalah curik2 masa la nie untuk menaip jugak.


Cuma nak tanya jer pada sapa2 yang pernah guna Herbalife? Apa pendapat u olsss ekk? Okey tak Produk nie?




p/s : hanya sempat menaip sependek itu saja...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Yang Ke 40



'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'


Itu tema hari guru untuk tahun ini. Setiap tahun 16 Mei menjadi satu tarikh penghargaan buat guru2 di seluruh Malaysia. 


Dan kat opis ai kejap lagi ada buat sambutan hari guru peringkat kolej tapi boleh kerrr buat sambutan ekkk? Bukan apa sebab kat sini semua PENSYARAH bukan GURU jadi boleh kerrr diadakan sambutan hari guru...Tak per just wait and see jer laaa jatuh tak martabat depa2 nie bila turut serta dalam sambutan hari guru nanti. Opsss bagi yang tak tahu meh ai citerkan. Pensyarah2 kat opis ai nie kerek sket tau. Depa nie tak benarkan we olsss semua panggil depa nie 'chegu'..Sebab katanya depa bukan 'chegu' tapi PENSYARAH.


Okehhh laaa tak boleh membebel banyak nanti nama dicalonkan ke anugerah BPA pulak kan kak Dee... ;)


Sempena sambutan hari guru hair ini, ai nak amik kesempatan nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah mengajar ai secara langsung dan tak langsung serta teristimewa untuk my sis yang jugak seorang guru a.k.a chegu...







(p/s : tensen bangat semalam intenet kejap ON kejap OFF sampai nak lepak belog kengkawan pun tak boleh)

Taking up the #nestlebliss 14 days challenge. Have you done yours?

Thursday, May 12, 2011

Anak mak cik boh Nufneng kat belog dia

Hai u olsss...

Ingat lagi citer ai semalam sesuatu tentang Nuffnang kat Shah Alam? Pada yang lupa boleh la rujuk entri Hapdet Citer di Shah Alam ini yer.





Dan ai ada mendapat pertanyaan macam nie kat ruangan komen ai semalam.

.
Sebenaqnya bukanlah Myvitrd. Sajer jerrr buat ayat saspen semalam tapi memang betoi2 ada kaitan dengan Nuffnang.


Cerita nie berlaku masa ai dengan 2 orang kawan tengah sarapan kat kafe hotel tue. We olsss duduk sebelah meja makcik2 dan sorang pakcik nie.


Mula tue buat tak kisah jerrr mereka dok menyembang sambil memenuhkan meja dengan makanan tapi ai mula pasang telinga bila dengaq depa nie dok sebut pasal belog dan Nuffnang.


'Anak aku ada belog tau. Dalam belog dia cerita macam2 kisah kami sekeluarga. La nie dia pasang Nufneng (cara mak cik nie sebut) kat belog dia. Dia boleh dapat duit tau dengan pasang Nufneng nie. Pastue la nie dia dok tolong buat web untuk sapa2 yang tak tau buat'


'Tue lah aku pun ada dengaq gak pasai Nufneng nie yang boleh dapat duit. Aku suka baca satu belog nie tapi aku lupa dah nama dia. Syok lah baca kisah dia melancong kat macam 2 tempat.'



Sambil mulut penuh dengan makanan. makcik2 nie rancak lah bercerita pasal belog dengan Nuffnang sambil sekali sekala sorang pak cik nie menyampuk.


'Tapi aku lupa lah nama belog anak aku. Tak pa, hang cari dia kat fesbuk aku tue nama anak aku. Pastue hang bukak fesbuk anak aku tengok nama belog dia.'


Itulah yang ai nak kongsi dengan u olsss semua tue bila ai kata ada sesuatu pasai Nuffnang di Shah Alam. 

Tak sangka ekkk mak cik2 pun kenai apa itu Nuffnang. Ai yang dok berbelog nie pun baru tahu pasai Nuffnang tahun lepas. Tue pun sebab dok tengok ramai blogger dok cerita pasai Nuffnang nie.

Rupa2nya Nuffnang nie dah terkenal di merata tempat yer...Kira dah glamer la Nuffnang nie ekk sampai boleh jadi bahan bualan makcik2 bila dok makan.

Buat duit dengan Nuffnang Grapevine

Salam u olsss...


Pagi2 buka web, ai ternampak satu cerita kat belog Myvitrd pasal Nuffnang Grapevine...Myvirtd a.k.a AHM kata boleh jana pendapatan melalui Nuffnang Grapevine nie. Bila sebut pendapatan jer, mesti laju2 jer ai klik nak tahu lanjut hehe...


Jadi kat sini ai nak share lah dengan u olsss semua bagi sapa yang masih tak tahu lagi. Mai sini orang2 blog sekalian dengaq apa ai nak habaq nie...


Nuffnang kini ada sesuatu yang baru yang akan membuatkan blogger2 sekalian tertarik hati. Sekarang nie, u olsss semua boleh berkongsi iklan2 menarik dengan kengkawan u olsss DAN boleh dapat ganjaran pada masa yang sama dengan Nuffnang Grapevine!





Apa yang perlu u olsss buat sangat2 lah mudah. Hanya melalui 2 langkah pantas, u olsss semua boleh dapat ganjarannya. Macam gambaq kat atas tue dah terang apa 2 langkah yang perlu diikuti tapi kalau u olsss masih tak paham lagi meh ai jelaskan kat bawah nie.

1. Hanya klik mana2 4 ikon ( twitter | facebook | messenger | email ) untuk mula berkongsi iklan itu, tapi kalau u olsss rasa nak sebarkan ia menggunakan selain dari 4 ikon yang dinyatakan, u olsss hanya klik ikon 'SHARE' untuk copy link berkenaan dan mulalah berkongsi di mana2 platform yang u olsss inginkan.

2. Selepas berkongsi, anda perlu masukkan alamat email anda di ruangan kosong disediakan, dan nantinya u olsss akan menerima satu email memaklumkan bagaimana cara nak tebus pendapatan anda melalui link yang u olsss kongsikan di langkah 1 tadi.

Mudahkan sekarang nie nak jana pendapatan melalui Nuffnang.

Kalau u olsss perasan, kat akaun ChurpChurp pun ada tambahan fungsi Grapevine nie macam gambaq kat bawah nie.

(klik pic ini untuk ketahui lebih lanjut pasai Grapevine di ChurpChurp)


Tapi yang bestnyer pasai Nuffnang Grapevine nie ialah tidak hanya terhad pada pendaftar Nuffnang aja tapi terbuka kepada semua pembaca blog yang tidak berdaftar dengan Nuffnang untuk berkongsi kempen yang ada dan boleh jana pendapatan jugak.

Jadi tunggu apa lagi u olsss. Cepat2 lah terjah Nuffnang dan ChurpChurp untuk ketahui lebih lanjut.

Wednesday, May 11, 2011

Hapdet citer di Shah Alam

Halluuuuu u olsss...

Cuma nak hapdet gambaq2 dan sket citer pasal pemergian ai ke Shah Alam baru2 nie...

Sebenaqnya ai bersama 2 orang kawan pergi ke Shah Alam sebab  nak mengikuti bengkel yang ibu pejabat buat.Bengkel selama 6 hari 5 malam tue melibatkan penglibatan semua cawangan di Semenanjung Malaysia.

Disebabkan bengkel ini agak sulit jadi ai tak dapat lah nak tunjuk kat u olsss gambaq2 dalam bengkel tue. Cuma tiga keping jer yang ai amikkan pun.

Bengkel ini dibuat kat GrandBlueWave Hotel kat Seksyen 14, Shah Alam. Cantik gak hotel nie. Bilik pun okeylah sangat2. Masa hari ke berapa tah ada program Tunas Kasih dibuat kat hotel nie yang dirasmikan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. Ingat nak jenguk jugak tengok secara langsung tapi tak sempat sebab program tue bermula lewat dalam pukul 3.30 petang.



Nie lepas sarapan pagi - sempat lagi posing dengan baju buruk yang mahal gilerrr tue. Kalau u olsss ingat entri ini mesti u olsss tahu citer pasal baju buruk tue. Hihi...






Inilah bilik hotel tempat we olsss menginap. Agak bersepah sket laaa sebab dah masuk hari yang ke berapa tah. Kalau u olsss perasan kat kerusi hujung tue adalah berjenis2 bag plastik yang sempat ai shopping kat Plaza Alam Sentral.






Ini dalam van pejabat ketika nak bertolak balik. Muka tengah happy sebab tengah dalam perjalanan nak ke SOGO. Hentian terakhir untuk membeli belah sebelum betoi2 we olsss bertolak balik ke rumah masing2.



p/s : ada sesuatu pasal Nuffnang kat Shah Alam..Nanti ai stori mori pasaipa ekk...

Tuesday, May 10, 2011

Jumpa Sony Dwi Kuncoro lah...

Nak citer kat u olsss nie...


Ai jumpa Sony Dwi Kuncoro lah hari Ahad malam yang lepas. U olsss kenal tak???







Haa tengok gambar dia kat atas tue agak2 u olsss kenai dak lagi? Apa tak kenal jugak kaa?? Isk isk u olsss nie sama macam ai lah hihi.. Masa jumpa dia malam tue ai tak tahu pun sapa dia nie. Lepas tue sambil minum2 tue dok dengaq lah tokey ayaq tue dok sakan cerita pasal mamat kat meja belakang tue.

Tanya member ai sapa tue? Owhhh rupa2nya itulah pemain badminton nombor satu Indonesia. Yang selama nie ai dok kenai pemain Indon pun hanyalah Taufik Hidayat ajer...

Meh ai kongsi sket maklumat pasal dia nie buat u olsss yang senasib macam ai tak kenai sapa dia... ;)

Nama dia ialah Sony Dwi Kuncoro dan berasal dari Surabaya, Jawa Timur. Tanggal 7 Julai nie genaplah umo dia 27 tahun (eh eh sebaya rupanya kita ekk).

Masa ai jumpa dia malam tue, dia cuma pakai t-shirt biasa dan seluaq pendek kotak2...Dok minum sorang2 jer dia malam tue. Minum teh o panas dengan sate. Sebenaqnya dia ada kat Malaysia sebab ada Kejohanan Terbuka Malaysia yang dimenangi Datuk Lee Chong Wei.

Tapi macam biasa lah tak ajak bergambar pun sebab malas nak kacau dia yang tengah kusyuk dengan henpon dia tue. Ai citer nie pun cuma nak bagitahu jerrr kat u olsss semua..Hihi Okey lah nak sambung balik gheja yeaa...




Bila dah penat bercakap

Salam u olsss...

Hari ini ingat nak update cerita kepergian ai ke Shah Alam tapi entah kenapa semenjak dua menjak nie tersangat2 malas nak berfikir untuk menaip.

Bila tak mengadap komputer, bermacam2 benda dok pikiaq nak tulis. Tapi bila dah mula dok depan komputer, automatik mood kemalasan datang. Haiyaaa susah lah ini macam kan..?


Mungkin sebab banyak sangat bercakap sampai tak boleh nak pikiaq dah apa2 pun. Selagi tak selesai urusan pendaftaran pelajar2 baru, selagi tue lah tak berhenti bercakap.




(nie gambaq lama masa kat opis lama-in memory)


Tapi bila bercakap2 nie rasa seronok pulak layan kerenah macam2 orang. Macam2 dialek akan keluar dari pemanggil nanti. Yang paling syok tue kalau dapat pemanggil yang ramah tamah lah. Ai pernah layan panggilan dari seorang makcik yang dok kat Penang nie. Mula2 dia tanya pasal proses kemasukan, tapi bila ai rajin layan dia bersembang mula dia bercerita macam2. Dekat 1 jam jugak lah melayan mak cik nie sampai panas telinga ai hehe..Alhamdulillah lepas tue dok hari lain mak cik nie call dia tetap carik ai nak tanya apa2...Dia kata senang melalui ai sebab semua soalan dia ai boleh jawab.


Itu bila dapat pemanggil yang terlebih ramah la tapi kalau dapat yang asyik nak marah2 jer memang kena banyak2 bersabarlah. Walaupun kena marah, tetap cakap dalam senyuman biarpun dia tak nampak.



Try driving proton persona today!

Monday, May 9, 2011

Bang, topup saya rmXX...

Lokasi dan cara kejadian terpaksa diubah untuk tidak mengaibkan mana2 pihak sebab ini kisah yang benar2 berlaku. Jom kita terjah apa sebenarnya yang telah terjadi...

Apa reaksi anda bila berdepan dengan situasi macam nie?


Gadis : Bang, tolong topup saya rmXX. Lepas tue abang nak buat apa pun kat saya, buatlah.

Lelaki : ???


Yea itulah cerita yang ai nak story mory kat u olsss...

Kisah ini terjadi baru2 nie di sebuah negeri X di bandar A...Seorang pegawai dari negeri L (bandar besar) datang ke bandar A untuk mengikuti program anjuran pejabatnya. Ketika berhenti kereta selepas parking, dia dikejutkan dengan ketukan di cermin kereta. Disebabkan yang mengetuk itu seorang gadis sunti yang rupa paras menawan, maka pegawai itu menurunkan cermin keretanya untuk bertanyakan sebab si gadis ini mengetuk.

Bila disoal, si gadis ini memberitahu dia kehabisan tambah nilai kreditnya. Jadi dia minta tolong pegawai nie untuk topup dekat dia. Kemudian dia tawarkan upah, untuk buat apa saja kat dia lepas dapat topup.

Nasib baik pegawai nie masih berfikiran waras. Segera dia tutup cermin kereta dan bawa kereta untuk parking di tempat lain. Dalam hati dia berdetik tak percaya di bandar A boleh terjadi benda macam tue sebab bandar A nie kira bandar yang tak popular lah dalam peta negara.

Kalau u olsss semua di tempat pegawai tue, agak2 apa tindakan u olsss ekkk?

Di manakah nilai dan harga diri seorang wanita sehingga sanggup digadai sedemikian rupa demi mendapatkan tambah nilai kredit telefon?

Sunday, May 8, 2011

Karnival Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah 2011

Tengahari semalam lepas balik dari kedai tempah baju, ai ajak my mum dan my dad ke Stadium Darul Aman.
Sajer nak jalan2 tengok apa ada kat Karnival Hari Penyayang 2011 yang tengah berlangsung dari 5 Mei sampai 8 Mei...

Masa sampai kat stadium tengok parking tersangat2 laa penuh walaupun ketika cuaca panas terik. Lepas tue ai turun dulu dengan mak dan masa nak masuk kat tepi booth tue, mak ai cakap.. "Ehh tue bukan Alleycats ka?". Bila selisih tepi, tengok baju dia pakai ada tertulis nama Alleycats. Tapi ai cakap kat mak, mungkin tue peminat Alleycats kot sebab tengok rambut dah nipis sket dan dia nampak kurus sangat. Balik rumah cerita kat my sis, dia kata memang betul Alleycats tue sebab my sis pergi awal pagi tengok dia tengah buat persembahan.

Ala ruginya tak ajak bergamabr sekali. Dah betul2 jalan sebelah tue. Ai bergurau dengan mak cakap camnie... 'Tue lah tidak tadi mak cakap kat dia terima kasehhhh baru tau betoi ka dak Alleycats tue'...

We olsss mula bergerak2 ke booth yang ada.Dok lepak kat booth buku2 dekat 15 minit, baru berjalan2 ke booth lain. Bila jalan ke depan sikit, ai tengok semua orang tak bergerak, diam situ jer.. Owh rupa2nya lagu Negaraku sedang dimainkan.

Lepas tue tengok Sultan dan Sultanah Kedah serta Puteri Sultan nie nak turun pentas. Sempat lah mak ai bersalaman dengan Sultanah Kedah.

Dok tunggu sat kat situ tengok puteri Sultan nie. Masa tue mak ai dapat lagi kesempatan bersalaman dengan Tuanku Puteri Sultan Kedah nie.

Mak ai sempat bagitahu kat Tuanku Puteri nie nak bergambar boleh tak?

Alhamdulillah Tuanku Puteri sungguh berbesar hati. Siap tanya lagi kat mak ai, ada kamera tak..

(my mum dengan YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz-puteri Sultan Kedah )


Pic itulah hasil tangkapan ai guna kamera henfon jerr...Tapi malu yang amat masa tue. Boleh pulak tangan terketaq2.. Hadoiii nasib baik Tuanku Puteri tak murka..

Dekat karnival nie macam2 booth ada..jual tudung, makanan, minuman, beg, buku2 dan macam2 lagi lah. Tak larat nak ronda semua...



Masa tengah ronda nie terserempak lah pulak dengan satu pasangan berbaju Melayu dan berkebaya merah hati melintas depan  we olsss...Tapi tak sempat nak snap pic. Tidak leh tunjuk kat u olsss. Agaknya dia berdua tue baru abis buat persembahan kot.





Kepada orang2 Kedah kalau nak mai Karnival nie sempat lagi tau sebab hari ini hari terakhir karnival nie berlangsung.

Selamat Hari Ibu --> Emak

Mak...

Di kesempatan ini anakmu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat emak...

Tiada hadiah bernilai mampu anakmu ini sediakan melainkan ucapan tulus ikhlas dari hati ini...







Terima kasih kerna sentiasa bersama anakmu ini di kala susah mahupun senang...Terima kasih kerna sentiasa bersabar dengan kerenah anakmu ini yang macam2..Rasa tak terbalas jasaku padamu walaupun segunung intan permata ku longgokkan..

Walaupun dah banyak kali ku guris hatimu, namun kau tak pernah marah malah sedia menerima kembali diri ini..Tanpa jemu kau menasihatiku..Tulus ikhlas kau curahkan kasih sayang buatku..

Ku berdoa kau sentiasa dipanjangkan umur dalam Iman dan Islam di samping keluarga yang sentiasa menyayangimu...Maafkan anakmu ini jika pernah terkasar bahasa atau terkurang tingkah laku. Semoga apa kau hajati akan dapat ku tunaikan..Doa2kanlah emak untuk anakmu ini semoga impian itu tercapai kerna doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah s.w.t...InsyaAllah


Luv u so much emak --> Puan Sofiah binti Babjan...

Thursday, May 5, 2011

Hello boleh saya bantu?

Hello, ada apa boleh saya bantu?

Ermmm sekarang ni hanya ayat tue jerrr yang digunapakai bile terima panggilan.

Sebenarnya sekarang nie sedang berlangsung pasca pendaftaran untuk kemasukan ke Program Matrikulasi bagi lepasan SPM 2010.

Pendaftaran tue nanti akan berlangsung serentak seluruh Malaysia pada 23 Mei 2011 (Isnin). Senarai nama yang berjaya telah dikeluarkan jadi sekarang nie bermulalah proses bersoal jawab mana yang tak berapa jelas lagi.

Kepada sesapa yang nak tahu maklumat lanjut boleh hubungi ai...hihi boleh laa nak menjawab segala persoalan yang mudah2 aje...almaklumlah dah ada pengalaman sikit2 pasal kemasukan ke Matrikulasi ini.




p/s : teringat ada satu soklan yang kelakar dari bakal pelajar tahun lepas...dia tanya, seluar pendek boleh pakai tak dalam bilik hostel???

Entri Pertama

Assalamualaikum dan selamat tengahari u olsss...

Selamat bertemu kembali...

Hampir seminggu tidak menatap belog nie, rasa rindu makin membuak2 nak menaip entri dan berkunjung2 ke belog kengkawan.....




Akibat keletihan (letih sangat kerrr...) semalam hanya sempat blogwalking cuma 3 ke 4 belog ajer... Semestinya belog yang feveret dan dalam top 5 dulu lah yang ai jenguk...


Bila dah datang jenguk belog merekea2 ini, rasa macam dah banyak sangat cerita tertangguh.. Banyak story mory best2 terlepas pandang..Almaklumlah tuntutan tugas yang ada sangat2 membataskan peluang nak online walaupun sekejap. Tapi sempat jugak shopping dalam kesibukan itu...Sanggup tue menapak dari hotel ke SACC Mall dan Plaza Alam Sentral.....hihihi


Owh tak boleh coret lama2 sebab minggu3 (guna angka 3 tue melambangkan berminggu minggu dan  minggu tau, bukan silap taip ekkk) sibuk sedang menjelma sekarang nie... Nanti kita sambung2 citer di Shah Alam yer...



It is time to appreciate your mother!


Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke